HUJUNG minggu adalah detik paling ditunggu semua orang apabila tiba masanya untuk merehatkan diri buat seketika. Tidur sampai tengahari tiada siapa halang. Keluar jalan-jalan pergi pusat beli-belah, tonton wayang bersama.
Untuk golongan manusia yang liat sungguh nak bangun macam aku, memang bantai tidur sampai pukul dua belas. Paling lambat bersiap, paling lambat makan. Nasib baik dah pasang penggera jam. Tak pasang, naya terbangun nak dekat maghrib.
Mandi sudah, makan sudah. Sekarang aku bersama gadis dara yang lain terperap dalam bilik empat. Niat ingin melepak di Aeon Manjung sana, tapi pengangkutan tak ada. Ikutkan Clara satu-satunya yang memiliki lesen kereta tetapi disebabkan kakak sulungnya pinjam sementara selama dua minggu atas urusan kerja, terkuburlah niat nak hangout dekat luar.
Mel sambung tidur, Clara main game. Katanya nak push rank dalam satu hari untuk dapatkan title yang dia impikan selama ini. Walaupun banyak kali jatuh rank sampaikan segala ayat makian keluar dari buah mulut, tetap juga dia teruskan permainan. Bagi Clara, ini satu cabaran untuk mengajar dia agar tidak mudah berputus asa demi mendapatkan ganjaran yang kita mahukan.
Kelibat Mai saja aku tak nampak. Sejak aku terjaga dari tidur, sebelah katil dah kosong. Dewan makan pun dia tak ada. Mula-mula aku husnuzon mungkin dia solat dekat surau, tapi sama juga batang hidung tetap tak nampak.
Aku separa bangkit dari tempat pembaringan, melihatkan Clara kusyuk dengan kerjanya. Layar skrin telefon dimatikan. Aku berdehem kuat sebelum dia merespon panggilanku.
"Mana Mai? Aku tak nampak dia,"
"Mai keluar dengan Hayyan. Jangan tanya aku macam mana diorang dua boleh bersama."
Rahangku jatuh sebaik sahaja mendengarkan nama jejaka itu. Hayyan? I thought she would take it as a joke.
"Seriously? You're not lying... Right?" Dari separa baring terus menegak postur tubuhku dalam keadaan bersila.
"Nope. Aku tak sangka dia akan tackle si Hayyan. Maybe... Broken sebab Encik Fajar dah pilih kau? Alah, relax. Hayyan pun ada rupa tapi Encik Fajar berkali ganda rupa dia." Clara menjongket bahu. Pandangannya masih lekat pada layar skrin telefon. Jari-jemari sibuk berdansa di sudut skrin.
Baru saja hendak bersuara, bunyi notifikasi masuk. Mesti Yad, dari semalam tak puas hati dengan aku. Tak habis membahan aku. Padahnya dah tahu single, accept ajelah si Fajar tu. Eh... Dia sendiri yang pesan jangan sesenang terima lelaki yang cuba mengorat aku. Tetiba Yad dapat hidayah daripada Allah ke soal aturan jodoh aku?
Ternyata penghantar mesej itu bukan Yad yang hantar.
Mesej itu daripada Fajar.
Istighfar Eleanor, istighfar. Buka dulu mesej dia, tengok apa yang dia hantar.
[Fajar] Kau buat apa dekat asrama sana? Jom, aku bawa kau pergi jalan-jalan. Pakai baju cantik sikit, aku tak nak kau keluar pakai jersi.
Terbuntang besar biji mata aku terima ajakan Fajar. Pergi jalan keluar ke mana? Kalau setakat pusing pangkalan, baik tak payah.
[Eleanora] Malaslah. Nanti kantoi lah awak dengan saya ada something.
Sekali ketikan, mesej itu dihantar semula kepada orangnya. Menunggu beberapa saat sebelum Fajar membalas mesej berunsur ugutan.
[Fajar] Aku bagi kau dua pilihan. Satu, aku terjah masuk bilik kau. Kedua, aku jerit kuat-kuat nama penuh kau dekat ruang lapang sini.
Ruang lapang? Fajar dah sidai lama ke dekat tempat parkir depan blok ni?
YOU ARE READING
Di Lautan Biru [C]
RomanceKata orang, perempuan masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku feminin haruslah dijaga. Kelayakan badan beruniform hanya berpihak pada insan bergelar lelaki. Benarkah ke...