Mereka sekarang dalam perjalanan ke Tesco. Syafika membuka mp3 handphonenya di kereta.
"Kakak memang suka lagu english ke ? " tanya Amar sambil menarik pipi chubby Syafika.
"Adeh, ahaha yup. Tapi janganlah tarik pipi kakak." Syafika mengusap pipi yang ditarik Amar sebentar tadi.
"Hehehe sorry kak." kata Amar. Kemudian dia menyandarkan kepalanya ke bahu Ammar.
"Eh, Amar ! Kenapa sandar kat situ. Abang tengah drive kan. Kalau accident kang ? " tanya Syafika. Dia cuak juga apabila disebut 'accident' harap-harap lah tak jadi apa yang tidak diinginkan.
"Ala, Amar ngantuk lah." kata Amar. Kemudian dia menguap.
"Alololo, ngantuk ke ? Nak balik rumah ke nak ke mall ni ? Untung juga lah sebah rumah Amar satu jalan ni."
"Balik rumah la. Ngantuk ni, esok Amar datang rumah kakak. Abang bawak Amar balik rumah." Amar menggoyangkan lengan Ammar.
"Alalalala, okey. Lepas tangan okey. Susah abang nak drive." Ammar melarang kerana takut terjadi apa-apa.
"Amar, tidur kat kakak dulu." Amar terus tidur di atas riba Syafika. Boleh tahan berat juga budak ni. Hahaha.
***
Ammar memarkir kereta di perkarangan rumah Amar."Amar, dah sampai ni. Bangunlah." panggil Syafika. Amar bangun dan mengusap matanya. Kemudian Syafika pun membuka pintu.
Teacher Rohayu datang kepada mereka.
"Assalamualaikum teacher." Syafika terus menyalami ibu angkatnya waktu darjah 6 dahulu. Lama kan ?
"Waalaikumsalam, ya Allah Syafika. Lama kita tak jumpa. Since I moved to other school for being Cocurriculum assistant at another school. Tu pun teacher selalu juga datang sekolah kamu dulu. Semenjak sekolah menengah ni, teacher tak pernah jumpa kamu. Macam mana kamu boleh jumpa Amar ? Besar dah kan dia. Tahun depan dia darjah 4." terang Teacher Rohayu.
Sungguh, beliau pun rindu akan pelajar kesayangannya merangkap anak angkat kepadanya. Syafika ini memang budak terror Bahasa Inggeris di sekolah rendahnya dahulu. Matapelajaran paling lemah Matematik. Namun begitu, dia mendapat 5A + di sekolah rendahnya. Nak tahu kenapa ? Tak payah lah. Haha.
"Erm, hahaha. Okeylah teacher saya gerak dulu. Esok datang rumah eh teacher. " kata Syafika sambil menyalami tangan ibu angkatnya. Kemudian Amar pula yang menyalami tangan Syafika.
"Bye kakak ! " kata Amar sambil mrlambaikan tangan, Syafika membalas lambaian itu di hadapan kereta.
***
"Eh baru balik ke ? " tanya Dato' Zul."Ha'ah pa, sebab hantar adik angkat Ika kat rumah dia tadi jadi lambat sikit la. Kenapa ada tikar, makanan semua ni ? Papa kenapa pakai baju melayu ? " Ammar seperti melupakan sesuatu. Alahai.
"Ya Allah, kamu ni Ammar ! Dah lupa ke ? Pergi bersiap sekarang dah pukul 8.10. Kita nak pergi takbir raya la. Harini kan last puasa." Dato' Zul menepuk dahi.
"Hehehe, okey. Am mandi, papa tunggu kat luar eh." Ammar terus berlari ke bilik.
Ketika cepat ke bilik kerana lari tiba - tiba ada yang membuka pintu bilik, Ammar terlanggar seseorang.
"Arghhh ! " jerit mereka berdua.
YOU ARE READING
CHANDELIER
RandomMana tidak disangka-sangka jika pada umur 16 dan 17 sudah mahu dikahwinkan ? Kalau kita semua pasti tidak mahukan ? Ia seperti kisah Ammar Zuhairi dan Nur Syafika yang dijodohkan oleh orang tua mereka. Mereka sudah tiada masa untuk menolak kerana pa...