Bab 10

6.4K 322 6
                                    

KAMI diarahkan melakukan warming-up pada waktu pagi dengan berjogging dari satu stesen ke satu stesen. Melalui Jalan Armada pusing pula pergi ke Jalan Panglima. Teruskan trek kami ke Jalan Daeng Selali dan berakhir di KD Pelandok. Ada jurulatih yang urus bahagian jasmani memantau kami di setiap stesen yang ada. Sambil jogging sambil mengamati suasana sekeliling. Sedikit sebanyak dapat gambaran awal rupa pangkalan ini seluas mana.

Tiga laluan jalan yang dinyatakan tadi sudah cukup merangkumi kawasan perumahan, pusat organisasi, stadium, kolam renang dan gim. Ini baru jarak berapa kilometer. Rasanya sampai 5 km atau lebih. Belum lagi tempat lain yang belum diterokai. Tak sabar aku nak tengok tempat lain dalam pangkalan ini.

Sebaik sahaja kami tiba di KD Pelandok, kami buat cooling down untuk rehatkan segala sendi otot sebelum jadi kejang. Bila jogging, teringat pula aku dekat Yad setiap kali dia cuti, rajin ajak aku pergi pusing satu taman perumahan. Lambat, auto kena push up enam puluh kali.

Kini, kami hanya menunggu para pegawai munculkan diri. Ada orang sudah mula berkenalan dan buat kawan baru. Padahal sesi ice breaking akan dilaksanakan ketika kursus kepakaran bermula dua hari akan datang. Aku dan Mai dah bertegur sapa dengan dua lagi roommate yang disangka pemalu, ternyata hyperaktif. Baru kenal nama terus ada sesi curhat pasal kena tinggal ex, boyfriend baru curang. Habis semua teh dia orang tumpahkan sampai tak terdaya nak ingat benda yang diceritakan. Rancak sungguh malam tadi.

Kusyuk sangat termenung sampaikan Mai seru aku pun tak dengar. Tersedar dari lamunan, aku tersengih seperti kambing. Tergeleng-geleng Mai pandang aku yang kuat termenung sejak comeback untuk kursus.

"Tu, Clara dah bawakan air untuk kita semua. Lepas ni pegawai datang. Get ready," kata Mai menolak botol air Cactus mendekatiku. Aku capai lalu minum dengan rakusnya. Rongga tekak yang kering terasa dingin apabila cecair menerobos masuk ke dalam.

Dalam bilik empat, Clara paling rancak sembang semalam. Diikuti dengan Mallory atau panggilannya Mel, sahabat Clara sejak sekolah rendah. Hubungan mereka tak pernah renggang walau sekali. Bersekolah di tempat yang sama, sampaikan dua-dua dah jadi anak navy. Kuat betul chemistry mereka.

Sontak Clara sergah kami bertiga mengejut selepas dia duduk bersila menghadap kami semua. Baru balik dari cuci tangan. Ha sudah, ada teh baru yang belum ditumpahkan lagi. Muka nampak ceria semacam. Seperti biasa, corong telinga dipasang. Jadi listener and commenter untuk Clara. Tengah rancak berbual, dalam masa yang singkat dataran bertukar sepi. Nampaknya kehadiran pegawai telah tiba. Cepat-cepat kami bangkit dan beratur dalam barisan.

Dia mengenakan pakaian biru celoreng TLDM. Pagi hari dimulakan dengan salam, pegawai itu melarikan pandangan pada setiap orang yang berada di sini. Dia berdehem untuk menarik perhatian semua orang.

"Hari ini kita santai saja dulu ya. Kenali dulu semua tempat yang ada dalam KD Pelandok sini. Selepas itu, barulah saya akan pecahkan kamu semua ikut kepakaran masing-masing. Habis melawat semua bangunan KD Pelandok, kita akan pergi pula ke pusat organisasi yang seterusnya. Esok pula kita meronda ke kawasan perumahan sebab saya rasa tak dapat nak habiskan dalam masa sehari. Faham?" jelas kata pegawai itu.

"Faham tuan!"

"Baiklah, mari kita bergerak sekarang juga. Pastikan kamu dapat scan tempat ini dan ingat laluan dia. Sesat nanti tak tentu pasal panggil bomba datang selamatkan kamu." Sempat pegawai itu bergurau mengenangkan unit bomba tidak jauh dari sini.

Hampir tiga jam kami teroka semua bangunan dalam KD Pelandok. Dari Auditorium pergi ke Dewan Bestari dan berakhir pula di Sekolah Navigasi. Bangunan lain turut diserbu masuk termasuk Pusat Kepimpinan TLDM. Struktur organisasi, tokoh lama, pencapaian dan sumbangan yang diterima sepanjang anggota berkhidmat di sini turut dipersembahkan. Aku terpegun. Membuak-buak minatku nak jadi ahli TLDM lepas ni. Umpama peringatan yang diberi Yad, remember why you started and decided to be one of them.

Di Lautan Biru [C]Where stories live. Discover now