SELEPAS pulang dari warung Pak Man, terus aku bermandi peluh semata-mata mencuci kereta Vios putih milik Yad. Padahal kereta tak kotor langsung. Satu habuk tak melekat. Cermin kereta berkilat. Memang sengaja nak kenakan aku!
Mujur semuanya sudah selesai. Selepas solar Zohor, aku tidur sekejap buat hilang rasa kantuk. Deringan telefon memainkan lagu rancak mengejutkan aku dari tidur tiga puluh minit kemudian. Bangun saja aku terus bersiap. Tak ada masa nak bersolek. Sekadar lukis celak mata dan lipstik.
Anak tangga ku turuni. Mencari kelibat Yad yang kononnya nak sharp pukul tiga terpacak depan pintu rumah. Masalahnya dia ke mana? Atau dia pula yang lambat macam aku tadi?
"Ella! Sorry for being late this time." Lantang Yad bersuara mengejarku dari belakang. Cermat menuruni anak tangga satu per satu.
"Push up sixty time!" arahku tegas.
Yad membatu. Perlahan-lahan dia mendongak memandangku ketika mendengar arahan spontan terpacul dari bibirku. "Is this consider as a revenge towards me?"
"Yes, it is. Do it now." Aku sedia cekak pinggang. Menunggu gerakan seterusnya daripada Yad. Itulah nak sangat hukum aku, bila kena batang hidung sendiri tahu menggelupur.
"Ella... Kita boleh bincang Ella. Nanti aku belanja kau air green tea." Yad melekapkan kedua-dua telapak tangannya bersatu. Memohon simpati dari aku.
Bibir muncung ke depan. Mata dibulatkan sempurna. Berkali-kali Yad memujuk aku. Kepitkan suara tak jalan. Rasuah aku pun tak ada guna. Sudahnya, Yad turutkan arahan aku dengan merendahkan tubuhnya meniarap ke lantai.
"Selagi kau tak cukup enam puluh dalam masa dua minit, selagi itu kau tak boleh hantar aku pergi mall. Lambat, memang aku rembat kereta kau pergi,"
"No Ella not my precious car!"
Tak semena itu, pantas Yad melakukan tekan tubi depan pintu utama. Urat hijau timbul keluar. Tertawa bangga aku kerana dapat menggunakan peluang ini untuk membalas dendam perkara sama terhadapnya. Tahu takut aku ugut nak bawa kereta dia lari. Bukannya aku tak ada lesen.
Naik turun tubuh kekarnya hampir mencium lantai. Gigih Yad melakukan tekan tubi sambil mengejar masa. Nampak sangat dia lagi sayang kereta Vios daripada adik perempuannya.
Sontak derapan tapak kaki seseorang mengalih perhatian kami berdua. Kelibat Izz muncul dibalik dinding dapur bersama cawan berisi aiskrim vanila dalam pegangan. Terpaku setempat sebelum dia menjatuhkan pandangan melihat Yad workout tengah jalan.
"Ella? Kenapa Yad buat tekan tubi sini?" soal Izz yang kusyuk menikmati aiskrimnya.
"Kau tengok kakak kau ni. Tetiba hukum aku sebab turun lambat," adu Yad tak sedar diri.
Aku mencerlung tajam ke arah Yad. Tersenyum herot abang aku jadi play victim. Dia yang tetapkan dulu siapa lambat kena denda on the spot. Apahal aku yang kena?
"Izz, dia yang denda aku dulu masa nak pergi jogging tadi. Aku balas lah balik benda dia buat dekat aku. Ingat aku takut nak denda komander tak bertauliah macam dia?"
"Apa kau kata??" Lantas Yad berdiri tegak mendada menghadapku. Tak tahulah dah cukup ke tak enam puluh kali tekan tubi. Aku mempamerkan wajah sombong. Mata kami saling bertikam antara satu sama lain. Rasa nak ajak dia buka gelanggang gusti dekat sini. Entah apa yang tak puas hati sangat lepas aku balik ke sini.
"Kau ulang balik... Apa tadi?" Yad mendekatkan cuping telinganya pada wajahku. Aku berundur sedikit ke belakang.
"Tak bertauliah! Tak dengar ke??"
YOU ARE READING
Di Lautan Biru [C]
RomanceKata orang, perempuan masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku feminin haruslah dijaga. Kelayakan badan beruniform hanya berpihak pada insan bergelar lelaki. Benarkah ke...