Part 13

2.8K 131 4
                                    

Pin...

Pin....

Pin...

Afaf jeling jarum jam di dinding. Baru pukul 7.30 pagi. Nasi lemak pun dia tak siap bungkus lagi. Siapa pula yang kacau. Afaf sinting lengan baju sambil bercekak pinggang.

Pin...

"Ya Allah, apa yang tak menyabaq sangat ni?" Rungut Afaf geram. Takkanlah si Khairil pula. Lelaki itu selalunya datang tepat pada masa. Pukul 8.00 pagi.

"Adik, siapa dekat luar tu? Dari tadi dok bunyi hon?" Tegur Puan Hajar.

"Sat, adik pergi tengok." Afaf berlalu ke singki. Dia membasuh tangan yang terkena percikan sambal.

Setelah itu dia ke bilik dan bersiap ala kadar saja. Tudung sarung serta jaket besar, dan juga tersarung kain kembang nak tutup seluar kartun yang dipakai.

Sudahlah pendek, pakai macam itulah lagilah dia nampak pendek.

"Encik ni tak malu ya buat bising depan rumah orang." Afaf sarung kasut croocknya sambil membebel geram.

"Tak reti nak sabar. Saya bungkus nasi lemak pun tak habis lagi.."

"Ishh, yang kasut ni pun satulah.." Afaf hampir nak tersadung punya pasal sebab terlalu kalut.

"Aku hawin juga sat gi apa pun tak dapat.."

"Hati-hati puan Afaf." Ada suara garau yang menegur, telinga Afaf sempat mendengar.

Pfff....

Afaf angkat muka sebaik dia sampai di hadapan pintu pagar rumahnya.

"Er...Hai Afaf..." Membulat mata Afaf saat berlaga dengan sepasang mata milik Khairil. Lelaki itu sedang tersenyum manis sambil garu kening.

Lelaki itu tiba dengan kereta kancil miliknya. Dan lelaki yang hon tadi sedang elok bersandar di sisi motosikal sambil berpeluk tubuh.

Sempat lagi dia kerling motosikal itu. Motosikal tonggek.

Darah terasa meyerbu ke muka. Adakah mereka tengok kelakuan tak senonoh dia itu?

Afaf tak nampak lelaki yang bersandar sambil berpeluk tubuh itu kerana dia memakai helmet. Hanya nampak mata saja. Tapi, Afaf yakin dia dengar macam orang ketawakan dia tadi.

Khairil ada memberitahu akan hantarkan semula keretanya. Lelaki itu kata tiada apa yang serius. Cuma, bateri saja kehabisan air. Jadi kena tukar bateri yang baru.

"Kereta awak dah siap Afaf. Saya dah minta kawan saya yang check. Semua masih elok lagi. Nah, kunci kereta." Khairil keluar dari kereta dan diserahkan kepada Afaf.

"Eh, kejap saya ambik duit. Berapa ya bateri sekali upah?" Afaf buat seperti biasa walaupun dia rasa nak menyorok.

"Tak perlu. Ril..." Lelaki yang sedari diam bersuara.

"Takpa Afaf. Bos saya belanja." Khairil tolak secara lembut. Dia sempat kerling Affan yang masih statik di motosikal itu. Bibir mencebik perlahan. Sejak bila dia jadi posmen tak berbayar pula.

Bos yang dimaksudkan adalah Affan. Dia lah yang hantar kereta Afaf ke bengkel.

"Jap, nasi lemak macam mana?" Kedua lelaki itu Afaf lihat dah panjat motosikal tersebut.

Afaf hampir nak ketawa tengok Khairil sebagai pembonceng di belakang. Nampak pasrah saja.

Seorang keding, seorang mempunyai badan besar sedikit.

"Wei, Fan. Yang kau bawak si merah di dah kenapa. Moto ni nak sweet dengan bini bolehlah. Kau nak suruh aku peluk kau ke? Eee...geli aku." Khairil tegakkan tubuh. Itupun sipi-sipi bumper belakang nak terjatuh.

Vroommmmm.....

Vrommmm.....

"Fan... Woi gilaa..." Jerit Khairil nyaring bila mana Affan sengaja menekan minyak. Tubuh lelaki itu mendadak ke depan dan mengenai belakang tubuh Affan.

"Afaf, nasik lemak hantar kat cafe..." Sayup-sayup suara Khairil kedengaran.

Afaf yang melihat pemandangan itu hanya mampu menggeleng kepala.

Sebaik saja mereka hilang dari pandangan, Afaf menghampiri kereta kancilnya.

"Eee... rindunya aku dengan ang cinonet. Lepas ni, behave tau." Afaf peluk stereng kereta sebaik saja dia masuk ke dalam.

Tidak lama matanya terpandang satu sticky note yang dilekatkan di atas dashboard kereta.

'Menunggu yang tidak pasti itu melelahkan dan memenatkan..
Namun, andai ia adalah hadiah yang terbaik?

Afaf kerut kening. Tidak memahami isi kandungan itu. Namun, tidak pula dia persoalkan sebab dia memang jenis malas nak fikir.

Afaf bawak sekali sticky note itu dan selepas kereta dikunci dia masuk ke rumah semula. Nanti ibunya tercari-cari dia pula.

AFFAN_ADRAWhere stories live. Discover now