Note: Ini chapter filler yg bersambung dengan chapter 27. Boleh skip tapi kalau rindu tiga beradik Tun jemput la baca. :)
***"Nak aku panggey ahli khairat kematian ka?"
"Dah kenapa pulak?"
Suara-suara berisik di sekitarnya semakin bingit sekaligus mengganggu lena. Masih lagi dalam keadaan terpejam, Niyaz merengus bila dapat menangkap balasan Khafi dengan jelas.
"Tu adik hang tu macam dah Innalillah ja."
Wahai hati mohon bersabar. Baru bangun tidur dan kena dengar mulut puaka tak bertapis Khafi buatkan Niyaz nak sumbat mulut Khafi dengan mug kacanya.
Adakah patut manusia sedang nyenyak tidur disama erti dengan mayat?
Dan satu lagi apa masalah kedua abangnya ini? Boleh tak bercakap dekat tempat lain. Kenapa mesti tepi telinganya? Rumah bukan main besar dekat sini juga nak berbualnya. Tak nampak ke dia tengah tidur. Tak respect langsung!
"Hang ni kan... Boleh tak pagi jumaat macam ni mulakan percakapan dengan sesuatu yang baik-baik? Berzikir ka mengagumi keindahan Allah ka. Ni lawak mati juga hang nak buat. Awat hang nak sangat adik hang mampuih ka? Dah sedia nak tengok jasad adik hang kambuih bawah tanah sampai duk cakap lagu tu? Sat gi hang yang teriak tak sudah kot."
Mendengar teguran Naail buat Khafi sedikit menyejukkan hatinya. Puas hati bila Naail bagi ayat makan dalam. Betapa sukanya dia sampai bibirnya tak boleh duduk diam.
"Ha... bela la bela. Naik lemak la anak pungut ni nanti." Khafi mendengus.
Seketika keadaan bertukar hening. Niyaz menganggap abang-abangnya sudah pergi. Baru nak sambung tidur Niyaz dibuat terkejut. Kedua bahunya terangkat. Belakang badannya ditepuk kuat.
"Hang tak payah nak sambung lena na Niyaz. Hang ingat aku tak tau hang dah bangun? mata dan mulut hang duk gedik-gedik dari tadi."
"Sakit la ngah." Niyaz menampel cengkaman Khafi pada bahunya. Boleh luka kulit nipisnya jika biarkan perbuatan Khafi berterusan.
"Awat yang duk jadi homeless ni adik? Pasai pa tak tidoq dalam bilik?" Naail sedang menata rambut melongok dari pemisah antara ruang tamu dan bahagian meja makan.
"Dah la homeless lepas tu bagi bersepah dapur aku. Cawan minum tak basuh. Plastik Nutrigold hang tauk atas kabinet. Kertas kerja hang berselerak atas meja. Haih la pagi-pagi dah buat rumah aku macam tongkang pecah," bebel Khafi. Sakit mata lihat keadaan yang berantakan. Lagi sakit bila si pembuat onar musuh ketat.
"Hang ingat rumah kita ni ada bibik ka nak kemas semua ni? Berapa kali aku kata lepas buat kerja dekat dapur tu kemas. Kemas. Syaitan suka la rumah bersepah dan kotoq macam ni." Khafi masuk ke dapur dengan mulut yang tak henti membebel. Cawan dan mangkuk yang dikutip dari meja makan dibawa ke singki.
Niyaz menggeliat. Apa yang dibebelkan masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Lagipun bukan sepah teruk sangat pun. Khafi saja buat teruk.
"Haish bising la angah ni..." Mulut ternganga luas dan belakang badan yang gatal digaru-garu.
"Apa bising-bising? Hang kemas la sebelum aku tauk semua barang hang yang bersepah dekat meja nuh."
"Pagi-pagi mulut macam nek ni kenapa? Kena rasuk dengan semangat nek ka apa," keluh Niyaz.
Membiarkan meja bersepah dengan kertas-kertas miliknya. Niyaz bergerak ke rak buku yang berada di bawah tangga. Mahu menyimpan novel Kejora dan naik ke tingkat atas. Hendak sambung berehat di biliknya.
YOU ARE READING
C| MANUSKRIP
Horror[PARANORMAL + SLIGHT ROMANCE] Kerana sebuah manuskrip mereka dincar oleh makhluk tak kasat mata yang mahukan keadilan akan kematiannya. Seorang memanggil. Seorang mencari. Dan dia pula... telah lama menanti manusia serakah yang mahu menentang dan...