PANTAI Putih tempat aku dan Fajar duduk santai bawah sebatang pokok yang rendang untuk berteduh. Menghayati suara ombak yang mendayu-dayu. Banyak pengunjung lain yang turut melepak di sini. Ada yang berkelah, berkhemah. Keindahan pantai ini usah dikata, sangat tenang.
"Kenapa tetiba kau bawa kita pergi sini? Nak mandi laut ke?" Fajar miringkan kepalanya ke kanan. Niat hendak bergurau, terus terbatal niat apabila aku tidak menunjukkan sebarang reaksi kepadanya. Anak matanya ditatap tajam.
"Tell me about the secrets that Yad had told you before."
Fajar menggeleng perlahan. Menunduk bersama siku bertumpu atas lutut yang naik sebelah separas bahunya. "Aku tak boleh bagitahu aku. Tunggulah kita balik Lumut,"
"Hm... Okay, then would you mind to explain regarding to this picture?" Tangan aku menyelit masuk ke dalam beg tangan untuk membawa keluar gambar polaroid semalam yang ditampal dalam bilik Yad.
Fajar mengerutkan dahinya sebelum bola matanya membulat sempurna. "Mana kau dapat gambar ni???"
"Dalam bilik arwah. Saya tengah mengemas masa tu dan terjumpa gambar awak dua masa hari graduasi dulu. Bagitahu pada saya, Fajar. Jangan nak mengelak atau pendam lama, nanti lupa. Tell me right now." Segenap wajah jejaka itu aku teroka. Halkumnya bergerak naik turun, menelan liurnya sukar.
Kekura jarinya diletup-letupkan. Pangkal rengkung diusap. Fajar berdehem kecil sebelum memberanikan diri untuk bersuara.
"Elora, sebenarnya... Aku dan Yad sahabat baik sejak kami berjumpa buat kali pertama dekat UM. Sama bilik dan paling tak sangka, Yad sama daerah dengan aku. Sama-sama menuntut ilmu dalam jurusan undang-undang. Aku rasa macam, rezeki ke dapat kawan sama tempat, sama course? Mungkin secara kebetulan sahaja,"
"Oh, jadi selama ini awak dan Yad bersepakat tak bagitahu saya yang awak dua kawan sejak dulu? Zaman universiti beberapa tahun lepas? Kenapa tak jujur terus dengan saya? Nak marah Yad, dia dah pergi lepak tujuh kaki ke bawah tanah. Awak saja yang masih bernyawa sekarang ini."
Ini yang buat amarah aku menggelegak panas. Ingatkan random stranger mengorat aku bagai nak rak, tahu-tahu kawan abang sendiri yang terhegeh-hegeh mengalahkan perempuan. Beria. Buang masa mental aku asyik memikirkan ini semua aturan jodoh Allah. Dasar gedik versi jantan!
"Sabar, Elora sabar. Aku tau ini salah aku dan aku yang minta arwah rahsiakan benda ini dekat kau. Aku memang tak nak mengaku aku sahabat dia sebelum aku jujur satu benda dekat kau. First of all, I'm glad that you didn't blame your brother for this. Instead, you're blaming me. Second, there's a reason why I keep this secret for ten years,"
"What is it? Why did you keep it for a long period of time, huh??"
Anak matanya yang berwarna perang dipantulkan sinaran matahari aku tenung dalam. Fajar menghela nafas ringan.
"I've been waiting for you for ten years to be mine, Eleanora. I've fell for you since the first time I saw you and knowing that you're Eiyad's only sister."
Tergamam hebat. Bola mata bagaikan mahu tersembur keluar. Takkan tak ada perempuan lain mengorat dia sepanjang tempoh itu?
"Bukan ke awak pernah suka budak sekolah awak yang sebaya saya dulu dan... Kakak... Mai? Hamira?"
Fajar meletuskan tawa palsu.
"Tak. Kenapa kau mudah sangat percayakan cakap Mai? Budak perempuan yang sebaya kau tu sepupu aku. Sekarang tengah sambung belajar dalam bidang perubatan dekat USM. Yang Hamira tu aku minat biasa aje, tak pernah ajak bercinta langsung lepas dapat tahu adik dia tu Humaira. Dan tak dilupakan juga yang aku suka dia waktu zaman sekolah menengah, bukan masa aku mula ada hati dekat kau. Now it provens that Mai is a manipulator. I repeat... A. Manipulator. Don't you think it's ridiculous for liking your own cousin?"
YOU ARE READING
Di Lautan Biru [C]
RomanceKata orang, perempuan masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku feminin haruslah dijaga. Kelayakan badan beruniform hanya berpihak pada insan bergelar lelaki. Benarkah ke...