"Wa waalaikumsalam." jawab Ammar gagap. Si gadis tersenyum.
Ya Allah, comelnya ! Astaghfirullahalazim, kau ada bini weh.
Ammar meraup wajahnya. Si gadis mengerut.
"Kenapa awak ? " tanya si gadis. Ammar menggeleng. Si gadis tersenyum lagi. Nak goda ke apa ni ?
"Boleh saya duduk ? " tanya si gadis. Ammar mengangguk. Dah kenapa dia ni ? Mulut kena zip ke kena jahit ? Sampai dah tak bokeh cakap. Ayooo.
Suasana hening.
"Eh, bro ! Aku dah kena gerak ni. Nanti nak jumpa sweetheart aku pula. Ok lah bye ! " Ilhan pun berlalu dari situ.
Amar berdehem. Si gadis tersenyum. Tolonglah jangan senyum aku suami orang. Bokeh cair tau.
"Awak adik kepada kak Amnah ? " tanya si gadis.
"Ya, saya. By the way, Allahyarhamah kak Amnah." kata Ammar tersenyum.
Ya Allah, aku cuba untuk jalankan rancangan je ! Jangan sampai aku jatuh cinta kat dia. Ya Allah.
"Oh ya. Saya adik kepada Abang Irham. Nama saya, Irish." kata si gadis. Ammar mengangguk.
"Oh, jadi Irish nak buat apa kat sini ? " soalan Ammar seperti menusuk dadanya.
Nak jawab apa ?
"Err, saja. Saya nak minum kat sini. Lepastu terjumpa awak, macam kenal. Saya tegurlah." Irish membohong.
Fatin dan Syahikhwan yang berada di sebelah meja mereka mendengar perbualan tapi menutup wajah mereka menggunakan surat khabar.
"Pst, bagus." bisik Fatin perlahan. Syahikhwan tersenyum sinis.
Ammar termenung melihat wajah manis Irish. Sungguh berbeza benar dengan wajah Syafika !
Bulu matanya yang melentik, kening tebal, mata sepet macam korea, pipi chubby sikit, hidung mancung, mulut ala-ala Emma Maembong gitu. Putih pula tu. Memang mengoa iman !
Comelnya, ya Allah. Jangan bagi aku jatuh suka dekat perempuan ni.
"Awak ? " Irish bersuara. Ammar tersedar dari lamunan. Orang yang berada di sebelah mereka tersenyum sinis.
Tak lama lagi !
"Err, err kenapa ? " tanya Ammar gagap.
"Nanti saya sekolah dekat MRSM. Sekolah awak." terang Irish.
Entah kenapa. Tiba-tiba saja hati Ammar menjadi gembira. Mungkin dia telah suka akan si Irish ? Jangan ! Syafika macam mana ?
--
Syafika melihay jam di telefon bimbitnya.Mana husband I ni, kata nak beli nasi 30 minit je. Sekarang dah setengah jam dah, tk sampai lagi. Hmm. Sms la.
Syafika membuka pesanan. Dan menghantar pesanan ringkas.
Husband Hensem :*
Me : Abang, cepatlah. Orang lapar ni. Kenapa lama sangat beli nasinya ? Ke abang gi tempat lain?
Pesanan dihantar. Ditunggu sms terdebut dibalas.
--
Telfon bimbit Ammar berbunyi menandakan satu pesanan ringkas masuk.Lovely Wife
Wife : Abang, cepatlah. Orang lapar ni. Kenapa lama sangat beli nasinya ? Ke abang gi tempat lain?
Ammar menepuk dahi. Baru dia teringat ! Nak beli nasi dekat isterinya ! Ni seua terleka pasal Irish la ni !
YOU ARE READING
CHANDELIER
RandomMana tidak disangka-sangka jika pada umur 16 dan 17 sudah mahu dikahwinkan ? Kalau kita semua pasti tidak mahukan ? Ia seperti kisah Ammar Zuhairi dan Nur Syafika yang dijodohkan oleh orang tua mereka. Mereka sudah tiada masa untuk menolak kerana pa...