Bab 15

5.6K 313 14
                                    

PINTU bilik kedengaran terbuka dari luar menyebabkan aku terjaga daripada tidur. Tiga kelibat roommate masuk bersama bungkusan makanan dalam plastik bersertakan air milo ikat tepi. Aku bertukar posisi duduk di birai katil. Menyambut kepulangan mereka.

"Kita orang bawakkan makanan untuk kau. Tak jadi nak makan dekat dewan sebab kesian kau seorang di sini." Sebungkus makanan dan air dihulur Mai kepada aku.

"Thank you." Aku menyambut hulurannya.

Automatik tubuhku bangun lalu berjalan ke pertengahan ruang bilik. Kami berempat duduk dalam bulatan. Bungkusan makanan dibawa keluar dari plastik. Aroma nasi goreng kampung menyengat rongga hidung. Dengan lafaz bismillah, kami menikmati juadah ini dengan seleranya. Nafsu makan aku membuak berbanding sarapan pagi tadi.

"Encik Fajar ajar apa dalam kuliah?" soalku berpura-pura tidak tahu apa yang terjadi.

Hampir tercekik Mai dengar pertanyaanku. Pandangan Mel dan Clara berfokus padanya. "Mula-mula dia bagi definisi ilmu kelautan. Lepas Mel bagitahu yang kau demam, terus dia minta Encik Muiz ganti tempat dia sekejap. Laju dia tinggalkan dewan kuliah. Entah ke mana dia pergi. Dia cari kau ke?"

"Tak tahu. Tapi... Ada pegawai perempuan bawa aku pergi hospital. Terus ambil ubat dekat sana. Tu, atas kabinet aku ha," bohongku tenang menunding jari ke arah plastik putih bersaiz kecil berisikan ubat pil.

Mai mencerlung tajam padaku. "Betul ke Encik Fajar tak teman kau? Lama juga dia nak masuk kuliah balik, nak dekat dua jam kami tunggu,"

Clara berdecit kuat seraya menjegilkan bola matanya. "Agak-agaklah Encik Fajar nak serbu asrama perempuan. Mestilah dia suruh pegawai perempuan yang bertugas bawa Eleanor pergi sana,"

"Lagipun Encik Fajar jurulatih kumpulan tiga, mestilah dia jaga kebajikan anak buah dia," celah Mel menyokong pernyataan Clara.

Mai mendengus marah setelah Clara dan Mel cuba tenangkan keadaan. Nasi goreng dimakan rakus. Air muka berubah dingin. Tak berani aku pandang lama-lama.

'Mai, sebenarnya memang Fajar sukarela bawa aku pergi hospital,' hatiku bermonolog.

Tiada sesiapa berani bersuara. Mereka tahu Mai pernah suka Fajar dulu. Aku juga tidak terkecuali. Untuk kali ini, aku yakin Mai cuba ambil hatinya buat kali kedua. Tambahan pula status Fajar adalah single and available. Peluang keemasan ini sayang jika disia-siakan.

Apakan daya, aku juga wanita pilihan Fajar. Gigih jelaskan sebab yang tak berapa nak masuk akal.

Padaku, Mai lebih layak daripada aku. Aku tak pernah mengenali Fajar sama sekali dalam hidup. Fajar senior sekolah dia, sudah tentu Mai tahu perangainya selama ini. Nak dibandingkan dengan aku bermodalkan 'cinta' pandang pertama, terjumpa dalam mall lepas itu dalam kabin pesawat. Kitaran diteruskan lagi dengan perjumpaan kali ketiga iaitu dewan kuliah bangunan taktikal. Aku sendiri tak tahu dia anggota TLDM. Fajar pun satu tak bagitahu aku dia anggota sini. Terkejut beruk aku tengok penampilan segaknya yang kononnya dari Johor. Entah betul atau tidak dia dari sana.

Tiba-tiba aku terima tamparan sedas pada bahu kiri. Mengejutkan aku dari lamunan. Bergetar bola mata lihat Mai dengan renungan sinisnya.

"Kau okey? Boleh tak?"

"Ha? Boleh apa?"

Mai mencengkam bahuku lebih dalam.

"Tolong minta Fajar nombor telefon dia, boleh? Aku nak buat first step dekat dia."

Terkulat-kulat aku iyakan permintaan Mai. Angguk sekilas. Mai bersorak kegirangan diikuti Mel dan Clara. Berjoget kecil Mai menyedut saki baki air milo dalam plastik seraya mengenyitkan sebelah mata kepadaku.

Di Lautan Biru [C]Where stories live. Discover now