Part 10

3.5K 149 0
                                    

"Cik cinonet, awak baik, kan. Jangan buat perangai lagi tau. Aku sayang dengan hang." Afaf usap stereng kereta kancil miliknya. Beberapa hari ini kerap pula kereta kesayangannya ini buat perangai. Sebelum dia datang sini pun, kereta itu macam tak hidup. Setelah beberapa kali cubaan barulah kereta itu hidup semula.

Nak telefon puan Hajar untuk maklumkan perkara itu, tidak sanggup pula dia. Dia tidak mahu ibunya risau.

Afaf matikan enjin kereta. Beberapa helai tisu diambil dari dashboard kereta lalu Afaf lap peluh yang merenek di dahi. Dia keluar dan setelah kereta dikunci barulah dia berjalan. Dia terpaksa berjalan jauh sedikit memandang kawasan itu sudah dipenuhi dengan beberapa buah kenderaan. Kenduri pula di rumah hujung sana.

Sambil berjalan fikiran dia mula menerawang jauh.

Dan oleh sebab itu, Khairil yang ambik bungkusan nasi lemak dari rumah mereka. Kalau tidak datang ke cafe tepat pada masa, Khairil sudah siap menunggu di luar. Mujur lelaki itu faham dan sejak itu Khairil yang akan mengambil nasi lemak dan kembalikan bakul kosong kepada Afaf.

Dan lelaki itu pula Afaf dah tak jumpa tapi setiap kali itu ada sticky note yang terselit. Bila dia tanya Khairil, lelaki itu kata memang setiap pelanggan yang datang akan dapat sticky note berisi kata-kata. Macam tak masuk akan pula. Tapi, Afaf malas nak fikir panjang.

Lelaki itu dalam diam Afaf suka dan kagum. Nampak mahal tapi Afaf tidak mahu terlalu memuji.

Lagipun perempuan kan tidak elok terlalu beria-ria. Mampu simpan angan-angan saja. Sebab dia percaya lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.

Buk

Membulat mata Afaf. Elok pula dia berlaga dengan orang. Tidak cukup dengan itu telefon orang yang dilanggar pula selamat jatuh di atas jalan tar.

"Minta maaf, tak sengaja. Betul!" Gelabah dia menunduk. Dia kalau datang gelabah, memang begitulah. Nampak kebudakkan di situ.

Tak sempat Afaf nak ambik telefon yang jatuh itu. Laju saja tangan yang satu itu mencapai dahulu.

Afaf tak pandang langsung. Hanya tengok saja tangan yang sedang mengambil telefon itu. Bibir digigit rasa bersalah saat mata terpandang skrin telefon itu telah pecah.

"Elok-elok."

Tak sempat Afaf nak cakap lagi lelaki itu berlalu pergi.

"Budak pendek..." Guman Affan. Tak semena bibir terlorek senyuman kecil. Dia tak pandang pun gadis itu. Tapi, dia kenal sangat.

"Wei, Fan. Kau kat mana?" Lupa pula ada Khairil di talian. Henfon yang retak itu ditekap di telinga semula.

"Sekejap. Aku nak sampai dah."


Mata Afaf melilau mencari kelibat Puan Hajar di dalam keriuhan manusia itu. Jam tangan dikerling sekilas. Jarum jam sudah menginjak ke pukul 12 tengah hari. Patutlah makin penuh orang.

Kebanyakkan tetamu Afaf tidak berapa kenal pun. Tapi, Puan Hajar yang ingin pergi dahulu. Katanya ingin membantu apa yang patut. Afaf pula dia menyusul kemudian.

Dia sebenarnya tidak mahu datang. Tapi, dari tadi Puan Hajar memujuk untuk ikut juga. Ibu kata sekadar tunjuk muka.

Afaf bergerak masuk ke dalam rumah. Fikirnya mungkin ibunya ada di dalam rumah memandangkan di luar dia tidak nampak sosok ibunya itu.

Khairil yang sedang menunggu kedatangan Affan hanya memandang kelakuan Afaf. Bibir melorek senyuman kecil. Dia kenal gadis itu.

"Woi, Kau pandang apa tu?" Bahu Khairil ditepuk kuat. Kerusi kosong ditarik dan Affan melabuhkan punggung di sebelah Hairil.

AFFAN_ADRAWhere stories live. Discover now