Part 21

3.3K 134 2
                                    

"Ya Allah, adik." Puan Hajar meluru ke arah Afaf sebaik saja dia lihat Afaf sedang memeluk lutut di tepi singki.

Turut dibontoti Puan Aida dan Anggun di belakang. Ketiga-tiga mereka beriak cemas saat melihat keadaan Afaf.

"Afaf, kamu okay tak ni?" Bahu Afaf diusap lembut oleh Puan Aida.

Mereka datang ke sini kerana Anggun tiba-tiba memanggil mereka berdua.

Anggun di belakang Puan Aida namun wajah itu nampak kasihan memandang Afaf. Setelah dia memastikan keadaan Afaf, dia menapak ke bilik terlebih dahulu. Tidak mahu menggangu ketiga-tiga wanita itu.

"Af...Afaf okay." Afaf mengangkat muka sambil tersenyum kelat.

"Boleh bangun tak?" Kedua-dua wanita itu menolong Afaf untuk bangun.

"Kamu pergilah naik bilik. Tinggalkan semua ni. Lagipun, kamu dah nak nikah esok. Bakal pengantin tak elok tidur lambat." Mata Puan Aida meliar ke arah singki. Masih ada lagi saki baki pinggan kotor, namun Afaf lebih penting.

Digenggam kedua tangan Afaf yang kecut akibat terlalu lama bermain air sabun.

"Apa jadi ni adik?" Puan Hajar mengusap bahu Afaf lembut. Melihat dari riak Afaf, sukar untuk dia tembak apa yang difikirkan oleh anaknya. Apa terjadi yang membuatkan Afaf dalam keadaan mendung begini.

"Tak ada apa-apa, ibu. Adik naik dulu ya?"

"Hajar, kamu tahu kenapa Afaf macam itu? Affan amanahkan Ida untuk jaga Afaf. Tapi, tengoklah keadaan Afaf tu." Andai berita ini sampai ke pengetahuan Affan, tidak tahulah bagaimana dia hendak menerangkan keadaan.

Selama Afaf bermalam di sini banyak mulut-mulut yang mengata Afaf dan Puan Hajar. Masing-masing tertanya-tanya kenapa Afaf menjadi pilihan Affan sedangkan ramai lagi calon yang layak. Sebab itulah Afaf sering berada di dapur seorang diri. Terkadang dia duduk berkurung di dalam bilik Anggun.

"Hajar pun tak tahu Ida. Afaf memang banyak berahsia dengan Hajar. Dia suka pendam sorang-sorang. Tapi, Hajar harap sangat Affan boleh jadikan tempat Afaf untuk bercerita." Keluh kesah wanita itu memandang langkah longlai Afaf yang kian menjauh.

Dengan langkah lemah Afaf membawa diri ke tingkat atas. Pintu bilik dibuka perlahan.

Tudung sarung Afaf buka dan disangkut di belakang pintu. Tubuh terasa lemah namun memikirkan Anggun turut berada di dalam bilik tersebut Afaf megggagahkan diri.

"Ibu." Sapa Anggun ceria sebaik saja dia nampak kelibat Afaf. Dia sedang berbaring di atas katil sambil bermain telefon milik Afaf.

"Hai, Anggun. Kenapa tak tidur lagi? Kan dah lewat ni?" Afaf menghampiri katil lalu punggung dilabuhkan di situ. Bibir mengoyak seyuman tipis.

Pada mulanya dia segan bilamana panggilan 'kakak' terus disandang gelaran 'Ibu' namun Anggun kata Affan yang mahukan begitu. Tengok, semua melalui Anggun juga.

Nak dengar suara Affan selama 2 minggu mereka bertunang susah benar. Jumpa apatah lagi. Lelaki itu pergi mana pun dia tidak tahu namun Anggun kata walid ada saja dengan Khairil.

Anggun menjadi bodyguard Afaf sepanjang dia berada di sini.

'Ibu, tengok ni Anggun hantar gambar ibu dekat walid." Membulat mata Afaf saat notification itu tertera online. Elok gambar Afaf yang memakai inai dan separuh muka dia saja kelihatan. Anggun punya kerja siang tadi, beria-ia nak tangkapkan gambar Afaf rupanya nak hantar kepada Affan.

Tak sempat Afaf nak mencapai telefon tersebut, laju saja tangan Anggun melarikan telefon pintar itu. Mengekek Anggun ketawa saat melihat wajah cemberut Afaf.

AFFAN_ADRAWhere stories live. Discover now