Part 75

2.6K 139 2
                                    

Tok Aki hanya diam. Nek Minah di sebelah sudah merembes air mata mendengar Affan menjelaskan hal yang terjadi tadi. Affan juga tidak mahu mereka bertanya lebih lanjut tentang hal itu kepada Afaf. Tidak putus Nek Minah memohon maaf atas kecuaiannya petang tadi. Hampir nak luluh jantung kedua-dua orang tua itu saat melihat Affan keluar dari bilik dengan tubuh yang dicemari darah.

"Affan, kamu tu okay ke? Aku tengok teruk sangat belakang kamu tu luka. Abang, kita kena bawa juga Affan ke klinik. Nah risau kena jangkitan kuman tu, abang. Kesian cucu kita." Air mata tidak berhenti mengalir di pipi. Tadi dia ada lihat luka di belakang Affan semasa suaminya itu sedang mencuci darah itu. Tok Aki hanya mampu mengusap belakang Nek Minah. 

"Luka sikit aje Nek. Tak perlu nak pergi ke hospital." Affan menjawab yakin.  

"Afaf macam mana, Affan? Dari tadi tak keluar bilik. Kamu yakin dia dah okay? Nek minta maaf sekali lagi, Affan. Kesian cucu menantu saya, abang." Sekali lagi Nek Minah bersuara. Tangan Tok Aki dikoncang lembut sambil kepala menjenguk bilik di hujung sana. Dia nak jenguk keadaan Afaf tadi, Affan kata biarkan dulu. 

"Sekarang Afaf dah okay. Bukan salah nek semua ni jadi. Salah Affan sebab tak pandai nak jaga hati dan perasaan Afaf. Maafkan Affan ya Tok Aki, Nek. Tak sepatutnya Affan buat masalah dekat kampung. Kalau Affan tahu benda nak jadi macam ni, awal lagi Affan cegah. Affan rasa gagal sebagai suami." Affa mengukir senyuman kelat.

Tok Aki tersenyum lalu menepuk bahu Affan. "Janganlah fikir sangat. Benda dah nak jadi, kita pun tak jangka. Lagipun kita tak ada di tempat Afaf, kita tak tahu apa yang Afaf hadap selama ni. Lagi-lagi dalam keadaan Afaf tengah pantang ni, memang emosi sikit. Mungkin Afaf tu dah bersabar terlalu lama. Aariz tu anak kamu dan Afaf. Ibu mana yang tak sakit hati bila dituduh itu bukan anak dia. Penat-penat Afaf mengandung dan melahirkan, sedap pula orang luar mengata yang bukan-bukan. Kalau Aki dekat tempat Afaf pun, Aki akan marah." Kata Tok Aki. 

"Nah pun geram dengan Senah tu. Selalu sangat bawa mulut bercakap buruk pasal orang. Ni dah terkena sekali Nah harap insaflah. Anak perempuan dia ke hulur ke hilir dengan lelaki mana kita tak canang pun satu kampung."  Nek Minah yang tadinya kelihatan sedih, mula merengus kecil. 

"Kalau Nah jumpa dia sekali lagi, Nah nak cili mulut celupar dia tu." 

Affan dengan Tok Aki berpandangan semasa sendiri. Cepat sangat mood berubah. Namanya juga perempuan.

"Nah, tak baik bercakap pasal aib orang. Kita jaga keluarga kita sudah. Tak perlu nak sibukkan hal orang luar. Kita ni nak hidup tenang, jangan sibuk dengan hal orang luar. Kalau diorang bercerita pun, benda itu betul atau tidak, cukup dengar. Tak payah nak menyampuk." Tegur Tok Aki lembut.

"Nah tahu abang. Cuma sakit hati Nah ni selalu cucu menantu kita ni dipandang rendah disebabkan mulut Senah tu." 

"Abang..." Tercantas perbualan mereka bertiga apabila di sapa dengan suara Afaf. Affan segera bangun saat melihat Afaf yang sedang terjengket-jengket menghampiri mereka. Dipimpin Afaf ke arah ruang tamu.

"Hah, Afaf. Kamu nak makan ke?" Soal Tok Aki.

Afaf mengangguk sambil tersenyum lebar. "Tok Aki dan Nek dah makan ke?"

Melihat gelengan dari Tok Aki, Afaf diterpa rasa bersalah. "Afaf minta maaf. Kenapa tak makan dulu? Mesti Tok Aki dan Nek Minah lapar, kan?" Mata terarah pula pada Nek Minah.

"Nek okay ke?" Afaf mula duduk bersimpuh. Tangan tua itu dikucup lembut. Dari riak wajah Nek Minah, Afaf tahu yang Nek Minah rasa terkilan dengan kejadian tadi. Lihat sajalah wajah tua itu masih ada sisa air mata. Tidak tahulah menangis disebabkan apa. 

"Nek minta maaf Afaf. Kalau Nek tahu yang Makcik Senah akan cakap macam itu pada anak kamu.." Tubir mata Nek Minah mula menghangat kembali. Walaupun Affan sudah mengingatkan dia untuk tidak lagi bercakap tentang hal petang tadi, selagi itu hati dia tidak tenteram. Mendengar teriakkan Afaf petang tadi, hati dicengkam rasa sakit. 

AFFAN_ADRAWhere stories live. Discover now