Ammar tergamam. 'Sanggup kau tengking aku macam tu, kau tau tak aku sayangkan kau. Lebih daripada kawan. Walaupun kau junior aku dan kita selalu bergaduh. Sangat aku kecewa Fika.' kata Naluri lelaki Ammar.
Syafika sebenarnya tahu apa yang dirasakan oleh Ammar. 'Aku minta maaf Ammar.' Syafika menunduk. Hampir sahaja airmatanya mengalir. Tapi cepat cepat dia menghapuskannya.
Ammar menghembus nafas. "Fika, kau patut bersyukur tau aku selamatkan kau daripada iblis tu. Kot la nak terima kasih ke, apa ke. "
Ammar cuba berlagak selamba tetapi hatinya tetap kecewa. Syafika menghela nafas berasa bersalah.
"Oh. Okay, thanks selamatkan aku tadi. Dah Hanis jom, we need to go byebye Ammar. " kata Syafika lalu menarik tangan Hanis pergi dari situ.
Hanis sempat melihat wajah Ammar yang 100% berubah. 'Ammar ,sabarlah kau.' bisik hati Hanis.
**
Di dalam kelas, sekarang waktu bahasa inggeris. Kelas begitu huru - hara kerana Teacher Asikin tidak hadir. Ada sekumpulan yang bergossip, bersembang, bermain dan lain-lain. Ketua kelas Anis Nadhira, pun 2x5 aje dengan murid yang lain.
Syafika hanya termenung di mejanya sambil memangku kepala. Dia hanya teringat masalah dia bersama Ammar. Rasa bersalah selalu menghantui dirinya. Namun demikian, otak tetap berkata ' dia tetap musuh kau Fika, walau apa pun yang terjadi.'
Tapi hati ? ia berkata, ' Aku memang sayang kau Ammar. '
Hanis yang baru habis bersembang dengan rakan rakan yang lain, ternampak Syafika sedang mengelamun.
'' Fika, kau okey ke tak ni ? '' tanya Hanis.
''Em, aku okey je. '' jawab Syafika acuh tak acuh dan menghela nafas. Hanis menggeleng kepala. Tiba-tiba ada satu pertanyaan yang sudah lama mahu ditanya tapi selalu lupa. Usia dah bertambah la katakan. kahkahkah.
'' Fika, aku nak tanya something boleh ? '' tanya Hanis yang sudah berhadapan dengan Syafika. Duduk tepi tepi aje pun.
''Tanya lah.''
'' Kau sebenarnya rasa bersalah ke tak dekat Ammar tu ? yelah, dia dah tolong kau boleh pula kau tengking dia macamtu. Mu ni takdok perasaan ko apo eh ? '' tanya Hanis yang teragak-agak dan mengeluarkan loghat kelantannya.
Syafika terkelu. Hatinya bagai dipanah. Mulutnya bagai dikunci. Pening, dia tidak tahu menjawab apa-apa.
''Hemelomo ? hello ? aku tanya ni boleh pula kau termenung, ke kau usha senior-senior depan pintu tu ? '' tanya Hanis apabila melihat Syafika mengelamun. Nasib mungkin, senior-senior form 5 datang ke kelas mereka. Entah kenapa.
Syafika terus tersedar dari lamunannya. '' Kau tanya apa tadi ? ''
''Aku tanya, kau asyik termenung je. Soalan aku tak dijawab. Ke kau usha senior-senior tu ? '' kata Hanis sambil memuncungkan mulutnya.
Syafika melihat arah yang ditunjukkan oleh Hanis. Dia terkesima.
'Buat apa dia dekat sini ? '
YOU ARE READING
CHANDELIER
RandomMana tidak disangka-sangka jika pada umur 16 dan 17 sudah mahu dikahwinkan ? Kalau kita semua pasti tidak mahukan ? Ia seperti kisah Ammar Zuhairi dan Nur Syafika yang dijodohkan oleh orang tua mereka. Mereka sudah tiada masa untuk menolak kerana pa...