Ammar duduk di sebelah
Arif. Mereka sedang membuat latihan geografi di kelas."Ammar, sini kejap." Panggil Puan Zahliah.
"Ya, cikgu." Ammar terus bangun dan pergi ke arah gurunya.
"Kenapa Syafika sudah lama tidak hadir ke sekolah ? "
Ammar terus terkedu.
Cakap dia pindah la.
"Dia dah pindah cikgu." Kata Ammar. Kemudian dia baru tersedar.
Alamak !!
"Oh okay, terima kasih."
Ammar duduk di tempatnya.
Alahai, kau ni Ammar ! Careless.
--
Si gadis tersebut duduk di tepi Ustazah Fatimah. Cantik, sangat cantik. Subhanallah.
"Siapa tu eh ? " Tanya Naim.
"Tak tahu. Murid baru kot." Jawab Ikhwan yang berada di belakang Naim. Ismail hanya terkekeh ketawa.
Di tempat guru, Syafika hanya melihat Ustazah Fatimah menanda buku.
"Umi, " Panggil Syafika.
"Ya ? "
"Saya tak pernah pakai macam ini selama ni, first time umi. Sebak. " Syafika mengeluarkan segala monolog di dalam hati.
"Tak apa, istiqomah. " Ustazah Fatimah tersenyum.
10.30 a.m
Waktu rehat sudah menjelang, pelajar-pelajar Madrasah Al Irshad Al-Binun pun keluar rehat.
Ismail datang menghampiri ibunya.
"Umi, ni Syafika eh ? " Tanya Ismail.
Syafika sudah tersipu-sipu malu.
"Aah. Eh, Ismail ! Bawa dia pergi kantin eh." Kata Ustazah Fatimah. Ismail hanya mengangguk.
---
Ammar membeli makanan, dia berjalan sehingga terlanggar seseorang hingga dia jatuh dan tercium seseorang. Semua orang kaget melihat itu.
"Apa yang kamu buat ni ? " Tanya Cikgu Dahlia.
"Tak, kami tak." Ammar gugup.
"Pergi bilik saya sekarang ! " Tegas Cikgu Dahlia.
--
Syafika jalan beriringi dengan Ismail. Semua melihat mereka dengan tanda tanya. Syafika mula gelabah. Takut salah faham.
"Jangan risau, " Bisik Ismail. Syafika hanya mengeluh.
Dari jauh Izzati melihat dengan pandangan yang tidak puas hati.
'Kenapa Ismail pergi dengan perempuan tu ? Padahal dia tak kenal lagi. Aku yang dah lama cintakan dia dari form 1 lagipun dia tak terima. Tak boleh jadi ni.'
Izzati terus ke arah mereka berdua.
"Assalamualaikum Ismail." Kata Izzati.
"Waalaikumsalam." Jawab mereka berdua.
"Korang nak pergi mana ? Korang ni ada apa-apa eh ? " Tanya Izzati.
Syafika menjadi malu. Tak !
"Eh, tak ! Saya nak hantar dia ke kantin muslimat." Jawab Ismail.
"Oh, takpa. Mari saya tolong."
"Boleh ? "
"Ya. "
"Hmm, okeylah. Syafika, awak ikut Zati ya." Arah Ismail.
Walaupun berat hati, tapi dia pergi jua. Syafika terus membontoti Izzati yang berlalu pergi.
--
Ammar dan Irish berada di alam ruangan guru disiplin.
"Apa yang kamu berdua telah lakukan ? " Soal Ustaz Nazaruddin.
"Kami, tak buat apa pun." Jelas Ammar.
"Ya, betul."
"Saya tak percaya, saya dah panggil ibu bapa kamu berdua untuk datang ke sini." Jelasnya.
YOU ARE READING
CHANDELIER
RandomMana tidak disangka-sangka jika pada umur 16 dan 17 sudah mahu dikahwinkan ? Kalau kita semua pasti tidak mahukan ? Ia seperti kisah Ammar Zuhairi dan Nur Syafika yang dijodohkan oleh orang tua mereka. Mereka sudah tiada masa untuk menolak kerana pa...