Bab 56

3.7K 232 15
                                    

KELOPAK mata serasa disimbah pancaran cahaya lampu yang terang. Bunyi detikan beransur-ansur yang bingit telah memgejutkan aku dari lena yang panjang. Mata dinyalangkan. Melilau suasana sekeliling yang serba putih dan hijau zaitun. Bunyi yang aku dengar sebentar tadi datang dari cardiac monitor. Satu papan tanda kecil terterasa dengan jelas keberadaan aku pada masa ini.

Aku ditempatkan dalam wad kecemasan.

Kiri kanan aku pandang. Tiada sesiapa. Kelibat Fajar juga lesap. Mungkin pergi tandas agaknya? Rasa ngilu di bahu kiri membuatkan aku mengaduh sakit. Pembalut yang membalutinya di sentuh lembut. Tangan kiri cuba digenggam. Alhamdulillah, tak lumpuh lagi. Risau overthink sampai ke situ. Mana tahu terkena bahagian yang mengganggu sistem saraf.

Dua kali tusukan masih segar dalam ingatan. Bunyi hirisan pisau yang halus masih terngiang dalam mindaku. Kejadian ngeri berlaku depan mata dengan pasti menjadi situasi paling trauma dalam hidup aku. Dikhianati rakan sendiri.

Sekejap... Shah. Pantas aku menoleh ke katil sebelah, tiada batang hidungnya kelihatan. Hanyalah pesakit lain yang terbaring dimasukkan air IV drip. Jantung berpacu laju, Shah sempat diselamatkan atau tidak?

Tolonglah Shah, jangan tipu aku. Kau sebenarnya ada bawa orang lain bersama kau kan semalam? Jangan kata kau tinggalkan aku selamanya.

Jam dinding yang digantung sebelah kaunter rawatan ditilik. Sudah lapan pagi. Berapa lama aku tidur? Siapa jaga aku sepanjang malam? Takkan Fajar, Shah bagitahu aku dia tidak sihat malam tadi. Oh ya, bagaimana Fajar tahu aku berada di rumah tidak berpenghuni itu?

Apa terjadi dekat Mel? Clara? Mereka tahu atau tidak aku di sini?

Brrr... Satu wad sejuk membeku serasa di Antartika jauh sana. Pakai selimut tebal hospital belum tentu dapat hangatkan badan. Tambah sekali pakej rasa nak buang air kecil. Masa ini juga lah nak tunaikan hajat pun.

Aku ubah posisi duduk dengan sokongan siku sebelah kanan memandangkan sebelah kiri masih pedih. Ingat luka tusukan boleh baik dalam masa lima jam? Itu pakai ilmu hitam ada lah.

Nasib baik tiub air panjang. Tak risau jika terbelit atau terjatuh sekalipun. Tatkala aku berupaya berdiri dengan sendiri tanpa bantuan orang, aku menjenguk ke arah kaunter rawatan. Tiada jururawat walaupun seorang. Kisah apa aku, pundi kencing dah nak bocor sudah. Aku berjalan perlahan sambil menarik sekali tiang IV drip bersama ke arah tandas. Tepat tiba di muka pintu, tetiba pintu tersebut dibuka dari dalam menandakan ada orang lain sedang menggunakannya. Kami bersua muka, terus menjerit kerana terkejut.

"Eleanore! Astaga kau ni! Dahlah tengah sakit, jalan macam zombi hidup. Tangan sebelah langsung tak gerak," tegur Mel seraya mengusap dadanya menenangkan degupan jantungnya yang sudah menggila.

Aku mengeluh berat. Beruntung aku bukan jenis orang yang kuat melatah. Kalau tidak, rasanya dah buat backflip dekat sini sebab terkejut punya pasal. Muka member lebih seram dari jembalang yang pernah aku jumpa setakat ini.

"Tepi. Aku nak masuk." Selamba aku menolak Mel ke tepi dengan cara berlaga bahu dengannya. Dramatik sungguh dia hampir terjatuh tetapi sempat berpaut pada dinding.

"Kau jangan sampai aku cucuk kau dengan pisau dekat sebelah kanan pula. Nak?" Mel menjeling aku sekilas. Dendam kesumat sedang membina.

Aku menggulingkan bola mata. Tiang IV drip ditarik masuk sekali masuk ke tandas lalu pintunya ditutup dan dikunci. Tak tentu pasal ada yang main serbu masuk.



"MACAM mana kau tahu aku dekat sini? Clara mana?" Aku bersandar pada kepala katil yang dinaikkan sedikit separas kepalaku. Merehatkan anggota yang mengalami kecederaan daripada banyak bergerak.

Di Lautan Biru [C]Where stories live. Discover now