Epilog

6K 285 52
                                    

SUASANA ruangan surau diisi dengan bisikan yang samar-samar didengar. Kehadiran saudara kedua-dua belah pihak mengenakan tema serba kelabu dan biru tua menjadi penyedap mata memandang. Aku yang duduk bersimpuh sejak tadi mula rasa lenguh. Malang betul pagi tadi otot kaki jadi tegang semacam. Kacau mood betul.

Seni inai merah pada tangan berunsurkan corak flora menjadi penghias pada permukaan kulit. Sama bertumpu atas paha. Baju kebaya putih dengan coraknya mengenakan warna keemasan adalah pilihan terbaik pernah aku putuskan. Serasa wanita melayu klasik.

Ibu setia duduk di sisiku sambil menguntumkan senyuman manis. Bersyukur kepada Allah kerana ibu sudah kembali sihat. Namun harus menjalankan beberapa terapi fisiologi untuk menguatkan semula otot kakinya. Meskipun dia masih menggunakan kerusi roda, ada masa dia cuba untuk berjalan sendiri dengan tongkat yang disediakan. Kata ibu, dia tidak mahu aku diejek kerana fizikal ibu sebegitu.

Nampak benar dia kesal dengan perbuatannya. Sedikit sebanyak ibu telah mengambil iktibar daripada hal-hal sebelum ini dalam berkata-kata. Hampir membuatkan dia nampak terhina jika fizikalnya berubah.

Dan kini, dia bakal menjadi saksi penyatuan antara aku dan Fajar. Bukan dia seorang sahaja, malahan saudara Fajar turut serta. Ayah dan Izz tersengih-sengih tengok aku malu-malu kucing sedari tadi. Maklumlah, dalam diam aku risau kutlah Fajar nak buat perangai dia sepanjang akad nikah berlangsung.

Tok kadi dan Fajar duduk secara berhadapan. Kata-kata mutiara yang dibicarakan oleh tok kadi didengar Fajar. Kusyuk. Tidak lama kemudian mereka dua berjabat tangan. Berkali-kali aku perasan halkumnya naik turun menelain air liur gementar. Bukan setakat dia yang kecut, dengan aku sekali jantung rasa nak tercabut dari trakea. Nervous punya pasal.

Tok kadi berdehem sebelum bertanya khabar dengan Fajar. Gembira? Takut? Bimbang? Segala jenis pertanyaan random ditanya tok kadi membuatkan jantung kami semua berpacu laju. Ibu sedia mengenggam tanganku dengan erat. Banyak kali kami saling menoleh sesama sendiri. Setelah soalan terakhir yang diajukan olehnya buat Fajar, barulah sesi yang dinantikan telah tiba.

"Al-Fajar Qarizh bin Faisal," namanya diseru tok kadi.

"Ya saya,"

Dia berdehem. "Aku nikahkan kau dengan Eleanore Dhia Taqiyyah Binti Elias dengan mas kahwinnya RM2000 tunai,"

"Sah!" Gurau Fajar mengejutkan semua orang di sekelilingnya.

"Sabarlah adik oi! Ulang balik apa saya cakap. Tahulah tak sabar nak bersatu dengan bakal isteri. Astaghifrullahalazim..." Istighfar panjang tok kadi dibuatnya. Habis ledakan tawa bergema dalam surau.

Memang Fajar sengaja nak malukan aku dengan perangai sebenar dia depan orang ramai ke? Kut iya pun nak bergurau, janganlah dalam majlis terpenting sebegini. Tak tentu pasal semua orang tahu perangai Fajar macam apa. Aduh, tergeleng-geleng kepala aku melayankan kerenah dia.

Fajar terhinjut-hinjut bahunya melayankan tawanya. Tergarukan leher yang tidak gatal. Dasar tak tau malu!

Tok kadi menggenggam erat sekali lagi tangan Fajar. Minta dia untuk bersikap lebih serius jika mahu majlis ini berakhir. "Saya ulang. Dengar baik-baik, bukan selamba kamu sebut 'sah' iya. Hanya saksi yang boleh sebut, kamu jangan,"

Fajar tersengih tidak bersuara.

"Baiklah, Al-Fajar Qarizh bin Faisal. Aku nikahkan kau dengan Eleanore Dhia Taqiyyah Binit Elias dengan mas kahwinnya RM2000 tunai,"

"Aku terima nikahnya Eleanore Dhua Taqiyyah Binti Elias dengan mas kahwinnya RM2000."

Tok kadi menoleh sambil menganggukkan kepala kepada dua saksi di sampingnya. Masing-masing membalas anggukan yang sama. Langsung tangan menadah doa lalu diraupkan ke wajah mulus mereka. Maka, kami semua meniru perbuatannya serentak. Pada saat ini, aku telah sah menjadi isteri orang. Alhamdulillah bukan status single lagi!

Di Lautan Biru [C]Where stories live. Discover now