Part 32

2.9K 117 0
                                    

"Cukup kamu menjadi versi terbaikmu, kerana kamu sempurna di mata orang yang tepat." 

"Ibu, Affan marah adik ke?" Afaf mendadak berdiri saat mendengar suara garau Affan di belakang. Lambat-lambat dia pusing ke belakang. Namun, bayang itu kian menghilang. dia tunduk bermain dengan jemari sendiri. Affan dengar ke perbualan dia dengan ibu? 

Afaf menyeka air mata yang hampir kering. Bibir dikemam rapat. 

"Manalah ibu tahu. Itulah, lain kali kalau nak bercakap kenalah pandang kiri-kanan dulu. Jangan main lepas saja. Yang adik cakap itu suami tahu." Nasihat Puan Hajar. Sedangkan dia sendiri nampak Affan itu betul-betul sayangkan anaknya. 

Dia tahu sangat perangai anaknya ini. Itulah, bertahun-tahun hidup single dan tak pernah bercinta. Tup-tup, ada orang masuk meminang. Tidak sampai dua bulan tunang, terus kahwin. Bersentuhan kulit dengan Affan pun masih belum biasa lagi. Tapi, sampai bila nak macam itu saja. Panggilan pun, alahai... 

Yang si Affan itupun ikut sangat kehendak Afaf. Bukankah panggilan itu pun akan makin menggeratkan hubungan suami isteri? 

Kalau terlalu slow sangat pun tak boleh juga. Si Afaf ni kena juga sesekali nasihat. Biarlah dia masuk campur bagi pihak Afaf. 

Sekadar nasihat dan berkogsi asam garam rumah tangga. 

Afaf ni kadang-kadang blur dia itu tak boleh bawak bincang!

Terkadang innocent, terkadang nakal, terkadang manja, terkadang hati tisu.

Nak marah tapi sayang!

Perangai bongsu begitulah.

Affan pula sulung. 

"Percaya dengan takdir adik. Ada sebab kenapa Allah datangkan Affan di saat adik betul-betul lelah untuk berharap. Allah tak pernah tidur. DIA mendengar setiap doa-doa kita. Cuma, dia nak kita lebih meminta, mengharap hanya pada DIA. Dan sepatutnya adik bersyukur Allah hadirkan lelaki seperti Affan yang menerima segala kekurangan, ketidaksempurnaan diri kita."

"Tapi, ibu.."

Ditampar lembut tangan Afaf. Geram. Degil sangat ni. 

"Ibu tak suka adik persoalkan tentang ini. Adik dah kahwin, tak perlu dengar cakap-cakap orang. Yang nak hidup dengan Affan, bukannya diorang. Tapi, adik sendiri." Garang suara Puan Hajar.

"Hah, jangan dok mula tunjuk muka toya depan ibu. Ibu tak mau dah layan. Pergi sana dekat Affan." Usik Puan Hajar lagi.

Afaf mengembungkan pipi geram. Tapi, dipeluk juga tubuh Puan Hajar dari tepi. Bila lagi dia nak merasa macam ini lagi, kan? 

"Nak kata cantik, sampai masa berkedut juga. Nak kata gemuk pun, bukannya tak boleh kurus. Mulut orang nanti lama-lama penat nak bercakap, berhentilah tu. Tapi, apa yang membezakan adalah sini." Puan Hajar menarik tangan Afaf, lalu dia meletakkan di hati Afaf sendiri. Afaf pejam mata merasai detak jantung sendiri. Saat nama Affan disebut, bukan main laju jantungnya mengepam, belum jumpa tuan badan lagi. 

Puan Hajar hanya mengukir senyuman kecil dengan kelakuan Afaf. 

Dia tahu mungkin Afaf belum tahu apa itu sebuah perkahwinan yang sebenar. Jadi, dia sebagai ibu kenalah memberi nasihat apa yang patut. Dia tidak mahu andai sebuah perkahwinan itu berakhir dengan penceraian.

Berlaku penceraian itu kalau andai takdir juga, dia tidak mampu nak berbuat apa. 

Tapi, doa dia akan sentiasa mengiringi perjalanan Afaf. Dia yakin doa itu mampu mengubah segalanya.  

AFFAN_ADRAWhere stories live. Discover now