Bab 27

4.7K 261 3
                                    

RESAH hati aku mengenangkan gambar yang diambil Mai sewaktu aku dan Shah berborak sakan di pondok. Adakah ini salah satu rancangan Mai? Jikalau dia sebarkan gambar itu kepada orang lain, habislah orang pandang serong dekat aku. Bayangkan orang kata aku main kayu tiga? Simpan dua lelaki dalam satu masa.

Aku syak Shah memang sepakat dalam rancangan Mai. Sampai hati dia tipu aku siap jual muka simpati depan aku. Kononnya rasa kasihan sebab diperlakukan Mai sebegini. Ternyata dia dua kali lima dengan perempuan musibat sebelah katil aku.

Jam nak dekat sepuluh malam, sedikit pun aku tidak rasa mengantuk sama sekali. Gusar. Baring mengiring tak kena. Terlentang lagilah. Aku mengeluh berat. Mai dah lama hanyut ke alam mimpi lepas Hayyan bagi dia hadiah coklat mahal. Dengan riaknya dia perli aku depan Mel dan Clara.

'Inilah ciri-ciri lelaki yang menghargai pasangan dia. Labur duit demi orang tersayang. Kalau dua-dua saling mencintai, lagilah perasaan sayang itu membuak.' Kata-katanya terngiang dalam minda aku.

Iya. Memang aku akui, aku paksa diri untuk terima cinta Fajar. Tidak seperti dulu dimana aku rasa ingin mencintai Fajar setelah kami bersatu kembali dalam kabin pesawat. Sangat susah. Tambah pula Mai sebilik dengan aku, stalk segala pergerakan tingkah laku aku. Nak bersayang dengan Fajar, silap-silap lagi teruk aku kena nanti.

Haraplah dia tak sebarkan gambar tu dengan kapsyen yang mengundang fitnah.

Disebabkan dialah aku was-was untuk adakan hubungan dengan Fajar. Lelaki itu tidak salah sama sekali. Betul kata Fajar. Aku terlalu ikut perasaan dan emosi. Aku mudah percayakan kata-kata orang. Lemah. Rasa macam diri mungil ini tidak layak berada dalam cabang TLDM.

Andai aku ada rumah sewa sendiri di luar, dah lama aku angkat kaki keluar dari asrama. Tempat orang tak sama seperti tempat kelahiran asal aku. Aku ada keluarga di Sarawak. Di Perak? Aku ada siapa? Fajar dah ada rumah sendiri di Bukit Permata, tidaklah jauh mana jaraknya. Kira-kira 5 km? Tak tahu. Aku tak pandai anggar jarak. Matematik pun gagal sepanjang tahun.

Aku bangkit dari pembaringan. Rambut yang saling berpintal ku sikat guna jari. Susah betul kalau ada insomnia. Aktif macam mana sekalipun dari pagi sampai petang, kelopak mata takkan penat punya.

Telefon pintar pada kabinet laci sebelah katil ku capai. Layar skrin dihidupkan. Kecewa. Tiada mesej dari Fajar langsung. Fajar terasa sangat dengan aku ke?

Argh! Kau dah buat Fajar terasa, Ella! Tengok siapa yang tercari-carikan dia sekarang. Kau juga kan? Ha, macam mana kau nak pujuk jurulatih kau?

Keadaan bilik agak gelap. Suram. Sumber cahaya dari kain langsir berwarna putih kekuningan tidak cukup menerangkan suasana. Huh. Tetiba rasa macam nak makan angin luar pula.

Rambut diikat. Tudung sarung yang disangkut pada penyangkut almari dicapai lalu disarung menutup kepala. Telefon pintar digenggam. Aku berusaha tidak melakukan sebarang bunyi untuk elak mereka terjaga dari tidur. Mel paling sensitif terhadap sumber bunyi, jadi sudah tentu aku tidak mahu dia cari kelibat aku di luar.

Ambil masa tiga puluh saat semata-mata nak buka dan tutup pintu bilik. Terjengket kaki aku dengan selipar getah bentuk kucing warna krim. Suasana koridor memang seram.

Sebaik sahaja aku tiba di bawah bangunan asrama, aku rasa lega. Bebas. Inilah benda yang akan aku buat setiap kali makan angin malam. Selalunya dengan Yad. Kali ini, Yang Maha Esa menjadi peneman aku ke mana saja aku berada.

Dari bangunan ke bangunan aku jalan. Semuanya gelap gelita. Setelah puas berjalan cuci mata, aku patah balik ingin pergi ke pondok tempat aku dan Shah melepak. Makin dekat, makin aku rasa tak selesa. Nak kata takut, tak juga. Tempat ini agak terbuka, hanyalah pasu hiasan yang mengelilingi pondok tersebut.

Di Lautan Biru [C]Where stories live. Discover now