Bab 54

3.5K 189 14
                                    

DEWAN Sidek Shahbudin atau panggilan mudahnya Dewan Sidek. Tempat dimana jamuan makan malam akan diadakan bagi meraikan keanggotaan baru kami dalam kepakaran JTP. Meja berukuran panjang seperti di kenduri terbentang luas di pertengahan kawasan dewan bersama beberapa buah kerusi disusun sepanjang meja tersebut.

Pakaian hari ini agak simple. Jersi biru gelap berserta seluar tracksuit berwarna hitam. Bukannya makan dekat hotel lima bintang, buat apa nak melawa lip lap bagai.

Semua orang membawa lauk-pauk yang berbeza. Adanya bihun, nasi goreng, sate dan sebagainya. Kecur liur tengok semuanya agak melazatkan. Nafsu makan membuak-buak. Dah lama tak makan juadah sedap sebegini. Tambah pula aromanya yang menusuk ke rongga hidung.

Ucapan ringkas diberi oleh setiap jurulatih sebagai pembuka jamuan. Encik Izwan mengimbas kembali zaman mudanya dulu sebagai perajurit muda yang baru sahaja lulus kursus di Tanjung Pengelih. Encik Muiz asalnya mahu menjadi polis tetapi tidak kesampaian atas faktor ketinggian tidak cukup. Encik Redza pula mahu melibatkan diri dalam TUDM tetapi gayat tinggi. Aduhai, parah... Parah.

Bagaimana dengan Fajar? Hm... Katanya masuk TLDM sebab mencuba nasib. Hakikatnya, dia berbohong.

Setelah berakhirnya sesi ucapan daripada mereka berempat, bermulalah sesi jamuan makan malam yang telah menjelang tiba. Sorakan gemuruh bagi pihak lelaki kerana sudah menunggu masa untuk melantak segala jenis makanan yang terhidang atas meja.

Pinggan plastik yang disusun rapi sebelah meja aku capai berserta sudu dan garfu di sebelahnya. Terliur melihat lauk ayam masak merah dimasak Fajar petang tadi. Masih panas. Mel sedia berbaris depan aku, menghulurkan pinggan kepada Fajar untuk diisi lauknya.

Kebetulan bunyi samar notifikasi telefon milikku menandakan masuknya mesej dari seseorang. Aku membaca setiap baris ayat dengan teliti. Senyuman sinisku terukir.

[Yumna] Sarjan Nukman didapati melarikan diri ke Miri lepas orang tempatan sana terserempak dengan dia dekat satu rumah terpencil di ladang kelapa sawit. Katanya rumah itu milik arwah datuknya yang telah meninggal dunia tiga tahun yang lalu dan telah ditinggalkan terbiar. Jangan risau, dia dah dibawa ke balai lepas orang situ bantai dia habis-habis sampai menyerah =)

"Ehem..."

Laju aku menoleh melihat Fajar dengan wajah datarnya berdehem padaku. "Cik adik, tak elok main telefon bila tiba waku makan,"

"Ouh... Err... Maaf, Encik Fajar." Aku berlalu pergi dari situ buat muka tak bersalah. Bukannya dia nak marah aku pun sebab lama-lama dia cari aku juga bila rindu. Kalau merajuk, siapa nak tegur siapa nanti?

Kejap, rindu? Apa aku merepek ni?

Aku mencari kelibat Mel dan Clara sedang menunggu di kerusi. Kehadiran aku yang makin hampir menyedarkan mereka dan perbualan makcik bawang terhenti seketika. Masing-masing sedia membaca doa mengikut kepercayaan agama. Setelah mengaminkan doa, aku melihat suasana sekeliling dan tersedar sesuatu aneh.

Shah dipinggirkan seorang diri jauh dari kroninya. Pelik. Takkan disebabkan keberadaan Mai dalam kelompoknya membuatkan Shah rasa terasing daripada Hayyan. Masalahnya, Nasran dan Rafael boleh saja teman Shah berbual bagai. Biarlah dua cinta sejoli itu sibuk dengan hal sendiri. Mungkin Shah mahukan waktu bersendirian?

Atau Hayyan dan Shah bergaduh?

Sambil menyuap makanan masuk mulut, lirikan mata beralih pula ke arah Fajar dengan gaya duduknya macam biasa. Pergelangan kaki naik berpangku atas paha. Renungan helangnya menikam dalam jiwaku. Dah rasa buat dosa besar tujuh keturunan.

Jarinya merayap pada poket seluarnya dan menunjukkan telefonnya kepadaku. Keningku saling bertaut, cuba memahami apa yang cuba dia sampaikan. Otakku berpusing. Aku pula menyeluk tangan kiri ke dalam poket seluar dan membawa keluar telefon tersebut. Satu mesej daripadanya tertera jelas pada layar skrinku.

Di Lautan Biru [C]Where stories live. Discover now