Bab 59

4.2K 218 6
                                    

KULIAH tetap berlangsung seperti biasa, namun auranya terasa sungguh berbeza. Kekecohan yang berlaku dalam dewan Sidek beberapa minit yang lalu masih segar dalam ingatan tatkala beberapa orang pegawai polis termasuklah ibu bapa Clara bakal membawa mereka berempat keluar dari pangkalan. Berkemungkinan tidak akan kembali semula ke sini.

Hanyalah sekuntum bunga yang tinggal dalam kumpulan tiga. Bawah pimpinan Fajar. Andai Shah sempat diselamatkan dan tidak dihentam kejam oleh Mai, sekurangnya aku ada peneman walaupun berstatus kawan. Mungkin jodoh Shah bukan dengan aku atau wanita lain sekalipun. Jodohnya mungkin seorang bidadari syurga. Dia berani mempertahankan aku tanpa mengira nyawanya terancam.

Termenung jauh sampai dihanyut jauh. Suara garau yang berdehem menyeru namaku melalui seruan mikrofon menyentakkan aku dari lamunan. Aku segera menoleh melihat Fajar dengan wajah tegangnya melihat aku. Kepala diangkat sekali, seakan tanya khabar aku.

"Awak okey di sana?" Lembut pertanyaan Fajar buatku. Maka, aku balas dengan anggukan kecil. Dari jelingan hujung mata, aku perasan semua anggota pandang tepat ke arahku.

"Luka awak dekat bahu? Boleh gerakkan ke tangan tu?" soalnya lagi untuk kepastian. Aku anggukan kepala buat kali kedua sambil menunjukkan fleksi lengan walaupun tidak sampai separuh.

Pandangan Fajar bertukar melembut. Dia kembali fokus pada slaid yang memaparkan beberapa undang-undang bot TLDM. Sekilas dia menoleh ke arahku lalu berkata, "Don't force yourself to do hardcore activities during this healing phase."

Aku mempamerkan wajah datar. Kemudian senyuman sinis singgah di bibirku apabila mendengar Clara berdehem kecil. Mengejek aku. Kesian single, itulah sebab menggeletis tengok orang bermasam manis depan mata. Cerlungan tajam matanya membuatkan aku rasa nak cungkil bola matanya dengan pen berdakwat hitam di celah jariku. Nakal sungguh.

Kepalaku digeleng perlahan. Mata tertancap semula pada slaid bersertakan gambar anggota TLDM menaiki bot itu aku perhati lama. Pen dilarikan atas buku nota bersaiz kecil, sedia berdansa menulis ayat demi ayat.

Salah satu undang-undang yang terkandung adalah kapten merupakan orang pertama yang akan menaiki bot dan orang terakhir yang keluar dari bot apabila berlakunya suatu kecemasan. Kapten dianggap ketua atas bot oleh krew kapal bersamanya. Sudah tentu tugas kapten harus melakukan pemeriksaan terakhir dalam setiap ruangan kapal yang ada bagi memastikan tiada seorang pun yang tercicir apabila berlakunya kecelakaan.

Apabila diarahkan keluar dari bot oleh kapten, mereka akan bergantung pada pelampung yang disediakan sebagai penyelamat diri sementara menunggu bantuan datang. Manakala atas kapal pula, rakit penyelamat sememangnya akan disediakan kerana krew kapal lebih ramai berbanding bot. Mudah kata, kapten adalah seseorang yang harus berani mengambil risiko yang bermain dengan nyawa. Andai kata kapal karam dan krew kapal sempat menyelamatkan diri tetapi tidak berlaku kepada kapten kapal, hye-hye bye-bye.

Jika mereka ada kemahiran berenang, tidak menjadi masalah. Jadi dolfin terus lompat masuk rakit penyelamat.

Penerangan Fajar sangat teliti. Dari awal sampai akhir. Bukan satu sahaja undang-undang yang diterangkan, malah terdapat lagi kandungan lain yang dia ceritakan. Jarang sekali rasa mengantuk setiap kali dia yang mengendalikan kelas. Ada unsur jenaka. Maklumlah, random type person.

Tengah kusyuk dengar penerangan, tetiba Fajar tergelak kecil. Ha sudah, kena rasuk ke? Senyuman mautnya terbentuk. Aku menoleh kiri kanan melihatkan Mel dan Clara turut keliru. Sama-sama respon dengan jongketan bahu. Pandanganku berfokus balik pada Fajar, terus dia bersedakap dada merenung kami semua.

"All of you have to memorise these laws in a short period of time. Ten minutes. No excuse and I don't want to hear any complain from you. If you failed, then I will give you a sweet punishment after this. Including you, Eleanore."

Di Lautan Biru [C]Where stories live. Discover now