"DOAKAN aku dipermudahkan segala urusan esok hari. Bukan senang kau nak tengok peluang ini depan mata selama tiga hari. Jangan lupa rakam eh, nanti aku bawa balik coklat untuk kau sebagai ganjaran,"
"Iyalah. Pukul berapa agak-agak kau sampai sini?"
"Sembilan lebih. Alah, tak jauh mana pun Langkawi dengan Lumut. Dalam masa lima belas minit dah boleh sampai. Aku naik jet, bukan AirAsia," ujar Yad berseloroh dalam talian.
Dah serik dengar dia buat loyar buruk. Ada aje idea dia nak menjawab. Biasalah, benda boleh fikir pakai logik akal, jet dan kapal terbang jauh beza kelajuannya. Setelah menunggu sekian lama, akhirnya esoklah hari yang dinanti-nantikan bakal tiba.
"Aku nak tengok Fajar berkawad dekat dataran. Nanti ipar kau merajuk karang aku tak ada dekat situ." Tersedar bahawa aku sudah lama menghilangkan diri pergi dibalik dinding laluan pintu masuk. Menghadap ke kawasan pintu pagar.
Yad ketawa kecil. Lama mendiamkan diri sebelum berkata sesuatu yang membuatkan aku rasa sedikit hairan.
"Aku minta maaf Ella,"
"Eh kenapa tetiba minta maaf? Banyak dah ke dosa kau buat dekat aku?" Balasku dengan gurauan.
Ketawanya lagi.
"Tak adalah. Aku cuma rasa bersalah kalau aku ada sakitkan hati kau selama ni. Maafkan aku kalau aku tak dapat jadi abang yang terbaik. Bagi nasihat pun sempat buat lawak hambar. Aku nak kau bersyukur dengan rezeki yang ada sekarang ini. Tak semua orang mampu miliki, kekadang ada yang kena diuji Allah dulu sebelum turunkan rezeki-Nya kepada hamba."
Tersenyum nipis. "Yad, jujur aku kata selama ini kau tak pernah sakitkan hati aku. Kalau mulut kata benci kau sekalipun, aku tak maksudkan betul. Aku bersyukur sebab ada penyeri dalam hidup aku walaupun kau agak sengkek perangai."
Kami dua serentak menghamburkan tawa.
"Sudahlah, Yad. Esok kita sembang balik. Aku nak cuci mata tengok Fajar. Nak naikkan rasa cinta dan sayang dekat dia,"
"Hm... Pasti kau tertanya-tanya, kenapa aku cepat terima Fajar sedangkan aku sendiri pernah pesan dekat kau supaya jangan sesekali terima lelaki yang cuba ngorat kau. Memang aku maksudkan yang kau kena kenal dengan lebih mendalam pasal lelaki pilihan kau terlebih dahulu untuk elak ditipu satu hari nanti. Mesti kau ingat aku lupakan kata-kata sendiri kan?"
Baru saja ingin mengucap salam sebagai penutup bicara, Yad pula ajak sambung cerita. Dah serupa mak-mak. Baru teringat pasal pesanan khidmat masyarakat dia sebelum aku melapor diri ke sini. Terlalu leka dengan godaan syaitan Fajar sampaikan aku baru perasan yang aku termakan ayat manisnya.
Lelaki zaman sekarang agak mudah pancing perempuan dengan cara menuturkan bait-bait kata manis untuk mereka. Janji palsu yang selalu diberikan menjadi habuk apabila kedua-dua belah pihak jadi tawar hati.
Ibaratnya, Hamira dan Yad. Dasar perempuan tak guna!
"Kenapa? Kau yakin ke Fajar boleh jadi pasangan aku? Kau sendiri kata kau tak nak aku rasa apa yang Hamira buat dekat kau. Aku cuba nak korek rahsia pasal dia. Nak jadi detektif sekejap." Aku bersandar pada dinding. Perasaan musykil makin membuak dalam diri.
"Kau betul nak tahu ke, Ella?"
Aku mengiyakan pertanyaan dia.
"Jeng jeng jeng! Kalau kau nak tahu, hujung bulan depan kau balik kampung. Bawa Fajar sekali masa cuti pesta keaamatan. Okey? No excuse!"
"Eh?? Oi Yad bagitahu lah aku sekarang! Lama gila nak menunggu sebulan semata-mata dengar kau spill the tea. Tak adil ah!"
Ejekan tawa Yad meletus dalam talian. Amboi, seronok kenakan aku!
YOU ARE READING
Di Lautan Biru [C]
RomanceKata orang, perempuan masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku feminin haruslah dijaga. Kelayakan badan beruniform hanya berpihak pada insan bergelar lelaki. Benarkah ke...