"Saya nak pilih dia." kata Ammar selepas berhenti di tepi meja Syafika. Syafika terkejut. Ammar melihat Syafika dengan pandangan yang sinis.
"Wow," sorak kelas 4Shafie itu kepada Syafika dan Ammar sambil menepuk tangan. Kemudian Aril mengangkat tangan menyuruh mereka berhenti.
"Kau apasal hah ? " bisik Syafika kepada Ammar. "Sebab aku sayang kau." kata Ammar sedikit perlahan lalu pergi dari situ. Walaupun perlahan, Syafika tetap mendegarnya. Betul ke apa yang aku dengar ni ? Bisk hatinya.
***
Di rumah, perkataan yang disebut oleh Ammar tadi terngiang ngiang di telinganya. Sungguh dia rasa memang macam nak menjerit kerana gembira tapi sama je, ego kuasai diri. Kemudian Syafika tersenyum sorang sorang."Ehem," mamanya berdehem membuat Syafika terkejut dan terus bangun.
"Eh, mama. Kenapa ? " tanya Syafika. Eleh nak cover tu.
"Yang kamu ni dah kenapa ? Dari tadi senyum sorang sorang macam kerang busuk ? Jatuh cinta ek ? " kata Puan Suningsih lalu menarik hidung anaknya.
"Auch, sakitlah. Mana ada. Along buka instagram tadi, ada videi dubmash lawak. Pastu along teringat tu la along senyum." kata Syafika.
"Eleh, ya la tu. Along, mama yang mengandungkan kamu mama tahulah. Cer cerita siapa lelaki yang dah buat anak mama macam ni ? " mamanya terus menyakat.
"Mama, takdelah." Syafika mencebik.
"Alolo, iyelah. Syafika, malam nanti pakai baju blouse dengan Shawl yang mama baru beli tu tau. Sebab nanti kita dengan ayah kamu nak pergi makan malam dengan keluarga kawan lama ayah." terang Puan Suningsih.
"Siries ke ma ? Yang anak dia tu dulu masa tadika sekali dengan along tu ? Nama apa tah dia, tak ingat. Pasti dia hensem sekarang kan ? Dia tua daripada along kan ? Umur dia dulu kan 6 taun, along 5 tahun." tanya Syafika bertubi tubi.
"Ish, banyak tanyalah. Iye, kawan tadika kamu dulu. Mama pun dah tak ingat nama dia. Alah, pergi bersiap. Sekarang dah pukul 6.30 kita semlat juga lah solat maghrib sebelum ke sana. Ya ? "
"Baik ma." Syafika terus mencium kedua belah pipi ibunya.
"I love you mama ! Bye." kata Syafika sambil membuat flying kiss kepada ibunya. Ibunya menggeleng.
***
8.00 p.mSyafika, Datin Suningsih dan Dato' Mohd Rizan telah sampai di Restoran Raisyah Tom Yam. Namun, keluarga kawan lama ayah belum sampai.
"Ayah, kenapa angah dengan adik tak ikut ? " tanya Syafika.
"Diorang tidur tadi, sebab tu ayah tinggal. Lagipun maktok dengan tokwan ada kan ? " balas ayahnya. Syafika sekadar mengangguk. Tiba tiba seseoang memegang bahu ayahnya.
"Assalamualaikum." sapa orang itu.
"Waalaikumsalam, eh Zul ! Lama tak jumpa kau." kata Dato' Mohd Rizan.
Aip ? Zul ? Zul Ariffin ke ? Budak laki tu ke kawan aku ? Bisik hatinya.
"Syafika, salam Datin Aisyah." arah Ibunya. Kemudian dia pun menyalami Datin Aisyah.
"Wush, dah besar anak kau Su. Cantik macam mak dia." kata Datin Aisyah sambil mengusap kepala Syafika.
"Syafika, tu kawan kamu masa kecil. " kata Datin Suningsih. Lalu, lelaki itu menoleh.
"What ?! " kata lelaki itu dengan Syafika serentak. Ibu bapa mereka terpinga pinga.
YOU ARE READING
CHANDELIER
RastgeleMana tidak disangka-sangka jika pada umur 16 dan 17 sudah mahu dikahwinkan ? Kalau kita semua pasti tidak mahukan ? Ia seperti kisah Ammar Zuhairi dan Nur Syafika yang dijodohkan oleh orang tua mereka. Mereka sudah tiada masa untuk menolak kerana pa...