Tiga minggu telah berlalu...
KELAS hari ini agak santai. Seisi dewan kuliah sunyi kerana para anggota sibuk melakukan simpulan ikatan yang telah dibelajar tanpa bimbingan ahli kumpulan. Ada yang masih bingung dengan ikatan tali yang tak menjadi.
Sudah kali kelima aku buka ikatan dan buat semula dari awal. Memantapkan kemahiran dan menguatkan ingatan cara ikatan ini dilakukan. Tak lama selepas itu aku jadi bosan. Termenung tengok ahli kumpulan lain bergelak tawa sesama sendiri.
Aku rasa asing bila bersama mereka. Tidak selesa. Mengapa perasaan tidak enak hadir dalam diri?
Shah sibuk bergurau senda dengan Rafael. Bertepuk tampar bagai. Tatkala aku tenung lama memerhatikan setiap gerak-gerinya, aku jadi menyampah. Kalau bukan sebab dia ajak aku pergi bersembang kosong dekat pondok hari itu, Mai takkan sebarkan fitnah melalui gambar yang ditangkap dari jarak jauh.
Bersepakat atau tidak, aku memang tak suka Shah. Rafael masih nampak baik di mata aku. Pendiam. Bersembang bila perlu.
Hayyan dan Nasran. Paling aku simpati ialah Hayyan, kesian sebab Mai mempergunakan dia demi duit berkepuk-kepuk. Padanlah setiap kali habis melepak, tak sah beg kertas penuh kiri kanan. Hayyan orang berada, tetapi kasihan jika dia tahu Mai mahukan dia bukan kerana perasaan. Dia layak dapat kebahagiaan, bukannya dapat perempuan kaki kikis seperti Mai.
Nasran juga nampak cool. Jenis bukan busybody macam orang lain. Ikut aje kehendak rakannya.
Hampir hilang semangat aku nak teruskan perkhidmatan di sini. Baru sebulan dah bermacam ujian aku tempuh. Diuji dengan kawan yang aku percayakan selama ini tikam belakang aku asbab dengki. Kadang-kadang kata-kata yang dilontarkan Mai buat aku hilang motivasi. Jiwa rasa kosong. Berkali-kali aku tanya pada diri sendiri, adakah ini pilihan yang terbaik masuk TLDM?
Setiap kali persoalan itu terlintas di mindaku, akan ada jawapan yang menyusul. Tanpa sedar, sebenarnya aku juga dikelilingi orang yang baik. Mel, Clara, Ena, Yaya dan Ijah. Bukan Mai saja yang hadir dalam hidup aku berperanan seperti parasit yang ingin merosakkan manusia. Mereka memandang serong terhadap Mai kerana sifat negatifnya.
Mengingatkan Mai mengata buruk tentang Yad, aku kesal sangat. Hanya disebabkan Yad kurang berinteraksi dengan dia, Hamira memutuskan untuk mencari pengganti lain dalam diam. Kutukan, hinaan yang dia beri cukup meremukkan hatiku. Andai Yad tahu pasal ini, lebih kecewa dia kelak.
"Eleanor, kamu dah puas praktis ikatan?"
Aku menoleh melihat empunya suara. Sejak bila Fajar duduk sebelah aku pun tak sedar.
"Dah,"
"Kenapa muram aje ni?" soalnya lanjut. Mulutku diam seperti dikunci.
"Dia badmood kut. Biasalah encik, perempuan selalu fikir masalah yang dia hadap. Hal kecil pun dibesarkan," celah Hayyan meledakkan tawanya bersama Nasran.
"Cuba encik tanya masalah dia, encik kan suka dia... Ehem..." Lirikan mata Nasran seakan mengejek aku dan Fajar. Aku syak semua ahli kumpulan tiga dah tahu hubungan aku dan Fajar macam mana. Iyalah, Mai kan orang tengah.
Sekali lagi mereka menghamburkan tawa. Serasa dibuli secara mental. Aku macam anak kerdil pula duduk dalam kelompok ini. Tak boleh ke aku tenang untuk sehari aje?
"Jaga mulut kamu semua. Jangan sampai saya gagalkan penilaian untuk ujian tali-menali kalau teruskan sikap kamu begini." Fajar tegas menegur mereka dengan nada sedikit menekan.
Dengan itu, tiada lagi suara yang membahan kami berdua. Begitu mudah mengalah selepas ditikam pandangan tajam Fajar.
Fajar bangun dari duduk. Menegangkan seluar yang berkedut di bahagian paha. "Tinggal lima minit lagi sebelum pre-test dijalankan. Selepas Navy Day berakhir, kita teruskan dengan ujian sebenar tali-menali. Faham?"
YOU ARE READING
Di Lautan Biru [C]
RomanceKata orang, perempuan masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku feminin haruslah dijaga. Kelayakan badan beruniform hanya berpihak pada insan bergelar lelaki. Benarkah ke...