Part 80

2.1K 108 5
                                    

Tubuh badan bersandar pada kerusi. Baju yang penuh berselut dan rambut yang tercalit tanah merah dilap dengan tisu. Telefon pintar yang ada kesan tanah juga dilap bersih. Affan mengeluh perlahan. Boleh pula tengah bergelak ketawa dengan isteri, ada ulat bulu yang jatuh atas bahu.

"Abang.." Suara Afaf cemas dengan telunjuk di tunjuk arah bahu.

"Apadia ayang?"

"Ada ulat dekat bahu abang." Cuak terus muka Affan.

"Sayang jangan tipu abang eh. Tak lawak sayang." Mana tahu Afaf sekadar ingin mengusik. Dan ya, memang binatang lembik-lembik itu dia paling geli.

"Sungguh dak. Nak Adra describe ka bentuk dia? Badan dia warna hijau dan atas badan dia ada ada corak-corak sikit. Mata dia warna biru tengah pandang abang."

"Adra tipu, kan?"

"Abang tengok muka Adra macam tengah buat lawak ke?" Lambat-lambat Affan pincingkan mata ke arah bahu sendiri.

"Ayang, tolong buang. Abang geli."

"Eee... comel gila muka abang gelabah. Nak kena screenshot tunjuk dekat Nek dan Tok Aki."

"Hey, ayang. Abang bukan suruh sayang gelakkan abang!" Tidak peduli dah muka dia yang Afaf screenshot ke apa. Yang penting sekarang ni otak masih fikir macam mana nak buang ulat dekat bahu dia.

"Tolonglah buang ayang. Sumpah, geli ni sayang. Abang tak tipu." Meliuk lintuk badan dia. Matanya gelabah mencari sesuatu. Dapat saja rating kayu, diambil dan dikuis-kuis ulat yang melekat pada baju sehingga tidak sedar tubuhnya mula hilang imbangan dan..

"Arghhh.."

Ploop. Penyudahnya, dia tergolek jatuh dalam bendang nak membuang ulat punya pasal.

Ting

My naugty wife

Abang, Adra nak buat lockscreen muka abang dengan caption

'abang buat perangai, Adra upah dengan ulat bulu.'

Membuntang mata Affan apabila disertakan muka dia selepas itu. Buruk sungguh dengan mata terpejam sambil badan menggeliat macam sotong. Harap badan aje sado, tapi penakut. Teringatkan itu terasa darah menyerbu ke muka. Dengan suara nyaring menjerit macam orang tak tentu arah. Selepas ini mahu riuh satu kampung gara-gara Affan menjerit kerana takutkan ulat beluncas.

"Setelah bertahun-tahun kita berkawan. Ini kali pertama aku tengok kau gembira sampai macam ni sekali. Kalau aku ingat balik dulu, kau mana pernah senyum lebar macam ini. Senyuman kau tu, Fan hilang selepas adik kau Afnan tak ada. Aku rindu senyuman kau yang ini. Akhirnya, aku dapat tengok semula. Sekarang aku bersyukur. Kau kembali hidup." Komen Khairil sebaik saja Affan telah mengambil tempatnya semula. Melihat senyuman Affan jelas pada pandangan dia yang Affan bahagia. Sedari tadi lagi dia memerhati Affan.

AFFAN_ADRAWhere stories live. Discover now