Part 77

3K 152 3
                                    

Sudah beberapa malam Afaf tidak dapat tidur lena. Rambut panjang yang mengenai leher disebak ke tepi. Dapat dia rasakan peluh yang mengalir di dahi dah leher. Tangan naik menggaru leher yang mula terasa gatal. Berpeluh dan sempit. Hendak menginjak ke sebelah kiri ada Aariz. Hendak ke kanan, ada susuk tubuh Nek Minah. Mata Afaf perlahan-lahan dibuka. Terkebil-kebil mata Afaf sebelum pandangan jatuh pada Aariz yang mula merengek kecil. Kemudian jatuh pula pada bahagian bawah tangan Nek Minah elok memeluk pinggangnya erat. Perlahan-lahan tangan Nek Minah dialihkan.

Dalam gelap, Afaf bangkit lalu duduk bersila. Rambut panjangnya diikat gaya messy bun. Tangan dibawa menutup mulut yang mula menguap kecil. Mengantuk. Tetapi dia mengagahkan diri apabila Aariz sudah terjaga sepenuhnya.

"Aariz, anak umi dah jaga sayang? Jom, kita pergi dekat walid. Eeee... busuk masam anak umi ni, yakyak eh?" Tubuh Aariz di dukung lalu dia keluar daripada kelambu. Belakang badan Aariz diusap lembut memujuk apabila tangisan Aariz mula kedengaran.

"Nek Minah, tidur bagi lena. Jangan kacau Afaf dengan Affan eh." Sempat Afaf layangkan tangan di depan muka Nek Minah yang sedang lena itu. Terjengket-jengket kakinya menuju ke arah pintu bilik. Pintu bilik dibuka perlahan untuk tidak mengeluarkan bunyi.

Terkelip-kelip mata Aariz sebaik saja mereka keluar dari bilik. Samar-samar cahaya membuatkan Aariz kembali merengek kecil. Mata Afaf melilau mencari kelibat Affan. Kelihatan Affan sedang lena dalam keadaan meniarap. Segera langkah dihayun ke arah Affan.

"Aariz, tengok walid awak tu. Bukan main sedap dia lena. Umi ni hah yang berpanas dekat dalam bilik." Merungut Afaf. Mata Aariz juga turut bulat memandang uminya.

Berhati-hati Afaf letakkan Aariz di sebelah kanan Affan. Anak kecil itu dibiarkan terkebil-kebil sendiri. "Aariz, baring dekat situ eh. Sini, tempat umi." Perlahan-lahan Afaf hempaskan tubuhnya betul-betul di sisi pinggang Affan. Afaf tidur menelentang di tengah badan Affan. Rambut panjang dilepaskan sambil tangan didepakan.

"Fuh, lega betul dapat baring atas bantal empuk ni. Berapa hari dah tak dapat." Tersengih lebar Afaf apabila merasa angin kipas yang berada betul-betul di atas kepalanya. Bukan main sejuk lagi, patutlah Affan tidur lena. Tak aci betul.

"Aariz, umi pinjam walid awak jap. Umi janji lima minit aje eh. Jangan nangis lagi tau, tahan sat ja." Kepala Afaf berpusing apabila terasa kaki kecil Aariz menendang-nendang. Sudahlah dengan mata bulat itu hanya memandang sambil dahi berkerut-kerut memahami bicara Afaf.

'Ya Allah, apa benda pula yang kacau aku pagi-pagi buta ni? Bau busuk dan bunyi macam orang menangis. Rasa tajam-tajam macam rambut satu hal.' Desis hati kecil Affan.

Affan yang tengah sedap lena, dahinya mula berkerut-kerut apabila hidung dapat menangkap sesuatu yang busuk. Tangisan kecil juga mula kedengaran. Tubuhnya juga terasa berat semacam. Lengannya terasa seusuatu yang tajam dan geli, mata Affan tercelik terus. Elok pula tangannya merasai rambut panjang hitam itu. Dalam keadaan separuh sedar, bibir segera membaca ayat-ayat al-quran. Sudahlah dia sorang saja yang tidur di luar ini. Dengan lampu pula tidak dipasang kerana lampu di bahagian dapur saja yang dibiarkan terbuka. Kalau bukan hantu, apa lagi yang dia boleh fikir.

Afaf yang baru nak mengulit lena tersentak apabila tubuhnya tiba-tiba ditolak. Lebih terkejut apabila bahagian atas rambut dicengkam oleh tangan Affan. Telinga juga mendengar Affan sedang membacakan sesuatu. " Wahai hantu, nyah kau dari sini. Aku ni dahlah hitam, tak hensem, perut boroi cari yang lain."

Afaf merengus kecil. Kedua-dua tangan naik menolak lengan Affan supaya jauh dari kepalanya. "Affan, ni Adralah. Nek Minah tuu tidur berdengkur. Adra tak boleh tidur." Nek Minah itulah juga yang dipersalahkan. Sedangkan elok saja Nek Minah tidur di dalam sana.

AFFAN_ADRAWhere stories live. Discover now