"Apa semua ni Ammar ? "
"Kamu saja nak memalukan keluarga kita ke Irish ? "
"Keputusan muktamad. Korang kena kahwin ! "
Tersentak mereka berdua mendengar perkataan itu.
"Papa ! Macam mana dengan Fika ? " Ammar mula bingung.
"Ceraikan dia, dan nikahi Irish ! "
Zapp.
Bagai dipanah halilintar. Perkataan yang begitu senang ditutur tetapi susah dijelaskan."Papa, sedar tak apa yang papa dah cakap ? " Ammar cuba berlembut.
"Sudah. Jangan membodek. Korang kena nikah esok ! "
Zap. Sekali lagi, macam mana ini ?
---
Izzati membawa Syafika ke satu tempat. Sunyi je, tak ada orang pun.
"Emm, kita kat mana ? " Tanya Syafika sedikit sangsi.
"Ini tempat saya yang selalu saya duduk bila rehat dan tenangkan fikiran. Sunyi, senang sikit." Bohong Izzati.
"Oh."
"Saya beli makanan dekat awak dulu eh, tunggu jangan pergi mana-mana." Kata Izzati berlalu pergi.
Setengah jam kemudian, dah pukul 11.30 a.m. Mana Izzati ni ?
Tiba-tiba seseorang memegang bahu Syafika. Syafika terkejut dan bangun.
"Ah, assif jiddan. Saya tak sengaja. Kenalkan saya, saya Umairah. " Kata gadis memakai purdah juga menyua tangan kepada Syafika. Syafika menyambutnya.
"Waalaikumsalam. Sa saya Syafika." Kata Syafika gagap kerana terkejut.
"Minta maaf ya, tapi kenapa awak buat di sini ? Merbahaya tahu." Terang Umairah.
"Izzati yang bawa saya ke sini, dia cakap ni tempat dia yang selalu dia pergi." Jelas Syafika.
Umairah menggeleng. "Dia tipu tu, jom ikut saya. Umi Fatimah panggil."
---
Ammar pulang dengan keadaan kusut. Pening. Kenapa semua ini berlaku ? Dia dan Syafika bukan jodohkah ?
"Argghh ! "
Ammar melempar semua benda yang berada di dalam bilik tersebut.
"Aku stress ! Mana kau Syafika ? Aku amat perlukan kau. Pleaselah balik. " Ammar menangis dalam diam.
Siapa cakap lelaki tak boleh menangis ? Boleh je.
---
Irish runsing untuk membuat keputusan. Dia hanya pesuruh oleh Fatin. Sekarang macam dia tikam belakang Fatin pula. Aduh, macam mana ni !
Handphone Irish berdering.
"Hello ? "
....
"Err, ya."
....
"Tak bukan. Saya bukan nak tikam belakang awak."
....
"Pleaselah jangan."
....
"Oh, terima kasih."
....
"Awak dah lari ? Dengan siapa ?"
....
"Oh. Jauhnya."
....
"Bye."Irish berasa sedikit lega kerana Fatin sudah pergi jauh ke Thailand bersama Syahikhwan. Agaknya, dah insaf kot. Dia pun dah berkahwin dengan Syah.
"Nasib baik." Ujar Irish.
---
"Jadi, awak terjumpa Ismail masa awak dalam keadaan lara ? " Tanya Umairah. Syafika hanya mengangguk.
"Dia yang bawa saya ke sini, dan jumpa awak semua. Kehidupan baru saya memang bahagia. " Syafika tersenyum.
"Alhamdulillah, " Umairah turut tersenyum.
Ismail datang menghampiri mereka berdua.
"Assalamualaikum, umi panggil korang." Ujar Ismail sambil merenung Syafika. Syafika menunduk kerana malu.
Mereka pun pergi kepada Umi Fatimah.
----
"Syafika, umi dah nak balik. Nak ikut sekali ke nak duduk sini dulu ? " Tanya Umi Fatimah.
Syafika teragak-agak untuk membuat keputusan.
"Emm, saya nak duduk sini boleh ? Nanti saya balik dengan Ismail lah. Lagipun Umairah ada." Ujar Syafika sambil memeluk lengan gadia berpurdah disebelahnya.
"Baiklah. Umairah, jaga dia baik-baik. Ismail pun sama. Umi balik dulu, assalamualaikum." Umi Fatimah pun berlalu pergi.
YOU ARE READING
CHANDELIER
RandomMana tidak disangka-sangka jika pada umur 16 dan 17 sudah mahu dikahwinkan ? Kalau kita semua pasti tidak mahukan ? Ia seperti kisah Ammar Zuhairi dan Nur Syafika yang dijodohkan oleh orang tua mereka. Mereka sudah tiada masa untuk menolak kerana pa...