"Eh, diam pula. Orang tanya ni.'' Syafika berdecit kesal. Hanis mengeluh. Menambahkan kerisauan dan perasaan sangsi di hatinya.
"Tadi, aku nampak dia." Tiba-tiba ada yang menguak pintu. Panjang umur. Baru cakap. Haih.
"Eh, abang. Gi mana ? " Syafika memandang tajam Ammar. Aduh, takut kalau Hanis cerita pasal tadi. Bukan sengaja.
Hanis merenung Ammar dengan pandangan yang sangat maut. Untung dia tak cerita tau.
"Tadi, abang pergi bawah. Jumpa kawanlah. Dompet tertinggal tadi." Ammar tersenyum nipis.
Syafika hanya mengangguk faham. Peliklah dengan suami dia ni. Alahai.
"Syafika ? " Kelihatan Datin Aisyah masuk ke dalam wad Syafika sambil tersenyum. Syafika mengangguk.
"Doktor kata, sekarang Fika dah boleh balik. Mommy tolong kemaskan baju Fika okey." Syafika terus menggeleng.
"No, no. Tak payah. Biar Fika buat sendiri." Syafika cuba menuruni dari katilnya.
Dia mengambil baju dan kemas ke dalam beg. Datin Aisyah hanya menggeleng. Baik sungguh. Datin Aisyah mengemas makanan-makanan di atas meja.
----
Irish mengelamun di taman.
Aduhai, kau ni hensem sangatlah Ammar ! Tergugat iman aku. Sorry, aku terpaksa bantu Fatin untuk menghancurkan rumah tangga kau. Aku, aku zalim. Aku bantu Fatin untuk balas dendam akan kepada apa yang kakak kau pernah buat dekat kakak dia dulu. Sorry.
Irish mengeluh. Sungguh, sedih juga. Irish tahu bahawa Ammar sudah berkahwin. Cuma, dia buat-buat tidak tahu.
"Irish, " Panggil seseorang bersuara garau. Irish berpaling kr belakang.
"Awak buat apa ? " Tanya Irham kepada Irish. Irish tersenyum.
"Saya lepak je kat sini bang. Tenangkan fikiran." Kata Irish sambil melihat kawasan taman di rumahnya.
"Tenangkan fikiran ? Adik abang ada masalah ke ? Jom kongsi." Ajak Irham. Irish pantas menggeleng.
"Taklah. Abang nak tanya boleh ? Tapi jangan marah tahu."
"Boleh."
"Abang, masa abg tahu kak Amnah tunang abang tu dah meninggal, apa abang rasa ? " Irham tersentak.
Api kemarahannya mula menaik.
"Perkara yang lepas jangan diungkit ! Faham ? " Irham bangun dan berlalu.
Irish mengeluh. Haih.
---
Syafika teruja akan kerana dapat pulang semula di rumah. Dia melihat semua yang ada di hadapannya sekarang ini tetap sama.
Syafika memberi salam dan membuka pintu rumahnya. Sepi ? Tak ada orang ke ?
"Em, mom. Takde orang ke ? " Soal Syafika kehairanan.
Datin Aisyah menjenguk ke dalam. Aik ? Tak ada.
"Entah. Jom masuk." mereka berdua beriringan masuk ke dalam rumah.
Tinggal Ammar dan Hanis sahaja di luar.
"Hanis, kau ada cakap apa-apa dekat dia pasal tadi ke ? ". Ammar resah.
"Ha, yang kau tanya kenapa ? Takut ? Aku tak cerita pun. Kau curang dengan dia asal ? " Hanis tersenyum sinis.
"Tak, aku tak sengaja tadi terpegang tangan Irish tu. Tolonglah faham." Hanis tidak menjawab apa-apa tapi dia masuk ke dalam rumah.
YOU ARE READING
CHANDELIER
RandomMana tidak disangka-sangka jika pada umur 16 dan 17 sudah mahu dikahwinkan ? Kalau kita semua pasti tidak mahukan ? Ia seperti kisah Ammar Zuhairi dan Nur Syafika yang dijodohkan oleh orang tua mereka. Mereka sudah tiada masa untuk menolak kerana pa...