Bab 42

4.9K 252 18
                                    

"ADIK ingat lagi tak adik jumpa Kak Eleanor dekat sini?" Fajar menelengkan kepalanya melihat Fellora dalam dukungan. Tersengih malu Fellora apabila ditanya sebegitu.

Depan kedai Watsons adalah tempat kali pertama aku dan Fellora berjumpa. Mengingatkan aku semula dimana adik bongsunya ini sesat tercari-carikan kelibat abangnya dalam ketakutan. Takkan ini sebahagian daripada rancangan Yad dan Fajar mempergunakan Fellora untuk umpan aku jumpa abang dia?

"Abang... Adik nak main playground. Jom la... Jom la..." pinta Fellora menunding jari ke ruangan permainan yang terletak di tingkat dua bangunan ini.

"Masih awal, Fellora. Tak nak jalan cuci mata dulu ke? Dengan Kak Eleanor?" Fajar menyoal sambil menyelit helaian rambut yang hampir menutup wajah Fellora.

"Nak main dulu... Jom la abang!" Tangan mungilnya mencengkam kolar baju Fajar. Tertawa aku melihat Fajar diugut bak pembunuh bersiri. Bezanya, pelaku ini kecil molek dan harmless.

Mengalah Fajar dengan ugutan Fellora. Nak tak nak, ikutkan saja kehendak adiknya dan mengajak aku sekali naik eskalator untuk pergi ke tingkat dua. Tatkala tiba di kawasan ruangan permainan yang Fellora maksudkan, tersenyum lebar dia melihat pelbagai variasi permainan yang ada. Trampolin mini, kolam yang dipenuhi bola plastik berwarna-warni, gelongsor angin yang tinggi dan sebagainya. Ruangan ini agak luas dan bebas untuk anak-anak kecil berlari sana sini.

Bayaran yang dikenakan hanyalah RM5 untuk seorang anak kecil. Penjaga atau ibu bapa pula tidak dikenakan bayaran. Iyalah, takkanlah mereka nak bermain dekat gelongsor itu. Dah besar panjang, perangai masih kebudak-budakan.

"Thank you abang!" Satu kucupan Fellora mendarat di pipi Fajar sebaik sahaja jejaka ini melabuhkan punggung di sisiku atas bangku yang disediakan.

"Takkan abang aje? Kak Eleanor?" Renungan sinis Fajar dilirikkan kepadaku. Aku sedekahkan senyuman paksa. Hehe... Malulah aku.

Tanpa sangsi, Fellora datang memeluk aku erat. Mendaratkan kucupan di pipiku. Pipi gebunya ku cuit manja. Alahai, aku bukannya boleh tahan kalau tengok budak-budak buat muka comel depan aku. Aku gigit karang!

"Thank you selamatkan Fellora dulu." Tak sempat aku membalas, dia terlebih dahulu berlari ke arah gelongsor angin yang terletak kira-kira dua puluh meter dari tempat yang kami berada.

"She remembered you well. And also... I think she liked you," kata Fajar lalu bersandar pada dinding. Kolar bajunya dibetulkan semula.

Pandanganku menjadi lembut. Kurang sesaat, mataku tetiba berkaca. Menunduk redup depan Fajar.

Riak Fajar bertukar cuak. Merapatkan ruang antara kami. "Eh, apasal kau nak menangis ni? Jangan nangis woi, sedut balik air mata kau! Aku tak salah cakap kan? Maaflah, Elora... Aku-"

"No. The way you treated Fellora is the same way Yad did to me. Fellora must be grateful to have a kind brother like you..."

Helaan nafas pendek Fajar dihambur perlahan.

"Okey, sebelum tu aku nak kau hilangkan air mata tu. Tak ada sebab kau nak menangis hanya kerana aku dan arwah ada persamaan."

Ini nak marah ke pujuk? Terus kering air mata aku.

"Kalau boleh, aku nak kau tenangkan fikiran untuk hari ini aje. Itu sebab aku bawa Fellora sekali ke sini, aku nak luangkan masa dengan dia juga sebelum kita balik Lumut. Tak payah sedih-sedih, kau kena kuat. Kau tentera kut, mestilah kena kuat mental dan fizikal. Bagi seimbang. Kan?"

Perlahan aku angguk. Benar, aku tak boleh bersedih sepanjang masa. Letuskan air mata juga tiada guna, Yad takkan kembali. Yang pergi biarlah pergi. Hidup harus diteruskan, bukannya berhenti di sekerat jalan.

Di Lautan Biru [C]Where stories live. Discover now