NAVY Day akan berakhir pada jam tujuh petang kelak setelah berlangsung selama tiga hari. Baru saja pertunjukan udara dipersembahkan kepada para pengunjung dan dikhabarkan bahawa dua buah pesawat jet pejuang itu akan pulang ke Kuching kerana tugas mereka telahpun selesai.
Memandangkan Fajar sudah sembuh lepas aku paksa dia makan ubat, makin aktif dia menjelang hari terakhir Navy Day. Ke sana ke sini dia bawa aku macam anak patung tak bernyawa. Nasib baik aku tak pakai kasut tinggi dua inci, mahu melecet kaki aku dikerjakan dia.
Tiga hari berturut-turut pakai seragam putih yang sama. Sudah biasa mandi peluh setiap hari. Kata Fajar, andai terputus bekalan air sekalipun, berendam terus dekat laut masin sana. Pakaian seragam campak dekat dobi, tinggal keringkan dekat tengah ruang tamu.
Mandi laut tak melekit ke badan? Atau Fajar sengaja jadi sarkastik?
Kami sedang melepak atas kapal diraja sambil menghirup udara segar dari bayu laut. Sementara menunggu waktu makan tengah hari, ada seseorang ajak aku buat video call untuk ikut melihat kemeriahan suasana Navy Day.
"Whats up bro! How is your day, huh?" Tiada salam diucapkan, terus Fajar jerit 'bro' dekat Yad yang terpampang pada skrin telefon milikku.
"I'm fine bro. Just got back from Langkawi bro. How about you bro?" balas Yad melayankan kerenah Fajar. Sama-sama perangai masuk air sampai tenggelam tak timbul.
"I'm good too bro! Why you calling, calling bro?"
Aku letihla dapat dua lelaki perangai serupa. Tak padan umur dah masuk tiga dekad.
Yad tertawa kecil. "Saja nak ikut korang pergi Navy Day. Hari ini hari terakhir kan?"
Kami dua serentak angguk.
"Hm... Ella, cuba tunjuk aku situasi event tu. Nak tengok sikit."
Sekadar menurut, aku menghalakan skrin membelakangi wajahku. Berpusing seratus lapan puluh darjah menunjukkan kehadiran pengunjung yang kian bertambah hari demi hari.
"Macam best aje. Aduh, aku nak pergi juga dekat situ. Tapi sayangnya kalau aku bawa jet sekalipun, aku nak mendarat dekat mana? Pangkalan Lumut mana ada landasan panjang untuk jet berlepas," rungut Yad menayangkan riak kecewa.
"Naik helikopter," balasku perli.
"Ha... Ha... Ha... Lawaknya. Lepas dua hari baru sampai kut."
Aku menjulingkan mataku ke atas. Fajar asyik memerhatikan dua beradik ini bertikam lidah. Maaflah, aku terikut-ikut perangai abang aku.
"Ha, aku dengar petang nanti ada Sunset Ceremony sebagai penutup hari TLDM. Hm... Nanti boleh tak ajak aku video call sekali lagi sebelum upacara itu bermula? Aku nak ikut menghayati juga tradisi TLDM yang selalu orang kata," pinta Yad seraya menyisir rambutnya ke belakang bersama beret masih tersangkut pada jarinya.
Belum sempat aku balas, Fajar terlebih dahulu mencelah sebelum aku bersuara. "Boleh sangat. Best tau hayati tradisi Sunset Ceremony. Dengan lagu sedihnya aiseh... Buat aku rasa bangga jadi anggota TLDM,"
"Dengar tu Ella, kau patut bangga kau sekufu dengan Fajar. Ingat tujuan kau masuk TLDM pada asalnya. Kau nak buktikan dekat ibu yang kau mampu jadi macam aku kan? Kita beza cabang tetapi tetap bawah ATM."
Aku tersenyum. "Insya Allah, aku akan bertahan dekat sini. Selagi ada support system bersama aku, aku akan pertahankan impian aku supaya jadi lebih berjaya suatu hari nanti,"
"Siapa support system kau? Fajar eh?" Sengihan nakal Yad sambil menunding jari di layar skrin membuatkan aku rasa meluat. Sekilas memandang Fajar yang tersenyum senget. Perasan betul.
YOU ARE READING
Di Lautan Biru [C]
RomanceKata orang, perempuan masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku feminin haruslah dijaga. Kelayakan badan beruniform hanya berpihak pada insan bergelar lelaki. Benarkah ke...