Amnah dan adiknya dalam perjalanan ke tasik. Suasana di dalam kereta hening. Ammar melayan PSPnya manakala kakaknya memandu.
Sesampai saja di tasik, mereka duduk di atas sebuah bangku. Mereka melihat tasik yang indah nian. Tiba-tiba ada dua orang lelaki datang dan menarik Ammar.
"Kakak, tolong ! " Ammar meronta-ronta meminta pertolongan. Di sana tiada sesiapa kecuali mereka.
"Hey, lepaskan adik aku lah ! " Amnah membaling batu kepada mereka tetapi tidak kena pada sasaran.
Aduh, tak kena pula !
"Kau nak serahkan Irham kepada Farisya atau adik kau jadi mangsa ?! " jerit lelaki bertopeng itu. Kemudian Farisya datang kepada mereka.
Farisya membuat isyarat berhenti.
"Hey, Amnah. Lama aku tak jumpa kau. Apa khabar ? " Farisya mendekati Amnah tapi tangannya di belakang.
"Kau jangan dekat dengan aku ! Kau jijik, syaitan ! " jerit Amnah.
"Aku cuma nak peluk kau. " Farisya terus mendekati Amnah dan memeluknya.
"Lepaskan akulah." jerit Amnah.
"Kau dah rampas Irham daripada aku, ingat kau tak pernah kan bahagia. Bila adik kau besar nanti, aku akan suruh adik aku hancurkan kebahagiaan korang. Kau patut mati. Hahaha." kata Farisya kemudian dia menusuk pisau di dada Amnah.
Apa yang terjadi ? Amnah meninggal dunia.
"Kakak ! " jerit Ammar dan berlari ke arah kakaknya. Orang-orang itu lari meninggalkan mereka.
"Kakak." Ammar memeluk erat jasad kakaknya.
***
Air mata Datin Aisyah berlinangan setelah menceritakan apa yang terjadi. Syafika ? Dia berasa geram yang amat kepada keluarga Fatin."Mama nak, Fika jaga Ammar elok-elok. Jangan sampai jadi kejadian macam kak Amnah. Okey ? " kata Datin Aisyah sambil memegang bahu menantunya. Syafika tersenyum nipis.
***
Sekrang di rumah sedang ada makan-makan kerana barusan ada takbir di rumah mereka. Rumah mereka yang terakhir ditakbir.Syafika di dalam bilik hanya bermain telefon bimbitnya. Tetapi dia bukan main pun. Dia cuma memikirkan apa yang akan terjadi nanti. Tiba-tiba pintu diketuk.
"Sayang, boleh abang masuk ? " tanya Ammar. Syafika cepat-cepat buat tidak layan. Ammar masuk ke dalam bilik sambil tersenyum.
Ammar mengusap kepala isterinya.
"Sayang, buat apa ni ? " tanya Ammar sambil mengintai-intai telefon Syafika. Dilihatnya sedang membuka youube melayan video Taylor Swift.
"Sayang, dengar tak ? " Syafika tetap dalam keadaan yang sama.
"Sayang, " panggil Ammar. Syafika berdecit."Ish, abang ni. Kacaulah orang nak tengok video ni." kata Syafika sebelum sambung melihat video itu kembali. Ammar tersenyum.
Ammar mengambil iPhone yang berada di tangan Syafika. Syafika tersentak.
"Abang, bagilah ! " kata Syafika sambil terkapai-kapai mengambil telefonnya.
"Inilah balasan kepada orang yang tak layan abang. Layan telefon je 24 jam." kata Ammar.
"Yalah. Bagilah." Akhirnya Ammar memberi telefon itu kembali. Tapi Syafika tidak main.
"Ika, sayang tahu kan abang ni sayang sangat kat Ika ? " tanya Ammar sambil memegang dua belah pipi Syafika. Syafika mengangguk.
"Tahu tak betapa besarnya cinta abang dekat sayang ? " Syafika menggeleng. Ammar mendengus.
"Apa ni, asyik angguk-angguk, geleng-geleng ingat menari ke ? " kata Ammar sambil melepaskan pegangannya di pipi Syafika.
"Alah, abang. Jangan marah. Hehe." Syafika membuat muka comel.
Ya Allah, comelnya !
Ammar menolak Syafika tidur terlentang. Syafika terkedu.
Apa yang dia nak buat ni ? Ya Allah, aku belum bersedia lagi !
Ammar mendekat dan mendekat. Tiba-tiba pintu dikuak. Terbeliak mata orang itu.
"Erk, sorry ganggu korang."
YOU ARE READING
CHANDELIER
RandomMana tidak disangka-sangka jika pada umur 16 dan 17 sudah mahu dikahwinkan ? Kalau kita semua pasti tidak mahukan ? Ia seperti kisah Ammar Zuhairi dan Nur Syafika yang dijodohkan oleh orang tua mereka. Mereka sudah tiada masa untuk menolak kerana pa...