Part 61

2.7K 100 2
                                    

Affan membuka mata perlahan. Tubuh direnggangkan sedikit. Sakit belakang apabila terpaksa tidur di posisi itu. Bukannya dia tidak mahu tidur di atas katil, tetapi sejak dia masuk semalam ke dalam bilik selepas bersembang seketika dengan Encik Fathi, Afaf sudah meletakkan jurang. Tersusun elok bantal di kiri dan kanan Afaf. Mengepung tubuh Afaf di tengah-tengah katil. Tidak mahu mengganggu Afaf, dia tidur di bawah saja.

Setelah toto dan bantal dikemaskan dan disimpan semula ke dalam almari, Affan menghampiri katil semula. Selimut yang melorot jatuh dibetulkan semula dan ditarik sehingga ke paras dada Afaf. Sempat dia layangkan ciuman di ubun-ubun Afaf. Mata jatuh ke arah segelas susu yang langsung tidak terusik. Setiap malam, memang dia akan sediakan segelas susu untuk Afaf minum sebelum tidur.

"Assalamualaikum, little Affan. Sihat anak walid pagi ni? Mesti anak walid ni lapar, kan?" Tangan Affan diletakkan di atas perut Afaf. Setelah diusap beberapa kali dia tunduk mencium perut itu lama. Affan kembali mengangkat wajah sambil merenung Afaf yang masih diulit lena itu.

"Little Affan, kalau umi awak bangun ni, memang susu dia cari dulu. Baik walid tukar sesiap. Umi awak kalau tengah bad mood bukan nak tanya dengan walid dulu. Apa yang tersedia depan mata terus sumbat dalam mulut." Affan picit hidung Afaf lembut. Bibir bawah digigit apabila laju saja tangan dia ditepis.

Setelah beberapa minit, Affan kembali semula dengan segelas susu yang baru. Susu itu diletakkan di sisi katil. Melihat Afaf yang masih diulit mimpi, Affan melangkah ke bilik air. Tidak berapa lama, Affan sudah siap dengan berbaju melayu dan berkain pelikat baru bersedia untuk menunaikan solat sunat tahajjud.

Perut yang berkeroncong memaksa Afaf mencelik mata. Dikerling jam di dinding bilik. Pukul 4.30 pagi. Memanglah dia rasa lapar. Kadang dia tidur-tidur ayam saja sebab tidak selesa. Tubuh Affan yang sedang solat itu dipandang lama. Tidak mahu menggangu Affan, dikerling pula susu yang terletak elok di sisi katil. Laju saja Afaf capai susu tersebut lalu diteguk rakus. Sebaik saja cawan itu kosong, mata disapa sesuatu.

"Abang belum tengok lagi senyuman cantik Adra. Mana senyuman Adra ni, sayang."

Terhambur tangisan Afaf sebaik saja ada sticky note yang dilekatkan di gelas itu. Selalu sebelum tidur Affan akan memujuk dia dengan sentuhan dan bisik-bisik manja. Merajuk dengan Affan semalam sanggup dia tahan lapar. Susu yang Affan sediakan juga dia tidak minum. Padahal bukan ada apapun. Mungkin sebab hormon yang tidak stabil membuatkan dia terlebih emosi.

Affan yang baru selesai mengaminkan doa, terus berpaling. Mata terpandang Afaf yang sedang memegang sesuatu di tangan. Tahulah dia apa yang menyebabkan Afaf begitu. Affan sembunyi senyum. Lambat-lambat dia menghampiri Afaf.

"Semalam budak mana yang merajuk dengan abang, hmmm?" Usik Affan. Suka betul dia melihat wajah cengeng Afaf.

"Abang kesayangan Adra.." Makin kuat tangisan Afaf. Tangan naik menggamit Affan ke arahnya. Affan yang memahami segera menyauk tubuh Afaf ke dalam pelukan. Belakang Afaf diusap lembut sambil bibir memujuk.

"Ya Allah, ayang..."

Bukannya semakin reda malah semakin kuat lagi adalah. Affan menggaru kening yang tidak gatal. Ah, sudah. Nanti dengar dek Puan Aida mahunya Affan kena ligan dengan penyangkut baju. Puan Aida tu sayang sungguh dengan menantu.

"Kenapa ni sayang? Tak moo lah nangis. Abang ada ni, sayang.." Affan meleraikan pelukan. Wajah basah Afaf ditatap. Tangan naik mengusap pipi Afaf. Anak-anak rambut Afaf yang menutup wajah, disisir kemudian diselitkan di belakang telinga.

"Abang..." Afaf sedut hingus. Afaf hela nafas. Menangis membuatkan dia cepat penat.

"Kenapa abang tak berterus terang dengan Adra?" Tanya Afaf sebaik saja tangisan dia reda. Melihat dari cara Affan melayani dia sejak dua menjak ini, Afaf tahu suaminya itu mengetahui sesuatu. Tetapi, kenapa Affan sanggup rahsiakan daripada dia?

AFFAN_ADRAWhere stories live. Discover now