"Siapa ni ?! " jerit perempuan itu.
"Hey, sepatutnya saya yang tanya ! Awak ni siapa ? Kenapa tetiba dekat bilik saya ? Dengan tak pakai tudung ! " Ammar meluahkan semua.
Takut. Kenapa ? Takut Syafika berasa aneh.
"Hey, ada apa ni ? " tanya Datin Suningsih dan Datin Aisyah. Syafika mengikut langkah mereka. Dia di belakang. Rasa sedih,kecewa, marah, geram semua ada padanya sekarang.
Kenapa mesti ada minah tu dekat sini ?!
"Tak, mama ni siapa ? " tanya Ammar sambil menunding jari kepada perempuan yang sedang menyioangkan tangan di dada.
"Hahaha, kamu ni. Ini Fatin. Sepupu Syafika, dia baru je datang dengan family dia." terang Datin Suningsih.
"Awak cuba buat apa dalam bilik ni ? " tanya Ammar.
"Sa-saya just nak berehat. Kan baru sampai. Tak tahu pula, ni bilik awak." kata Fatin. Dia tersenyum sinis sedikit melihat Syafika seperti geram.
Siak, kau betina ! Suka merampas ! Dah lah kau dulu cuba rampas Hanis daripada aku !
"Eh, dah ! Fatin turun lah. Aunty tunjuk bilik baru." ajak Datin Suningsih. Fatin merangkul lengan Datin Suningsih. Dia membuntuti orang tua itu.
Syafika hanya diam memerhati dan menggenggam penumbuk di sisi. Datin Aisyah perasan dengan riak Syafika.
"Ika, kamu okey ke ? " tanya Datin Aisyah sambil mengusap bahu Syafika.
"Hmm." itu sahaja jawapan yang keluar dari mulutnya.
"Sayang, awak jangan salah faham. Ini kebetulan je." Ammar cuba menenangkan Syafika.
Dia tersenyum. Namun hakikatnya, dia memang benci akan kepada Fatin !
"Dahlah, Ika jom ikut mama. Ammar, salin baju ikut papa gi takbir raya." kata Datin Aisyah.
Dia faham akan perasaan Syafika sekarang. Dia pun tahu apa yang Syafika fikirkan. Kenapa ? Entahlah. Haha.
***
Syafika membuat air di dapur. Fatin mendekati dirinya."Laki tu suami kau ? " tanya Fatin sinis.
"Yes. Kenapa ? Kau nak rampas dia ? " Syafika tersenyum sinis.
"Aku takkan biarkan kau bahagia." katanya lalu meninggalkan Syafika yang sedang menahan amarah.
Sial punya perempuan !
Datin Aisyah menghampiri menantunya.
"Ika, mama dengar semuanya. Takpe Ika, mama akan support Ika. Mama pun tahu dia tu jahat. Sebab kakak kepada Fatin tu yang bunuh kakak Ammar pada dua tahun yang lalu ! Dan sekarang dia nak buat dekat kamu ! " Datin Aisyah mula geram.
"Kenapa dengan kakak Ammar ? Ika tak pernah tahu pun ? " Syafika bertambah geram.
Dasar perempuan sial !
Datin Aisyah menceritakan ala yang terjadi.
***
Siti Nur Amnah kakak kepada Ammar Zuhairi berumur 23 tahun."Mama, papa !! " panggilnya. Datin Aisyah dan Dato' Zul datang kepadanya.
"Esok, Irhan nak datang dia nak jumpa mama dan papa. Dia kta nak datang merisik ! " kata Amnah menyorak kegembiraan.
"Wah, betul ke ? Tak lama lagi jadi tunang orang dah." Datin Aisyah menyakat.
"Hmm, baguslah tu nak. Tanggungjawab papa menjaga kamu akan tamat tak lama lagi. Semoga dia jaga Amnah lebih baik daripada papa." Dato' Zul mengusap kepala anaknya.
Ammar datang menghampiri kakaknya dan memeluknya.
"Kakak, nanti Ammar ada abang ipar ? Wah, seronoknya ! " Ammar berkata sambil memeluk kakaknya erat.
"Insha'Allah mar. Kalau jodoh panjang. Akak pun happy." kata Amnah tersenyum.
"Mama,papa Amnah nak keluar jalan-jalan dengan Ammar kejap. Boleh ? " tanya Amnah dan melihat adiknya yang tersentum gembira.
"Boleh, pergilah. Balik awal tahu." pesan ibunya.
"Baik bu, kami pergi dulu. Assalamualaikum." kata mereka berdua dan menyalami tangan orang tua mereka.
YOU ARE READING
CHANDELIER
RandomMana tidak disangka-sangka jika pada umur 16 dan 17 sudah mahu dikahwinkan ? Kalau kita semua pasti tidak mahukan ? Ia seperti kisah Ammar Zuhairi dan Nur Syafika yang dijodohkan oleh orang tua mereka. Mereka sudah tiada masa untuk menolak kerana pa...