Bab 47

3.8K 181 9
                                    

"IBU! Sakitlah bu!"

Segala beg bagasi dan beg tangan dicampak keluar, biar terdampar atas lantai. Tubuh kecilku ditolak kasar oleh ibu sehingga terjatuh. Riak bengis ditayang, nafas mengah menunjukkan betapa benci ibu kepadaku.

"Cepat pergi dari sini! Nanti ayah hantar Eleanora pergi airport. Ibu tak ikut." Ibu berpusing ke belakang lalu menghentakkan kakinya masuk ke dalam rumah. Rasa amarah dalam diriku mula menguasai emosiku hingga aku tidak sengaja terlepas kata buat ibu.

"Andai kata ibu sakit tenat satu hari nanti, jangan cari Ella untuk mohon keampunan!"

Langkahnya terhenti. Berpaling laju menghadap aku sebelum dia mempercepatkan langkahnya ke arahku. Aku berundur ke belakang, bagaikan tahu nasib yang diterima apabila berkata kasar sebegitu. Sejujurnya, aku tidak pernah meninggikan suara pada ibu mahupun ayah. Cuma kali ini, segala benda yang dipendam seakan terluah jua.

"Kamu... Memang kurang ajar!"

Pap!

"Ibu! Ella minta maaf! Ella tak sengaja ibu!"

Kulit mulusku serasa dipulas disebalik fabrik baju pada bahuku. Satu tamparan sedas mendarat pada pipiku. Aku bergelut dengan ibu yang sudah gila mendera aku tanpa sebab.

"Lepaskan Ella ibu! Lepaskan!" Genggaman erat pada lenganku makin diketatkan. Sekuat mana pun aku lepas berlatih hari-hari menguatkan otot tangan, sekali ibu pegang terus lemah segala otot sendi.

"Ibu tak rasa cara ibu salah bab mendidik anak. Apa yang mereka buat pada kamu sampai kena cuci otak tu? Eh sini kamu!" Ibu tarik aku dengan lebih kasar mendekatinya.

"Ibu!! Jangan bu!!"

"Ella!"

"Ayah! Izz! Tolong Ella!"

"Ella! Bangun Ella!"

Pandangan ibu kian kabur dari layar minda. Suasana gelap dipancari cahaya samar-samar menyebabkan aku mencelik mata tetiba. Segenap bilik aku terokai dan berakhir melihat dua wajah gadis merenung aku dengan kerisauan. Baru tersedar bahawa aku hanyalah mengalami mimpi buruk tentang kejadian semalam.

Mel menggenggam erat tanganku. Diusap setiap kekura jari dan bertanya, "Kau okey? Terkejut kami bila kau menjerit macam kena histeria,"

"Itulah. Berpeluh habis dahi kau ni," bisik Clara seraya mengelap cecair jernih yang merenik-renik di dahi. Nafasku yang laju dikawal agar berada pada paras normal semula.

Aku berdiam diri. Mereka berdua mengemis jawapan dari buah mulutku sendiri. Takkan aku nak biarkan mereka rasa curiga memanjang?

Bangkitnya aku dari pembaringan. Terus duduk bersila. Termenung seketika. Biar darah mengalir dulu ke seluruh anggota tubuh badan. Tak tentu pasal aku pitam kalau berdiri terus gara-gara aliran darah tak baik.

Lirikan mataku berpindah fokus melihat Mel dan Clara. Bibir dikemam, mencari masa untuk meluah perasaan memandangkan aku tidak mahu membawa keluar diari Yad dari laci. "Aku rindu Yad. Aku rindu abang aku..."

Sebenarnya bukan itu yang aku mahu katakan, tetapi ibu. Aku mahu kata ibu sangat membencikan aku sampaikan pada satu tahap dia menghalau aku keluar dari rumah. Tetapi tidak semua benda kita boleh cerita pada orang meskipun rakan baik kita. Kutlah ada yang nak jadi sebiji perangai Mai.

Clara menghela nafas ringan. Mendaratkan tangannya pada bahuku. "Salam takziah untuk kau. Tak boleh bayangkan macam mana perasaan kehilangan orang yang kita sayang pada hari yang sepatutnya kita bersuka ria. Rasa macam... Hati kau hancur dalam sekelip mata. Redha dengan ketentuan Tuhan, Eleanor. Anggaplah ujian yang Dia berikan ini menjadi penyebab untuk kau terus bersemangat menempuh dugaan hidup."

Di Lautan Biru [C]Where stories live. Discover now