"Alah, stay cool bro. Chilex. " kata Aril.
"Chilex kepala hotak kau. Aku rasa bersalah ni, kau buat lawak apa." kata Ammar sambil menjeling.
"Haha. Buat lawak ? Bila masa aku buat lawak ni ? Hahha." kata Aril sambil ketawa. Ammar memandang Aril dengan menyampah.
"Okey, okey siries. Aku tolong kau." Aril sudah mula siries.
"Betul ke bro ? Macam mana ? " tanya Ammar dengan sifat ingin tahu.
"Just wait and see. " kata Aril kemudian terkekeh kecil. Ammar menepuk dahi.
"Okey, by the way thanks ! " kata Ammar yang sudah gembira.
*****
Kelas 4Shafie. Keadaan begitu hiruk pikuk kerana Cikgu Ashraf tidak masuk. Mereka bermain. Tiba - tiba semua bangun. Senyap dan hening. Cuma Syafika aje yang tak berdiri.Ammar dan Aril berada di hadapan kelas. Semua senyap. Seperti dipanah halilintar. Ammar mencari Syafika. 'Mana budak bertuah seorang ni.' bisik hati Ammar sambil tercari cari.
Hanis yang perasan akan itu mencuit lengan Syafika. Syafika membuat muka, 'why ? ' .
"Bangunlah, ada..." belum sempat Hanis memberitahu. Kelas memberi salam.
"Assalamualaikum." murid murid kelas 4Shafie meberi salam. Syafika terus bangun takut kalau kalau Guru Besar yang masuk ke kelas.
Ammar yang melihat terkekeh kecil sambil memalingkan muka ke belakang.
Syafika mengerutkan dahi. 'Aip, asal abang Aril dengan... Sorang lagi tu siapa eh ? Entah la. Macam kenal. Buat apa diorang buat kat sini ? ' bisik hatinya.
Selepas itu, orang yang tida dikenali oleh Syafika tadi menoleh ke depan. Syafika terkejut. Terus dia buat buat tidak nampak. Ammar di hadapan tersenyum kecil kepada Syafika yang membuat buat kehadirannya seperti tidak wujud sama sekali.
"Waalaikumsalam, semua boleh duduk." arah Ammar. Aril menyiku lengan Ammar.
"Apa?" bisik Ammar. "Sabarlah kau, aku pun perasan yang Fika buat kau macam tak wujud." balas Aril perlahan.
Ammar tersenyum simpul. Syafika sudah membuka buku lukisannya dan melukis. Tidak mahu dia bertembung dengan lelaki itu. Sudahlah memasukkannya dalam masalah mereka.
"Sekarang saya nak semua pelajar kemas barang dan simpan dalam beg." kata Aril. Syafika terkedu. Apa yang diorang nak buat ? Malaslah nak pandang dia. Bisik hati Syafika.
Namun, dia terpaksa menyimpan bukunya selepas ditegur oleh Aril. Aril ni tegas juga orangnya. Ammar pun sama lah juga.
"Okey, sekarang saya nak tanya kamu semua. Bukan apa, saya cuma nak tanya je okey. " sambung Aril.
"Apa dia bang ? " tanya salah seorang pelajar.
"Saya nak tanya siapa dekat sini dah taken ? " tanya Aril. Semua membuat muka pelik tapi mengangkat tangan. Hanis mengangkat tangan juga. Syafika berasa aneh.
"Pst, Hanis kau taken ?," tanya Syafika. Hanis tersenyum menandakan 'ya'. Kemudian Syafika melihat ke depan. Dilihatnya si Aril tersenyum senyum kepada Hanis.
Oh, dia sudah dapat ! Ternyata Aril dan Hanis bercouple. "Sampai hati kau tak bagi tau aku." kata Syafika seakan akan merajuk.
"Hehe sorry. Sekarang dah tau kan ? " tanya Hanis. Syafika mengangguk.
"Siapa yang single sila berdiri." arah Aril. Syafika terkesima. Nak berdiri ke tak ? Syafika bingung. Tapi akhirnya dia berdiri juga. Tapi tetap saja dia buat buat Ammar tidak wujud.
"Ammar, pilih seorang perempuan yang sesuai dengan kau." arah Aril. Ammar tersenyum sinis dan mula mengelilingi kelas itu. Syafika geram kerana Aril menyuruh begitu.
"Saya nak pilih...."
YOU ARE READING
CHANDELIER
RandomMana tidak disangka-sangka jika pada umur 16 dan 17 sudah mahu dikahwinkan ? Kalau kita semua pasti tidak mahukan ? Ia seperti kisah Ammar Zuhairi dan Nur Syafika yang dijodohkan oleh orang tua mereka. Mereka sudah tiada masa untuk menolak kerana pa...