Bab 40

4.4K 241 8
                                    

"ELORA, sudahlah menangis. Aku tak suka kau sedih lama-lama. Kalau arwah ada dekat sini, mesti dia macam aku kan? Mana suka perempuan menangis kalau bukan itu salah dia," pujuk Fajar yang duduk atas kerusi berhadapan mengesatkan air mataku yang berjurai-jurai menggunakan tisu.

Bilikku diisi dengan bunyi bilah kipas yang berputar pada kelajuan tiga. Tersedu-sedan aku dihanyutkan tangisan sendiri atas birai katil. "Saya rasa... Ibu masih tak terima saya masuk tentera... Kalau terima pun, hati dia tak rela. Macam terpaksa. Bila ada Yad, barulah dia berpura-pura bangga dengan pencapaian saya. Sebenarnya tak pun! Abang saya dah tak ada baru ada kesempatan menunjukkan diri dia yang sebenar!" Bantal peluk diambil lalu dihempaskan pada dinding bilik. Refleks Fajar melentikkan badannya ke belakang.

"Woah, woah chill! You almost hit me with that thing!" Kedua-dua belah tangannya diangkat. Terlepas tisu yang basah itu ke atas alas kaki yang berbulu ini. Badannya separa bongkok mengambil tisu itu semula.

Aku mengeluh berat. Menekup wajah dengan telapak tangan. Buntu. Kenapa ibu sanggup menipu tentang perasaannya kepadaku? Ku sangka dia benar terima aku mengikuti jejak langkah Yad tetapi aku silap. Sanggup kata aku pembawa bala. Iya, memang aku punca segalanya!

Hening kembali menyusul. Tidak lama selepas itu Fajar mula bertanya, "Yad ada bagitahu sesuatu tak dekat kau?"

Kerutan dahiku terlihat. "Sesuatu? Apa benda?"

"Eh, dia tak bagitahu lagi dekat kau? Pasal sepuluh tahun lepas?" Tampak riak kaget pada wajahnya. Ah sudah, arwah suka sangat berahsia dengan aku sampaikan dah pergi pun lupa spill the tea.

Apa yang lama sangat Yad pendam sampai sepuluh tahun itu?

"Apa benda sepuluh tahun? Pernah dia bagitahu dekat awak selama ini?"

Angguknya. "Aduh... Aku ingatkan arwah dah bagitahu kau..." Ubun-ubun rambutnya diusir ke belakang. Tampak kecewa.

"Kenapa awak tak nak bagitahu dekat saya? Cakaplah, dia kan dah cerita dekat awak." Kolam air mata dilap hingga kering. Aku merapatkan jarak dengannya. Mengensot punggungku ke sisi.

Gelengan Fajar berserta gerakkan jari telunjuknya yang ke kiri dan ke kanan menyebabkan perasaan ingin tahu makin membuak. "Fajar! Bagitahulah sekarang. Awak tau kan sebenarnya tapi awak sengaja menyusahkan kerja saya, bukan?"

"I can't tell you. But you might figure it by yourself one day. It's all about efforts, Elora,"

"Huh, efforts?" Fajar nak jadi serupa Mai ke? Manipulate cerita dekat aku?

Tengah bersedih serasa enggan hidup lagi atas muka bumi ini, tambah pula dengan beban tugasan Fajar diberikan kepadaku. Aku syak Fajar dan Yad ada simpan rahsia yang tak pernah aku tahu kesahihannya. Padanlah nak aku balik kampung seminggu lebih.

Tetapi rasanya tidak akan bertahan lama aku dekat rumah ini lepas ibu mencaci aku depan Fajar. Memaksa aku berkahwin hanya kerana ingin menghalau aku pergi? Sakitnya hati yang kerdil ini.

Bunyi notifikasi yang masuk dalam telefon Fajar menyebabkan dia segera bangun dari duduk. Lirikan mata membaca mesej yang dihantar oleh salah seorang daripada saudaranya sebelum dia meminta izin untuk beredar pergi.

"Aku balik dulu, Elora. Adik aku dan saudara lain dah menunggu dekat sana. Dia dapat pertama dalam pertandingan mewarna," padah Fajar membetulkan lengan kurta hitamnya.

"Oh... Congrats, Fellora," ucapku mendatar. Menghamburkan pandangan ke balkoni di belakangku. Menghela nafas ringan.

Dapat ku rasakan bahang tubuhnya menyentuh bulu romaku. Sedikit pun aku tidak mengalihkan pandangan menatap Fajar.

Di Lautan Biru [C]Where stories live. Discover now