Bab 26

20.3K 643 72
                                    

"Kita ada anak ke ? " tanya Syafika teruja sambil memegang bahu Ammar.

Ammar mengeluh dan tersenyum. Dia mengangguk. Syafika terus memeluk Ammar gembira. Ammar membalas pelukan itu.

"Kenapa tak bagitahu sayang yang kita ada anak ? So now I'm pregnant ? " Ammar mengangguk. Syafika memegang perutnya. Patutlah Ammar kacau perut dia tadi, ingat nak cari kesempatan. Dekat hospital pun boleh. Bahahaha.

"Pergi mandi, dah pukul 8 a.m. Kita nak balik sweet home." kata Ammar. Syafika menganguk dan terus ke tandas.

****

4 Bulan Selepas itu,


Syafika baru teringat. Dia masih sekolah, dia dah mengandung. Apa cer ? Macam mana ? Dah lah SPM tak lepas lagi. Dah mengandung. Bila dia buat 'benda tu' dengan Ammar ? Padahal setakat peluk, cium dan pegang je. Oh, betullah ! emm ada sehari tu dia tergoda ammar sampai terbuat hehehe.

"Abang, harini raya kan ? "Syafika tanya kepada Ammar.

"Eh, ye eh ? Ya Allah ! Abang lupa." Ammar menepuk dahinya.

"Entah. Sayang pun lupa. Sebab baby ni bagitahu." dia melihat perutnya yang kian membesar.

"Haha. Pandai dah dia. Abang pakai baju biasa je ni. Kang diorang pelik." kata Ammar.

"Selalunya pukul 9 atau 10 ni takde orang datang lagi lah. Abang pecut sikit." Ammar terus memecutkan keretanya.

****
Ammar mengetuk pintu selama 3 kali tapi tidak dibuka juga pintu. Sekali lagi pintu diketuk.

"Assalamualaikum ! " laung Ammar.

Baru ada yang membuka pintu.

"Eh, awak ! " Fatin memeluk Ammar secara tiba-tiba. Sakit hati Syafika, Allah je tahu.

"Weh, betina kau pergi jauh-jauh. Kau datang sini menyemak je. Perangai dah la macam syaitan." kata Syafika sinis.

Fatin melepaskan pelukannya. "Fika, harini bukan ke raya ? Kita saling bermaaf-maafan." Fatin memeluk Syafika pula, kemudian dia menolak tubuh Syafika.

"Auch ! " Syafika mengaduh kesakitan di bahagian perutnya. Ammar terus mendapatkan isterinya. Tiba-tiba ada sesuatu suara menyapa telinga mereka.

"Ada apa ni ? Siapa tu Fatin ? " tanya Datin Suningsih.

Apabila Datin Suningsih sedikit sampai di situ, Fatin terus membuat-buat jatuh dan menangis tipu.

Perempuan hipokrit !

Datin Suningsih terkejut melihat apa yang terjadi. Syafika tolak Fatin ke ? Tapi kenapa aku tengok Syafika yang lagi sakit ?

"Apa yang terjadi ? " Datin Suningsih terus membantu Fatin. Fatin tersenyum sinis.

Mama, please ! Along mohon. Jangan dengar kata-kata busk dia tu ma ! Jangan termakan hasutan dia !

"Hiks..Hiks.. Aunty. Ni semua Syafika yang buat. Hiks.. Hiks.. Dia tola saya sampai kena pintu ni. Sakit sangat." Fatin memeluk Datin Suningsih sambil senyum kemenangan.

Ammar rasa nak tampar sahaja betina durjana tu. Kaki fitnah ! Tapi sabar je. Ammar melihat mata Syafika sudah bergelinangan air mata yang jernih.

"Ya Allah, kenapa along buat macam ni ? Harini bukan ke hari raya ? Kenapa kamu tolak dia hah ? " Tegas Datin Suningsih. Syafika menangis lalu terus ke bilik.

Sedih, sangat sedih !
Ammar mengejar Syafika dari belakang. Dia pun sedih melihat apa yang terjadi. Difitnah dan dimarahi. Bukan salah dia.

Datin Suningsih menggeleng. "Dahlah, masuk."
Fatin membuat-buat mengusap air matanya. Kemudian dia tersenyum.

Hahaha, padan muka kau ! Sekarang mama kau dah termakan kata-kata aku. Nanti tunggu orang lain, dan kemudian Ammar. Hahahaha. Kau tunggu.

***
Syafika terus berlari menaiki anak tangga. Tak sanggup rasanya bila ibu sendiri termakan hasutan orang bertopengkan syaitan. Datin Aisyah pelik kepada Syafika. Kenapa dia lari dan menangis ?

"Ammar, sini kejap." Panggil Datin Aisyah.

"Ya , mama." Ammar mengeluh kemudiannya.

"Kenapa dengan Syafika ? "Tanya Datin Aisyah. Ammar mengeluh lagi. Datin Aisyah mengerutkan kepala.

"Dia difitnah oleh Fatin. Fatin kata dia tolak Fatin. Tapi hakikatnya, dia yang tolak isteri Ammar. Dan dia mengadu dekat mommy. Mommy Su, bela Fatin. Syafika sedih lah." Sayu Ammar bersuara.

Datin Aisyah terkejut. Memang tak guna lah jadi perempuan ! Manusia bertopengkan syaitan !

"Nanti mama jumpa mommy kamu." Kata Datin Aisyah.

CHANDELIERWhere stories live. Discover now