LUMUT Waterfront sering dikerumun ramai pada waktu petang. Waktu senja menjadi sorotan utama pengunjung yang hadir untuk cuci mata melihat keindahan Allah sebelum beredar pulang.
Aku dipaksa Fajar menemani dia pergi ke sini. Tujuannya aku tidak tahu. Sudah banyak kali aku tolak ajakannya setelah pulang ke asrama kerana letih. Fikir masalah keluarga di seberang laut sudah cukup buat aku rasa terbeban. Tambah pula Izz tak henti kata ibu merayu untuk aku maafkannya. Namun, adakah aku mengenal erti 'simpati' terhadapnya?
Mengantuk tahap gaban. Terpaksa aku ikutkan permintaan Fajar memandangkan dia telah siap terpacak di kawasan perkarangan asrama pukul empat petang. Baru lepas dua jam lebih habis kuliah, kena keluar pangkalan lagi. Mata berkelip-kelip berjuang untuk tahan kantuk. Lawak hambar dibuat Fajar makin terlelap jadinya.
Tatkala tiba di Lumut Waterfront, barulah mata aku sesegar sawi di gerai pasar tani. Melangkah saja keluar dari kereta, terlihat ramai orang beriadah bersama keluarga dan rakan lain. Ada yang main kasut roda, naik beca, skuter dan sebagainya. Sekurangnya ada juga sumber hiburan untuk pastikan aku kekal aktif sepanjang berada di sini. Kini, kami berdua duduk tenang di kerusi batu setelah puas naik beca meronda kawasan sekitarnya. Alang-alang Fajar tawarkan diri untuk jadi pemandu tak bertauliah.
Macam biasa, bawa bagai nak gila. High speed kaw-kaw. Aku yang jadi penumpang dia beristighfar memanjang. Hampir langgar orang yang lalu-lalang depan kami. Tak tahu malu betul Encik Fajar.
Fajar berdehem sekali. Hujung mataku menangkap pergerakan Fajar mendekatkan ruangannya menghampiriku. Meninggalkan sedikit ruangan jarak kerana masih tahu hukum bersentuhan dengan bukan mahram. Walaupun kekadang perangai bak setan, ada waktu dia jadi malaikat atau pak ustaz.
"The view is as pretty as your visual. And your visual is a piece of art that I can't take my eyes off of you."
Wah... Mamat ni tetiba speaking dengan fasihnya. Tahulah dah lama jadi anggota TLDM sini untuk fasih berbahasa Inggeris. Nak mengorat aku pun pakai bahasa penjajah.
"Kau tahu kenapa aku bawa kau ke sini?" soalannya ditujukan kepadaku.
Aku mengalihkan pandangan yang berfokus pada sisi wajahnya. "Hm? Sebab awak bosan?"
Perlahan dia geleng.
"Aku dah lama simpan rahsia dengan kau. Bukan sebulan, bukan setahun. Tapi sepuluh tahun. Berkat kesabaran aku menunggu kau dewasa supaya perasaan cinta aku dekat kau akhirnya terungkap."
Tersenyum manis aku mendengarkan luahannya. Dia bersandar dengan sebelah kaki naik berpangku atas paha. Tangan bersilang di dada. Renungannya dilemparkan ke lautan biru yang luas terbentang bersertakan pantulan senja matahari bersinari terang.
"Mesti kau tertanya-tanya kenapa aku suka kau, kan?"
Anggukku sekali. "Kenapa? Sebab saya adik Yad ke?"
Dia menidakkan tekaanku. "Tak. Aku suka kau sebab hati aku tergerak untuk memilih kau. Kau ada aura daya tarikan sendiri. Kau berbeza, Eleanora. Bila aku tengok muka kau, aku rasa macam ini ke jodoh aku satu hari nanti?"
Bola mataku digulingkan ke atas. Confident tinggi sangat. Nasib baik betul-betul termakbul doa dia selama ini.
"Jadi apa kena mengena dengan situasi kita dekat sini? Lepak saja?" Giliranku bertanya padanya. Takkan datang sini semata-mata naik beca. Mesti ada motif lain yang dia berahsia sungguh dengan aku.
"Healing. Aku tak nak kau stres sebab masalah keluarga. Kita hadap masalah yang sama, tapi situasi berbeza. Ibu kau sebenarnya tak restukan pilihan kau, kan? Yad pernah cerita dekat aku dulu."
YOU ARE READING
Di Lautan Biru [C]
RomanceKata orang, perempuan masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku feminin haruslah dijaga. Kelayakan badan beruniform hanya berpihak pada insan bergelar lelaki. Benarkah ke...