DUA hari berlalu sejak Yumna melaporkan hasil siasatannya bersama anggota lain kepada kami. Misi pencarian masih dijalankan. Bersepah gambar suspek tersebar luas di media sosial bagi meminta kerjasama semua pihak mencari Sarjan Nukman dalam jangka masa terdekat. Dengan harapan dia dapat ditangkap dalam kadar yang segera.
Ruangan komen di video Tiktok menunjukkan ramai orang mendoakan keadilan bagi keluarga arwah Sarjan Izhar dan Sarjan Eiyad. Kejadian pesawat Cessna 143 Skyhawk terhempas memberi kesan kepada sesiapa yang menjadi saksi kejadian itu. Itu baru netizen, belum lagi tanya keadaan dan perasaan keluarga dia seperti apa. Hampir mencampakkan diri masuk Tanjung Rambutan. Hampir gila.
Dalam masa yang sama, Fajar kurang berinteraksi dengan aku setelah dia tahu Sarjan Nukman adalah suspeknya. Seorang yang periang bertukar muram. Tiada reaksi. Semasa kelas berlangsung, wajah mendatar saja ditayang. Senyuman hilang.
Pasti dia menyimpan perasaan dendam terhadap Sarjan Nukman. Fajar tidak akan berdiam diri tanpa sebab.
Jam sembilan pagi bermulanya latihan asas kawad kaki di kawasan dataran KD Pelandok. Walaupun kawad kaki sudah menjadi kelaziman di peringkat sekolah mahupun zaman universiti sekalipun, latihan asas tetap dijalankan dalam kem tentera untuk membentuk disiplin dan etika bermoral dalam setiap diri anggota.
Segala arahan tegas daripada komander harus dipatuhi. Alert and sharp. Ini juga dikenalikan sebagai arahan autokratik.
Kali ini, latihan kawad kaki dikendalikan oleh Encik Muiz. Setiap gerak geri dia teliti satu per satu. Kesalahan sehalus zarah pun dia nampak. Bukannya tegur lembut, terus tengking depan muka. Ini kalau dapat dekat perempuan jenis sifat lembut, mahu banjir air mata. Auto dicop anak manja.
Dalam keadaan sedia, bunyi tapak kasut Encik Muiz diseret atas dataran. Diam tak berbunyi. Nafas orang langsung tak dengar. Mesti masing-masing tahan nafas. Maklumlah, Encik Muiz boleh tahan tegas dia. Nak dibandingkan dengan Fajar dengan Encik Muiz, Fajar masih baru jadi jurulatih untuk membimbing anak buahnya. Ikutkan umur empat puluh adalah umur yang sesuai untuk anggota TLDM jadi jurulatih. Aku tak tahu apa isi fikiran Fajar nak jadi jurulatih pada usia masih muda.
Tiga puluh muda ke? Secara fizikal, matang. Dari segi perangai dia, barai.
"Skuad... Skuad sedia!"
Laungan mengejut Encik Muiz kembalikan fokus kami kepada latihan hari ini. Auto dada ke depan dan tangan di sisi. Peluh merenik-renik di dahi kelihatan apabila dipantul pancaran cahaya matahari dari arah timur.
"Saya mahu setiap orang daripada kamu semua bagi arahan depan sini mengikut giliran. Tiada yang terkecuali, ini bermaksud kesemua dua puluh lima orang harus melibatkan diri bagi mendapatkan markah individu masing-masing. Apabila komander bagi arahan, pastikan kamu peka mendengar arahan yang dia akan bagi. Bila salah, akan ada hukuman yang menunggu kamu di penghujung latihan kelak."
Aku dah sedia telan air liur walaupun tersekat-sekat macam saliran longkang tepi jalan. Hari itu, denda plank dua minit bagi kelas Encik Izwan tentang ilmu kelautan. Apa agaknya hukuman Encik Muiz kali ini? Berat atau biasa saja?
Tiga lagi anggota jurulatih yang lain sedang memantau kami. Peluh mengalir perlahan dari ubun-ubun kepala mereka. Tetapi bagi pandangan aku, salah seorang daripada mereka nampak hot apabila berupa sebegitu. Aums...
"Saya mulakan dari sebelah kanan. Shah Imran, pergi depan," arah Encik Muiz dengan tegas.
"Baik tuan." Jejaka berkulit sawo matang itu berkawad dengan pergerakan tajam menuju ke depan menghadap kami.
Wajah tegas. Postur tubuh tegak. Nafas ditarik dalam sebelum memulakan arahannya.
"Skuad! Skuad sedia!"
YOU ARE READING
Di Lautan Biru [C]
RomanceKata orang, perempuan masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku feminin haruslah dijaga. Kelayakan badan beruniform hanya berpihak pada insan bergelar lelaki. Benarkah ke...