26| Berdamai

1K 74 40
                                    

Inikah yang dikatakan seseorang itu jatuh cinta?

Sepanjang 28 tahun bernyawa tak pernah ada seorang lelaki berani mendekati dan melafazkan kata cinta padanya. Apatah lagi yang mengejarnya begini.

Dia bukan seperti Airen yang ramah, prihatin dan tak kekok bergaul dengan lelaki. Airen selalu didekati oleh para lelaki di luar sana kerana sikapnya itu. Alanna ingat lagi masa mereka masih bersekolah dulu, tiap-tiap kali pulang dari sekolah, Airen akan berkonsgi kisah cinta padanya. Ada yang crush padanya la. Ada yang confess dan ada yang beri coklat bawah meja la.

Pada masa itu terdetik juga perasaan cemburu pada adiknya. Mereka berdua sebenarnya tidak jauh beza, sama-sama cantik tapi entah kenapa tiada siapa berminat dengannya. Malah melihatnya saja para lelaki itu takut.

Semakin menginjak dewasa dan semakin matang. Ada yang mencuba nasib dan mengoratnya tetapi Alanna pula yang rimas. Dia mulai suka akan hidupnya yang bebas tanpa perlu ada hubungan dengan mana-mana lelaki. Jika suatu hari dia akan berakhir sebagai anak dara tua pun Alanna tidak peduli.  Cukup ada papa di hati dan dia tak perlu kasih sayang daripada lelaki lain.

Tetapi lelaki genit yang sepertinya terdesak dan baru sahaja mengungkap angan yang terlalu tinggi ini buatkan Alanna tak percaya.

Binggung Alanna mahu membalas. Mahu diamkan sahaja rasa kesian. Mahu gelak rasa seperti mengejek tekad lelaki itu pula. Mahu marah kerana rasa terganggu rasanya tak sampai hati.

"Dah habis melalut?" Akhirnya itu yang Alanna tanyakan kepada lelaki itu.

Niyaz menutup bibirnya rapat-rapat. Alanna yang hanya beriak biasa itu buatkan dia termalu sendiri.
Perasaan yang menggebu tadi lenyap. Niyaz sendiri tak sangka kenapa dia boleh bertindak sedemikian.

Mungkin sebenarnya dia tercabar dengan Alanna yang selalu menolaknya mentah-mentah.

Sebagai anak bongsu dan kadang-kadang menjadi anak yang spoiled brat dalam keluarga. Jarang benar orang menolak permintaannya. Lambat atau cepat mesti keinginannya dituruti oleh mereka.

Tetapi perempuan seorang ini lain benar. Tak mudah cair seperti perempuan yang pernah dia kenal. Sukar untuk Niyaz gapai dan Alanna juga selalu membantah. Kerana itu Niyaz semakin tercabar dan mahu nekad mahu memeliki wanita itu.

"Haish. Mengelamun pula." Alanna memetik jarinya. Lengan baju ditarik ke atas dan dilihat jam yang melilit di tangan.

Airen. Alanna panik. Teringat akan Airen yang sudah disadai selama 15 minit itu. Janjinya pada Airen hanya 15 minit tetapi rupanya dah setengah jam dia di sini.

"Alanna..."

"I gotta go. Airen dah tunggu aku lama dekat bawah." Alanna menyela sambil tergesa-gesa menyangkut beg tangan pada bahu. Tak silap waktu melawat juga hampir tamat beberapa minit lagi lebih baik dia pergi sebelum kena halau dengan security di sini.

Niyaz yang ditinggalkan itu cepat menghentikan Alanna. "Alanna tunggu. Apa yang aku cakap tadi..." Niyaz kekok.

"Ya. Ya. Aku faham. After all, semua tu dah ada dalam perjanjian kita kan? Jangan risau aku akan tunaikan. Aku pergi dulu. Jaga diri dan get well soon." Alanna cepat menyahut.

"Bye," ucap Niyaz. Dia melambai ke Alanna yang makin jauh meninggalkannya.

Niyaz mengeluh. Cawan kertas yang tergeletak di hujung sana Niyaz ambil. Selepas membuang di tempat yang benar dia juga pergi meninggalkan halaman itu dan kembali ke biliknya. Kemungkinan ada Naail yang sedang menunggu di sana.

***

Langkahnya semakin kencang. Sandal yang menyarungi sepasang kaki menginjak lantai dengan keras dan menghasilkan bunyi sepanjang koridor hospital. Lariannya itu menarik perhatian pengunjung serta jururawat di sekitar. Mereka yang menatapnya marah atas perbuatan tak bertamadun di kawasan hospital itu tidak ia pedulikan.

C| MANUSKRIPWhere stories live. Discover now