Berpeluh-peluh Niyaz. Bahagian belakang bajunya lencun habis. Keringat bercucuran dari pelipis turun hingga ke sekitar leher. Dadanya turun naik dan nafasnya putus-putus.
Mati. Niyaz yang sedang menumpukan badan pada kedua lutut dan mengawal atur nafasnya semakin tertekan. Semua gara-gara Naail dan malangnya dia tak mampu menandingi tenaga Naail yang jauh lebih kuat berbandingnya yang sememangnya nyawa-nyawa ikan sejak sedar dari kafe Daiyan tadi.
Niyaz paksa tubuhnya tegak semula. Peluh diseka dan kembali memasang kekuda. Bebola mata licah bergerak mencari setiap kesalahan kecil yang bakal Naail lakukan. Disebabkan semua jurus yang dia lancarkan kepada Naail dapat dipatahkan oleh lelaki itu dengan mudah maka Niyaz mahu menyerang curi tika Naail lengah.
Niyaz dan Khafi saling memberi isyarat. Mereka berdua terpaksa bersatu bagi menumpaskan Naail. Perlawanan gila ni harus diakhiri dengan segera.
Khafi menyasarkan leher Naail. Jari-jari tangan ia rapatkan dan dengan kecepatan pesat tangan kanannya diayunkan ke Naail. Ketika tangannya sedikit lagi ingin mengenai leher Naail, Naail tangkas melangkahkan kakinya ke kiri dan menghindari serangan Khafi.
"Lambat." Provokasi Naail tidak diendahkan oleh Khafi, dia hanya mempamerkan sengihan sinis pada Naail.
Naail yang mulai goyah itu Niyaz cepat ambil kesempatan, dengan langkah yang pendek dan cepat dihayunkan kaki depannya dan mengarah ke betis bawah Naail.
"Lambat." Naail ketawa mengejek. Dia mengangkat kakinya yang menjadi sasaran Niyaz. Serangan Niyaz dari belakang dapat ia baca dengan mudah dan dengan tenang Naail menghindari sapuan Niyaz.
Niyaz kehilangan keseimbangan. Dia yang hampir tersembam ditahan oleh Naail. Bahunya dicengkam kuat oleh lelaki itu. Tak berselang lama tubuhnya bergerak dan diputarkan oleh Naail sebelum melayang ke Khafi yang tak jauh dari mereka.
Khafi tak sempat mengelak. Balingan Naail tepat dan serempak itu dia dan Niyaz jatuh ke tanah.
Khafi meringis. Kepalanya terbentur pada batu-batu kerikil kecil itu menyakitkan.
"Bangun." Naail mengarah dengan satu tangan dilipatkan ke belakang. Dia masih teguh biarpun menerima serangan tanpa henti dari Niyaz dan Khafi sejak mereka membuka gelanggang tempur.
Khafi menolak Niyaz dari terus terbaring di atas badannya. Belakangannya sakit dan nyeri kerana dihempap oleh Niyaz.
Niyaz tiada daya. Dia berguling dari tubuh Khafi ke rumput. Telentang dia di situ sambil mengumpul sisa nyawa. Langit gelap di atas sana diperhatikan. Sumpah dia dah penat dan menyesal kerana melanggar peraturan keluarga mereka.
Dalam keluarga Tun Khadeen ada dua aturan yang perlu mereka patuhi dan elakkan dari melanggarnya jika mahu hidup tenang. Aturan yang pertama sebagai anak mereka dilarang derhaka kepada emak dan abah dan aturan yang kedua mereka sekeluarga sebolehnya jangan memicu kemarahan anak sulung Tun Khadeen.
Anak sulung Tun Khadeen seorang yang cinta akan kedamaian. Tidak suka menggunakan kekerasan atau melenting tak tentu pasal. Jika diberi pilihan untuk mengalah, dia akan mengalah dan sebolehnya tidak mahu mencetus pergaduhan di kalangan keluarga terutama antara adik-beradik. Dan kerana itu setiap tindakan yang diambilnya akan dikaji dan dipikir lebih dahulu.
Tetapi tenangnya anak sulung Tun Khadeen ini ada hadnya. Dia juga boleh berubah menjadi pemangsa yang membaham sesiapa yang menganggu ketenangannya. Dan sekali lelaki itu disalut emosi maka mereka akan terkena padah. Bahkan Khafi yang sedia panas baran akan tunduk kepadanya.
Dan malangnya kali ini Niyaz dan Khafi salah tingkah. Pergaduhan yang terjadi di kafe Daiyan telah membangkitkan kemarahan abang mereka. Naail pantang jika mereka adik-beradik saling melukai dan kerana itu apa yang Naail kata pada mereka di sana bukan gurauan semata.
YOU ARE READING
C| MANUSKRIP
Horror[PARANORMAL + SLIGHT ROMANCE] Kerana sebuah manuskrip mereka dincar oleh makhluk tak kasat mata yang mahukan keadilan akan kematiannya. Seorang memanggil. Seorang mencari. Dan dia pula... telah lama menanti manusia serakah yang mahu menentang dan...