Part 69

2.1K 105 4
                                    

Bibir Afaf mengoyak senyuman tipis saat mendengar suara riuh kanak-kanak yang sedang sibuk mewarna hari ni. Ada juga kanak-kanak yang cuba mengintai lukisan kanak-kanak lain. Selepas saja mereka berehat sejam yang lalu sementara menunggu waktu kerja tamat, aktiviti mereka diisi dengan pertandingan mewarna pula. 

My baby boo.

Assalamualaikum, sayang.

Lepas habis kerja, wassap abang semula,

Abang pick up sayang..

My clingy wife

Wassalam, abang...

Adra nak minta izin, boleh?

My baby boo.

Boleh, sayang.

Anything for you.

My clingy wife

Lepas habis kerja, Adra nak keluar dengan Kak As

Bolehkan, abang? Kejap aje. 

My baby boo.

Boleh, sayang.

Nanti dah habis bergosip abang ambik sayang

My clingy wife

Amboi, mana ada Adra nak bergosip

My baby boo

Abang tak cakap, ayang yang cakap.

My clingy wife

Yalah, abang menang.

Nak menimbang abang depan Kak As pun tak boleh.

My baby boo

Bukan menimbang sayang. 

Abang faham

 Adra nak puji suami Adra ni hensem,

bertuah Afaf dapat suami macam Affan.

Am i right, baby?? 

My clingy

Eeee... perasanlah abang ni

hahahahaa....

My baby boo

Biarlah abang puji diri sendiri

Adra bukan nak puji abang pun.

Ayang nak makan apa?

Abang belikan?

My clingy wife. 

Ada, nantilah Adra bagitahu. 

My baby boo

Jangan makanan pelik-pelik lagi sayang

Tekak abang, piurr melayu.

Afaf terkekeh kecil. Macam tahu-tahu saja Affan apa yang dia nak makan. Sejak-sejak hujung ni bukan main pelik mengidam dia. Sebenarnya tak ada yang pelik pun, cumanya dua beranak itu mungkin tak biasa makan. Tetapi, mereka berdua langsung tidak banyak bunyi. 

"Yusuf, jangan tiru kawan awak. Warna sendiri-sendiri ikut suka awak. Ni pertandingan mewarna, mana boleh tiru kawan." Tegur Afaf lembut. Yusuf hanya tersengih sebelum mengambil tempat dia semula. Diteruskan mewarna mengikut kesukaannya. 

AFFAN_ADRAWhere stories live. Discover now