Bab 22

5.1K 302 5
                                    

MAI dan Hayyan berdiri teguh di hadapan rak yang menempatkan semua pelbagai jenis peralatan alat tulis. Asyik membelek barangan di situ. Untung tak ramai pelanggan pada waktu ini, mudah sikit urusan aku dan Fajar cuba usha pergerakan mereka tanpa disedari.

"Kita kena pergi lagi dekat. Jom, ikut aku. Jangan sampai kantoi."

Fajar terlebih dahulu jalan membelakangi pasangan itu. Berundur. Dia suruh aku buat perkara sama. Kami acah cuci mata tengok barangan yang ada pada rak sementara corong telinga dipasang untuk mendengarkan perbualan pasangan itu.

"Kalau cantik, kau belilah pen tu. Kau juga pakai nanti." Suara Hayyan menjengah sistem pendengaranku.

Mai tertawa kecil. "Bukan aku yang pakai tapi memang aku rasa nak beli pen ni,"

"Aik? Takkan nak buat hiasan? Membazir kau beli tapi tak pakai,"

"Aku beli untuk Fajar. Apa salahnya bagi dekat ex crush dulu. Peluang kedua sentiasa ada, okey?"

Kaget Hayyan. Melopong. Aku dan Fajar saling berpandangan.

"Jurulatih aku? The hell? Are you being serious or what?" soal Hayyan musykil.

"So? Sekurangnya aku ada usaha nak ambil hati dia balik walaupun dia lebih suka... Hm... Si Eleanora tu." Hujung ayat seakan memerli aku.

"Ha!? Encik Fajar suka Eleanora? Tapi... aku tak hairan pun sebab dia memang cantik, bahkan Shah pun suka dia,"

Kembang semangkuk aku dipuji Hayyan.

"Dah tu aku tak cantik?"

Soalan perangkap Mai membuatkan Hayyan terkedu. Fajar hampir meledakkan tawanya. Dari hujung mata, aku nampak Hayyan terkulat-kulat nak menjawab.

"Cantik. Aku suka senyuman kau,"

"But why did Fajar choose Eleanor over me? Fajar is used to be my ex schoolmate. I'm quite famous in my old school days. Everyone liked me because of my look." Mai membuat gaya 'fliphair' sambil menayangkan riak bangga.

Fajar sedari mengetatkan wajahnya pantas memicit pangkal hidung. Kesal.

Setelah itu ton suara mereka berubah rendah. Celah ruang antara mereka aku jeling. Mai mengambil sekotak pen yang berisi tiga batang berlainan warna. Tangan melilit bisep Hayyan. Mereka mengatur langkah ke tempat lain pula. Sedar akan kehadiran mereka beransur pergi, Fajar mengeluh berat.

"Itu sebabnya aku tak suka Mai. Dia suka berebutkan spotlight untuk kita fokus pada dia sorang. Sanggup buat apa saja demi mendapatkan belas kasihan orang lain," kata Fajar mengajak aku pusing satu Kaison untuk cuci mata.

Aku mengiring sebelahnya. Mata melilaukan keadaan sekeliling. "Ceritalah lagi pasal dia. Saya nak tahu."

Kepalanya berpaling. "You want to know more about her?"

Angguk.

"Dulu, masa dia masuk sekolah aku jadi junior, nampak baik aje. Tapi lama-lama perangai makin menjadi. Adab tak ada. Dari situ dia suka buli orang especially yang jadi anak emas cikgu. Top student. Lebih dahsyat, kalau ada antara kenalan dia in relay, tak sah tak jadi perampas. She thought that she deserves better than them because of being pretty,"

"Beauty privilege exist, Fajar. No matter how bad is your reputation, your attitude, everyone will praise you a lot. Sometimes people act blind just to defend their favourites," balasku balik.

Hening.

Tiba-tiba Fajar menghentikan langkahnya. Melihat anak patung yang tersusun kemas pada rak. Patung buaya dicapai, tubuhnya berpusing menghadapku. "Saya janji saya takkan tinggalkan awak. Saya sayang awak sorang aje. Rawr!"

Di Lautan Biru [C]Where stories live. Discover now