"Akak rindu adik sesangat. Lama tak jumpa adik, setelah sekian lama Teacher Rohayu dengan adik pindah." Syafika memeluk erat adik angkatnya itu. Amar Alif Daniel.
"Aduh, kakak bagilah Amar turun tak selesa lah. Amar pun rindu kakak." kata Amar. Syafika tersenyum dan menurunkan Amar ke bawah.
"Ehem, siapa nih ? Nama dia Amar juga ? " tanya Ammar yang setelah lama diam.
"Assalamualaikum." sapa dua orang pasangan suami isteri.
"Waalikumsalam." jawab mereka.
"Eh, abang Mirul ! Bukan terjumpa kat mall ke tadi ? Wah, panjang sungguh jodoh saya dengan Amar Alif Daniel ni kan ? " Syafika sempat mengerling ke arah Ammar supaya dia tidak perasan. Haha jahatkan ?
"Eh, haha yelah ! Ni isteri abang. Kak Nurina. " Syafika terus menyalami Nurina Awliya.
"Haih, kak Nurina. Macam mana lah akak boleh jatuh cinta dengan abang Mirul yang dulunya punya ramai perempuan boikot dia ? Haha "
Syafika sedikit memerli Amirul yang sedang menyilang tangan di dada.Ammar hanya duduk di situ sambil diam. Tiba-tiba Amar mendekatinya.
"Abang-abang. Abang ni suami kakak ke ? " tanya budak itu kepada Ammar. Yang lain semua khusyuk berborak. Jadi, mereka samar-samar mendengar.
"Ha'ah. Abang suami dia. Kenapa dik ? " Ammar tersenyum melihat Amar. Patutlah Syafika suka sangat dengan Amar, dia anak kecil yang sangat baik, peramah dan berani. Satu lagi, Amar ni dia macam Syafika juga jual mahal. Haha.
"Takde apalah. Abang, kakak tu orang dia macam mana ? " Amar terus duduk di atas peha Ammar.
"Kakak tu dia baik, cantik, comel. Cuma dia garang mengalahkan singa sikit dengan orang laki. Tapi dengan abang tak la kot. Amar, Amar ni hensem la. Nama pun macam abang. Cuma abang M ada dua. Nama abang Ammar Zuhairi. Nama penuh Amar apa ? " Semakin rancak mereka berborak.
Ammar pada mulanya, dia tidak menyukai kanak-kanak. Tetapi, sejak dia bertemu dengan Amar ni, dia rasa selesa dengannya. Mungkin kerana sikapnya yang baik, manja, peramah itu ?
"Hehe, terima kasih abang ! Nama Amar, Amar Alif Daniel. Abang pun hensem. Patutlah kakak suka. Besar nanti Amar pasti macam abang." Mereka berdua ketawa. Mereka tidak sedar bahawa yang lain sudah mendengar perbualan mereka.
"Amboi-amboi, sembang kemain rancak. Abang sejak bila suka dengan budak-budak ni ? " Syafika tersenyum sinis.
"Sejak berjumpa dengan adik angkat ni la, dia ni peramah, baik. Bukan macam orang tu. Ye dok ? " Ammar mengusap kepala anak kecil itu.
"Amboi, mengata kat orang lebih. Nah rasakan." Syafika terus mencubit lengan sado Ammar itu. Ammar mengaduh kesakitan. Manakala si Amar hanya ketawa melihat mereka.
"Apa la, kakak dengan abang ni. Sweetlah. Amar jeles. Bila la Amar nak kahwin." Amar mendongak ke langit seakan-akan membayangkan sesuatu.
"Amboi, gatal eh." kata Syafika dan Ammar serentak. Kemudian mereka menggeletek Amar.
Sungguh bahagia mereka hari ini. Nurina dan Amirul hanya turut ketawa melihat karenah mereka.
"Erm, Syafika Ammar kami gerak dulu dah pukul 6 ni nak pergi bazaar pula nanti." kata Amirul.
Seratus peratus riak wajah Syafika berubah. Sungguh cepat masa berlalu.
"Erm, ye lah. Amar, esok datang rumah kakak tau. Bawa ibu sekali." kata Syafika sebelum menyuakan tangan kepada Amar. Amar berpaling. Syafika tersenyum.
"Abang Mirul, Amar nak ikut kakak boleh tak ? " tanya Amar. Comelnya muka dia. Kalaulah ada anak macam Amar ni kan ?
"Hmm, abang okey je. Tapi call ibu dulu. Nah." Amirul memberi telefonnya kepada Amar.
"Ibu, Amar nanti balik dengan Kakak. Boleh tak ? "
...
"Balik malam kot bu, tak tahu lah. Boleh tak ? "
...
"Okey, ibu. Terima kasih. Bye."Amar terus menutup talian. Syafika membuat muka 'boleh tak ? ' .
"Ibu bagi Amar ikut kakak tapi kena balik awal sebelum pukul 10 malam. Ibu pun kata ibu sibuk sebab masak. Esokkan raya." Amar dan Syafika highfive. Yang lain hanya menggelrngkan kepala.
"Okeylah, kami pergi dulu. Jaga Amar elok-elok okey ? Asslaamualaikum." mereka pun pergi.
***
Mereka berbuka puasa di Restoran Amsyar. Makanan semua sudah dihidangkan tetapi lagi 5 minit berbuka puasa."Kakak, jom selfie." ajak Amar. Syafika tergelak dan memberikan iPhonenya kepada Amar. Tiba-tiba Amar berhenti.
"Kenapa Amar ? " tanya Syafika pelik.
"Abang, jom la selfie sekali. Jom lah." Amar merayu. Ammar tersenyum dan selfie bersama mereka.
Allahu akbar, Allahu akbar.
"Dah buka puasa la." kata Syafika.
"Amar nak baca doa ! " kata Amar sambil mengangkat tangan. Syafika tersenyum. Kemudian mereka makan dengan senang hati.
"Awak, " panggil Ammar.
"Ya, kenapa ? "
"Kejap lagi kita singgah mall nak ? "
"Boleh je tapi jangan lama-lama lah kat mall tu."
"Tahu."
YOU ARE READING
CHANDELIER
RandomMana tidak disangka-sangka jika pada umur 16 dan 17 sudah mahu dikahwinkan ? Kalau kita semua pasti tidak mahukan ? Ia seperti kisah Ammar Zuhairi dan Nur Syafika yang dijodohkan oleh orang tua mereka. Mereka sudah tiada masa untuk menolak kerana pa...