Part 79

1.7K 102 1
                                    

Baju dan seluar yang melekat dengan kotoran selut dan tanah dibiarkan kering sendiri. Kaki yang tersarung dengan kasut boot getah ditanggalkan. Kaki seluar disinting hingga paras bawah lutut. Diseluk poket seluar mencari getah barang sebelum diikat pada gumpalan kain seluar supaya tidak melorot jatuh. Kemudian Affan berjalan kembali menyelusuri kawasan bendang dengan berkaki ayam. Setiap langkah terasa berat kerana kaki memijak tanah lembut sehingga mencecah ke paras betis. Panas terik matahari terasa membahang walaupun dia sudah memakai topi. Penat tapi itulah kepuasan bagi dia.

Sebaik saja Affan naik ke atas batas jalan, air kosong yang berada di dalam lori diambil. Hampir empat jam juga dia menghabiskan tenaga di sawah yang terbentang luas itu. Dia duduk bersandar pada sebatang pokok lalu air kosong yang hanya tinggal separuh diteguk rakus.

Sawah padi yang sudah digondol oleh mesin padi kerana ulah Affan dipandang dengan senyuman lebar. Itu semua hasil tuaian dari penduduk kampung di sini dan dia dengan berbesar hati menolong tanpa mengambil upah. Jika ada yang menghulurkan juga, dia terima saja. Dan ada beberapa petak yang masih lagi belum masak padinya. Belum masa lagi untuk diproses. Sebab itulah dia tidak melekat di rumah Nek Minah pada waktu pagi. Malam pula, menggulit Aariz. Afaf pula hanya mengintai dari jauh sehinggalah semalam baru mereka dapat meluangkan masa.

"Abang kesayangan Adra."

"Awat ayang?"

"Adra nak cakap apa, sayang? Abang dengar ni. Adra nak cerita apa?" Tangan Affan naik mengusap helaian rambut Afaf.

"Aariz dah lena?" Affan mengintai lalu dia mengangguk. Afaf segera bangun. Affan terpinga-pinga apabila Afaf mengambil Aariz. Dilihat Afaf berhati-hati membaringkan tubuh Aariz di atas tilam bayi.

"Budak demok, jangan kacau walid dengan umi chit-chat eh. Eeee, sayang budak masam umi ni." Affan hanya menjadi pemerhati Afaf yang sedang mencium kedua-dua pipi Aariz. Bibir tanpa sedar tersenyum nipis. Panjang lebar juga Afaf bercerita dengan Aariz walaupun anaknya itu tidur lena.

"Abang, sini dekat Adra." Tanpa banyak bunyi, kepala Affan berbaring pada paha Afaf. Diselesakan baringan. Tidak dapat Affan sembunyikan bibir dari tersenyum lebar dengan telatah Afaf.

"Sebelum Adra cerita, izinkan Adra buat macam ni dekat abang. Adra tahu abang mesti penatkan uruskan kami anak beranak. Dengan kerja lagi. Terima kasih suami terbaik saya." Rambut Affan disebak ke belakang lalu dahi Affan dicium lembut.

"Abang.." Bila terima usapan di rambut, mata kembali layu. Tidur malam tanpa Afaf di dalam pelukan, bukan lena sangat. Nak-nak pula dengar Afaf yang keluar masuk sambil membebel dekat Nek Minah yang melarang dia memasuki ruang tamu tempat tidur Affan.

"Hmmm..."

"Kalau Adra jadi ulat beluncas, abang sayang Adra lagi tak?" Tidak duduk diam, jari Afaf mula melakar sesuatu pada pipi Affan. Affan tahu yang bila Afaf mula hendak bercerita, itu tabiatnya.

"Abang minta maaf sayang. Abang geli dengan ulat beluncas. Badan abang akan miang dan gatai-gatai. Adra jadi haiwan lain boleh tak?" Dalam mata yang terpejam, Affan membalas dengan senyuman yang terlakar lebar.

AFFAN_ADRAWhere stories live. Discover now