"Eh, bukan ! Ni aku terjumpa dia masa tu. Time tu dia tengah sedih sebab keluarga dia pulaukan dia. Dan seseorang sakitkan hati dia." Jelas Ismail sambil tersenyum kepada Syafika.
Syafika sedikit tersenyum nipis. Namun, hatinya sangat kecewa ! Kecewa beb !
'But I'm only human ! '
"Nama dia apa ? " Tanya Ammar.
Memang macam aku pernah tengok dia ni. Dan aku rasa dia pernah datang di hidup aku.
"Nama dia.."
---
Fatin dan Syahikhwan berada di Thailand.
Alhamdulillah, sekarang mereka juga telah baik dan berubah. Fatin pun sudah alim dan memakai purdah. Dia sudah taubat kepada Allah Taala.
"Abang, jom kita balik Malaysia ? Ammar nak nikah tu." Rayu Fatin kepada suaminya.
"Yelah. Umi, Abi kami minta izin nak balik Malaysia hari ini. Boleh kan ? " Tanya Syahikhwan.
"Boleh sayang, tapi dah ada tiket belum ? "
"Alhamdulillah, kami dah ada tiket. Alhamdulillah juga tiketnya hari ini. Boleh kami nak gerak sekarang ? "
"Boleh. Baik-baik ya nak. Kami sentiasa mendoakan kalian." Jawab Makcik Raishah.
---
"Nama dia, Syafika."
Sepantas itu Ammar memeluknya. Orang melihat mereka dengan tanda tanya dan terpinga-pinga. Syafika menangis di dalam dakapan Ammar.
"Sayang, awak ke mana selama ni ? Saya bagai orang gila menunggu awak. Awak tahu tak ? Saya lara kehilangan awak ! " Kata Ammar dan memeluk Syafika dengan erat lagi. Syafika semakin kuat menangis.
"Ya Allah, Syafika ! " Datin Aisyah datang dan memeluk Syafika dan anaknya.
"Mama rindu sangat dekat kamu." Ujar Datin Aisyah.
"Ya mama, Ika pun rindu. " Syafika mengeratkan lagi pelukannya.
Irish bangun dan mendekati dirinya kepada mereka semua.
"Apa hubungan korang ? " Tanya Irish.
"Dia isteri saya."
Terkejut semua orang yang berada di situ termasuk Ismail.
"Isteri kau ? " Tanya Ismail. Ammar mengangguk.
"Ya Allah, maaf aku tak tahu."
"Tak apa Mail. Terima kasih sebab kau jaga dia baik-baik." Jawab Ammar. Akhirnya rindunya terlepas jua.
"Sekarang ni majlis nikah, bukan drama ! " Sergah Dato' Fakhrul kepada mereka semua.
Syafika meleraikan pelukan mereka.
"Mama, mana mak saya dan ayah saya ? " Tanya Syafika kehairanan.
"Diorang dah meninggal 2 hari yang lalu akibat kemalangan semasa diorang cari kamu." Kata Datin Aisyah sambil menangis.
"Mama, ayah." Syafika sudah jatuh terduduk sambil menangis.
Umi Fatimah dekatkan dirinya kepada Syafika dan memeluknya.
"Sabar ya nak. Kamu seorang yang baik hati, sebab itu Allah uji kamu begini." Pujuk Umi Fatimah.
"Dahlah. Bila majlis nak mula ni ?! " Sergah Dato' Fakhrul lagi.
"Papa, biar. Dia dah jumpa isterinya. Biar dia bahagia dengan isteri dia pa. Mungkin Ammar bukan jodoh Ish. Batalkan perkahwinan ni. Boleh kan pa ? " Jawab Irish sambil tersenyum.
Ismail terpikat dengan sikap ayu Irish.
Subhanallah.
"Kamu ni siapa ? " Tanya Dato' Fakhrul kepada Ismail.
"Sa saya Ismail."
"Kamu sanggup nikahi anak saya ? "
Soalan Dato' Fakhrul amat masuk ke lubuk hati. Dia memandang wajah Irish yang menunduk, kemudian melihat ibu bapanya. Orang tuanya menangguk.
"Ya." Jawab Ismail. Irish terus memandang Ismail.
Fatin dan Syahikhwan sampai di hadapan rumah.
"Assalamualaikum." Sapa mereka berdua.
"Ya Allah, Syafika." Fatin terus memeluk Syafika.
"Saya minta maaf sebab banyak buat salah dekat awak. Saya rasa berdosa sangat dengan awak. Maafkan saya." Kata Fatin seikhlas mungkin.
"Saya pun." Kata Syahikhwan pula.
"Saya dah lama maafkan korang berdua dan mam dan ayah saya." Syafika tersenyum.
Kemudian dia memeluk Ammar.
"Should we back ? " Tanya Syafika.
"Yes." Ammar dan Syafika pun berpelukan.
"Aih, dah dah. Orang nak kahwin ni. "
"Aku nikahkan engkau Ahmad Ismail dengan Nur Irish Rania Binti Muhammad Fakhrul dengan mas kahwin RM 2,400."
"Aku terima nikahnya Nur Irish Rania Binti Muhammad Fakhrul dengan mas kahwin RM 2,400 tunai."
"Sah ? "
"Sah !"Sekarang Ismail dan Irish sah menjadi suami isteri. Ammar dan Syafika turut gembira. Apalagi Syafika sudah pandai dan alim. Begitu juga Fatin mereka semua sudah berbaik. Alhamdulillah. Dan seterusnya, mereka pun hidup bahagia dengan kehidupan baharu mereka.
-TAMAT-
***
Hai ! Macam mana dengan cerita ni ? Best tak ?
Sorry kalau ada kekurangan. Tolong vote dan komen ya tentang bab2 story ni. Thanks for reading ! Love u guys. Muahh.Tunggu novel kedua saya pulak ye.
YOU ARE READING
CHANDELIER
RandomMana tidak disangka-sangka jika pada umur 16 dan 17 sudah mahu dikahwinkan ? Kalau kita semua pasti tidak mahukan ? Ia seperti kisah Ammar Zuhairi dan Nur Syafika yang dijodohkan oleh orang tua mereka. Mereka sudah tiada masa untuk menolak kerana pa...