Bab 44

5.3K 251 7
                                    

TERSEKSA betul belajar law. Nak botak kepala aku hafal semua kes, hafal nama orang yang jenis panjang sampai ke penghujung dunia. Hampir setiap hari aku tidur tiga jam gara-gara nak sumbat semua benda masuk otak. Nama kes dan akta-akta dia fuh... Menangis aku! Nak buat macam mana, dah minat. Kena teruskan juga huhuhu padahal lepas degree aku masuk TUDM juga, bukannya lepak dalam mahkamah.

Dah la, Yad nak sign out. Lusa ada exam hahaha harap dapat A solid. Fajar dah tidur dulu dengan buku tengah tekup muka dia. Adeh...

- Eiyad Da'in.

Terhibur aku baca semua diari dia sepuluh tahun lepas. Rupanya dia mula menulis sejak masuk semester pertama di UM. Bagus dia kekalkan hobi dia yang tak semua orang buat pada masa kini. Bagaimana boleh tergerak hati untuk buat diari aku pun tidak tahu. Macam tahu-tahu dia tulis diari sebagai pusaka terakhir sebelum dia pergi. Hm...

Hampir empat jam aku menghadap buku, sibuk baca dari muka surat awal sampai akhir. Dapat ku dengar suaranya terngiang-ngiang membaca ayat demi ayat yang ditulis olehnya. Bolehlah aku rembat bawa balik Lumut buat lepaskan rindu.

Nak dekat separuh buku ini Yad dah tulis. Helaian seterusnya aku belek, mana tahu Yad sorok sesuatu yang aku tak jangkakan. Kutlah pasal tak boleh lupakan Hamira, dia tulis dekat muka surat belakang. Bahagian depan kira-kira lima muka surat pasal Hamira seorang aje. Nampak sangat kecewa dengan perangai betina tu.

Tengah asyik menyelak, terdapat dua helaian yang telah dilipat dua. Kan dah kata Yad sorok sesuatu. Firasat seorang wanita kuat, okey? Sebab itu kalau bab nak pasang kayu tiga, fikir dua tiga kali. Silap-silap muka penyondol itu aku cari sampai dapat.

Lipatan itu dibuka, tulisan ditulis dengan dakwat warna merah. Ah sudah, apa benda ni? Death note? Gila ke abang aku nak buat benda syirik?

Sepintas lalu aku tengok semua perenggan dan kemudian barulah aku baca dengan penuh teliti. Namun, isi diari yang ini membuatkan bulu roma ku berdiri tegak sebaik sahaja perenggan pertama dibaca.

6 Oktober 20__

Diari kali ini aku letak dekat muka surat belakang sebab aku tak nak ingat balik kejadian yang menimpa Fajar tiga hari lepas. Nak dijadikan cerita, aku baru balik dari kafetaria dan aku bungkuskan sekali nasi ayam berempah untuk Fajar. Ikutkan aku ada ajak Fajar tapi dia nampak macam tak ada mood dan minta izin untuk berehat dekat bilik. Aku fikir yang mungkin dia nak rehat sebab kami dah habis exam penilaian untuk business law.

Masa sampai depan pintu bilik, aku ketuk pintu banyak kali tapi Fajar tak menjawab. Nasib pintu tak berkunci, aku redah masuk. Sumpah aku terkejut tengok Fajar terbaring kat lantai dengan muka memang pucat teruk. Mulut berbuih. Segala lauk aku campak atas meja belajar dan terus cek kadar nadi Fajar. 22 denyutan dalam masa seminit, memang nyawa hujung tanduk sahabat aku seorang ini. Aku cuba hubungi warden minta tolong bawa Fajar pergi hospital dalam kadar segera sebelum semuanya terlambat. Langsung tak ada respon, mana tak aku rasa resah gila.

Tisu atas meja aku ambil dan lap mulut dia sampai kering. Aku letak Fajar atas paha, tetiba aku tersedar ada satu paket ubat dan sepapan panadol dalam genggaman tangan dia. Sekali tengok, aku dah agak Fajar overdosed! Hati mana tak hancur bila sahabat kau sendiri ada cubaan untuk bunuh diri. Lemah terkulai depan mata. Aku tak henti berdoa kepada Allah supaya selamatkan Fajar dalam situasi genting sebegitu.

Sekarang, dah dua hari dia tak datang kelas. Muka dah cengkung sikit sebab langsung tak makan apa-apa sejak dia sedar dalam wad hari tu. Seharian tidur dalam bilik tak bercakap. Kekadang setiap malam senyap-senyap dia toreh tangan sampai darah menitik dekat lantai. Aku sebagai sahabat dia cuba yang terbaik untuk bawa dia kembali ke pangkal jalan. Fajar layak terima kebahagiaan dalam hidup dia tapi aku harap dia takkan hidup dalam penuh derita macam ini pada masa akan datang.

Di Lautan Biru [C]Where stories live. Discover now