Bab 24

4.9K 286 8
                                    

LATIHAN kawad kaki diadakan di pertengahan padang kawad KD Pelandok. Berdiri pegun setempat. Mendabik dada. Sinaran cahaya matahari yang terpancar di kaki langit berpecah ke semua arah.

Tidak lama selepas itu lima buah helikopter berterbangan melakukan formasi di udara. Seakan menabik hormat kepada orang yang menontonnya dari bawah.

Tatkala semua helikopter itu beredar dalam keadaan berpecah arah, komander turut memberikan arahan keluar baris agar anggota segera bersurai. Tepukan gemuruh dari kami semua diberikan kepada para senior yang telah sekian lama berjemur bawah panas.

"Smart gila woi helikopter berpusing dalam bulatan tadi. Yang besar dekat tengah, yang kecil macam tengah buat ritual aku tengok," ujar Mai teruja mengingatkan persembahan ringkas itu.

Clara menepuk bahu Mai berkali-kali sehingga dia mengaduh sakit. "Part habis pusing tu paling syok. Yang kecik terus ambil kedudukan bersebelahan antara satu sama lain untuk buka laluan helikopter tengah tu keluar. Dua kiri, dua kanan. Macam bos dengan anak buah pula aku tengok. Sekali diorang macam ala tunduk hormat, oh... Aku terharu beb!"

Tangan dilekapkan pada dada bagaikan terasa ditusuk halus.

"Ini baru latihan. Belum lagi hari kejadian nanti. Ish, aku tak sabar!" Mel sedari bersandar pada dinding bertukar posisi duduk bersila.

Aku tersenyum nipis. Andai aku mampu bawa semua keluarga ke sini, pasti meriah. Disebabkan harga tiket flight mencekik darah, mereka hanya menonton di televisyen atau saluran media lain. Kesian Izz asyik hasut aku untuk bawa dia pergi tengok pertunjukan jet pejuang di udara. Malangnya, tiada rezeki.

Kelihatan semua anggota yang menyertai perbarisan kawad kaki mula beredar dari kawasan padang kawad. Rehat sekejap untuk beberapa minit sebelum sambung berlatih lagi sekali. Setelah itu, kami berpeluang untuk menyaksikan pancaragam secara berdepan walaupun cuma latihan.

"Kalau ada rezeki, nak tak kita join kawad untuk event gini? Seronok pula aku tengok." Clara menyuarakan hasratnya mencuba nasib untuk menyertai kawad pada masa akan datang.

"Deal!" Mel setuju.

Tetiba kedengaran orang menyeru namaku.

"Eleanor! Oh Eleanor!"

Kami berempat serentak menoleh mencari gerangan yang memanggil. Kelibat Hayyan mampir ke sini buat aku sedikit keliru. Mai ke aku yang dia cari?

Nafasnya terengah laju sebaik sahaja separuh membongkok mencuri nafas. Mai tampak keliru. Sangsi. Apahal rushing sangat cari si Eleanora yang merupakan 'perampas' Encik Fajar? Pandang aku macam aku buat dosa tujuh keturunan.

"Encik... Fajar cari kau," tutur Hayyan sebaik sahaja nafasnya diatur normal.

Mai mengeluh berat. "Fajar kalau dah suka orang, mulalah dia asyik mencari. Kau tak takut ke orang kutuk yang kau gatal bercinta dengan jurulatih sendiri?"

Mulut pedas. Rasa nak tabur cili pdi biat bengkak macam disengat tebuan.

Aku bidas balik dengan ayat yang lebih mendalam. "Sekurangnya semua orang tau aku pilihan Encik Fajar tanpa perlu try hard untuk kejar dia. Aku nak buat first move pun tak reti. Nasib baik dia yang mula dulu ngorat aku."

Cuping telingaku menangkap suara gelak tawa dua anak dara belakang aku. Mai dan Hayyan tayang riak tidak puas hati dengan cara aku merespon. Takkan mereka terkesan dengan kata-kata aku? Bukannya aku kenal sangat Fajar tu. Tahu-tahu bakal jadi milik dia satu hari nanti. Cewah!

Aku selamba melangkah ke depan tanpa menghiraukan wajah kaget Mai yang masih duduk di tepi longkang. Puas pula aku buat dia makan hati. Ingat aku kecut sangat tak reti kutuk depan muka? This is Eleanora Dhia Taqiyyah. I'm not even scared to fight back.

Di Lautan Biru [C]Where stories live. Discover now