Bab 39*

4.5K 248 20
                                    

KEPULANGANKU ke pangkuan keluarga terasa berbeza. Auranya lain. Malah, di pintu keluar utama juga aku tidak nampak insan yang sentiasa menyambut aku pulang selama ini. Menarik beg bagasi tanpa rasa girang terbit dalam diri. Sungguh, jiwaku terasa kosong.

Teringatkan lelaki yang sentiasa mengenakan seragam TUDM yang masih lengkap tersarung pada tubuhnya. Alangkah sedihnya, semua hanyalah memori yang akan bermain dalam mindaku setiap kali aku balik kampung.

Fajar dan aku berpisah arah. Aku ke kanan, dia ke kiri. Aku perhati dari jauh saudara-mara menyambut kepulangan dia. Yang buat aku rasa sebak apabila Fellora yang malu-malu kucing belakang ibu saudaranya terus berlari meluru mendekati Fajar. Serta merta hadiahkan pelukan berbaur rindu kepada abangnya. Oh Tuhan, aku rindu pelukan Yad. Sungguh, aku rindu!

Manakala, aku berdiam diri sedari tadi. Segala persoalan yang ditujukan kepadaku jawab acuh tak acuh. Tak ada mood. Aku nak balik dengan tenang meskipun hati ini tidak rela dengan pemergian Eiyad Da'in yang sentiasa menjadi penghibur aku.

Masuk kereta terus senyap pada mulanya. Ayah paling rancak bersuara, menghilangkan rasa canggung antara kami. Tanpa sedar, aku leka bercerita pengalaman sepanjang berada di Lumut. Bermula dari hari pertama orientasi sehinggalah aku ditakdirkan bersatu dengan jejaka penakut ular. Oh ya, aku ada juga menceritakan benda yang sama dekat ayah tentang kejadian itu. Izz terhibur sampaikan gelak terbahak-bahak.

Namun, ibu langsung tiada sebarang reaksi pada wajahnya. Mendatar. Tiada respon mahupun bersuara walaupun sekali. Malas pula aku nak tegur dia. Biarlah hanyut dengan dunia sendiri.

Perbualan kami makin rancak sehinggakan melupakan kesedihan yang telah menguasai jiwaku. Pada satu saat, kata-kata ayah membuatkan aku terbungkam.

"Ayah rasa Fajar boleh jadi menantu yang baik dalam keluarga kita. Daripada apa yang arwah Yad pernah cerita dekat ayah, memang rasa dia tahu peranan dan tanggungjawab dia sebagai lelaki. Walaupun dah kehilangan arwah ibu dan ayah dia pun tak tahu menghilang ke mana, tapi dia masih ada adik perempuan yang kecil lagi. Sayangnya, terpaksa berpisah dengan adik dia sebab tak ada siapa yang akan jaga dia bila Fajar bekerja. Hm... Sikap Fajar mengingatkan ayah dekat arwah Yad la, Ella." Hujahan panjang ayah jelas menunjukkan dia dah approved dengan kehadiran Fajar dalam hidup kami. Tapi samakan Fajar dan arwah? Ya Allah, tolonglah jangan banjir air mata.

"Esok baru kita akan kebumikan jenazah arwah. Jasad masih di hospital. Harap Ella redha dengan pemergian arwah. Ayah tak sangka benda ni terjadi, cuma ayah pelik... Yad handal bawa pesawat Cessna dan seangkatan dengannya. Tak mungkin kecelakaan itu terjadi tanpa sebab. Biasanya diorang akan buat pemeriksaan teknikal sebelum menerbangkan pesawat itu,"

"Entah-entah ada orang cuba sabotaj abang dengan arwah Sarjan Izhar, kan? Diorang pro bawa pesawat kut. Mana tahu ada yang dengki ke," celah Izz mengejut. Andaian dia ada logik akal. Benar. Seingat aku, arwah Yad pernah menerima anugerah Squadron Of The Year sebab handal menerbangkan pengangkutan udara termasuk helikopter dan jet pada usia yang masih muda.

Adakah kematian arwah disebabkan oleh ketentuan Allah atau orang dalaman yang cuba menjatuhkan Yad?

"Itulah. Setahu ayah, pemeriksaan teliti wajib dijalankan bagi setiap pesawat demi menjamin keselamatan para anggota. Paling tak, sehari sebelum ditugaskan menerbangkan pesawat itu. Tiada istilah terlepas pandang kalau melibatkan risiko kerja yang bermain dengan nyawa," ujar ayah meluahkan pendapatnya sendiri. Bagaikan ada kesinambungan yang menghubungkan alur cerita ini.

Dengki dengan arwah sekalipun, tak perlu sampai ambil alih tugas malaikat maut. Dia ada keluarga yang sentiasa menunggu dia balik setiap hari. Jika tidak puas hati, bincanglah baik-baik. Bukannya cari alternatif lain supaya orang itu lenyap dari dunia.

Di Lautan Biru [C]Where stories live. Discover now