"Ibu ! " Syafika terus menerpa ke arah ibu angkatnya yang terjatuh. Syafika membantu Teacher Rohayu untuk bangun. Amar menangis kerana ibunya diperlakukan begitu.
Tak sangka ibu kakak Fika jahat !
"Mama, kenapa mama halau ibu ? Dosa ma. Dia datang nak beraya." kata Syafika. Datin Suningsih menjeling.
Buruk sangat ke aku sampai semua orang yang rapat dengan aku dia benci. Hmm.
"Kau suruh diorang berhambus sekarang juga ! Aku tak suka kalau orang yang ajar anak aku untuk kurang ajar datang sini. Jijik ! " Datin Suningsih menolak Syafika pula.
Darah setitik-setitik mulai menurun. Ditahan kesakitan di perutnya. Ammar datang mengendong Syafika yang kesakitan ke perut kereta.
Ya Allah ! Aku terlalu ikutkan syaitan. Anak aku tu !
Walaupun berasa bersalah, Datin Suningsih tetap ego dengan diri sendiri.
**
Ammar turut menolak katil yang mempunyai roda itu ke arah bilik rawatan. Ammar disuruh menunggu diluar kerana tidak mahu menganggu pesakit.Ammar meraup wajahnya.
Ya Allah, kau lembutkanlah hati mommy Su ! Kenapa dia kejam ? Padahal masatu elok je. Semua sebab Fatin. Ya Allah, kau lindungilah masjid kami semua. Amin.
Dia berdoa di dalam hati. Semoga selamat.
"Ammar, sabar." Pujuk Dato' Zul. Amar tersenyum nipis. Macam mana dia nak tenang ? Isteri sendiri sakit. Kenapa dengan ibu mertua dia ? Fatin ? Gila ke apa ?
"Am, cuba cerita dekat mama. Kenapa Fika boleh jadi macam ni ? Jawablah ! " Datin Aisyah menggoncang-goncang badan Ammar.
"Mommy Su, tolak dia. Sampai dia pendarahan. Am tak tahulah ma, kenapa mommy jahat dengan isteri Ammar ? " Ammar tidak puas hati kerana Datin Suningsih terlalu percayakan Fatin.
Datin Suningsih datang mendekat ke arah Ammar.
"Ammar, mommy." Belum sempat Datin Suningsih bercakap, Datin Aisyah terus menampar mukanya.
"Ya Allah ! Mommy." Semua ke arah Datin Suningsih yang memegang pipinya.
"Ya Allah, Aisyah ! Kenapa ? " Tanya Dato' Zul. Itulah isterinya. Jika baik, memang pijak semut tak mati. Kalau marah memang mengalahkan singalah jawabnya. Jangan cabar.
"Ni abang ! Pasal perempuan ni, menantu saya masuk hospital tau ! Dia yang buat menantu saya sakit ! Kau kejam Su ! Lebih percayakan orang asing daripada anak sendiri ! Kejam ! " Datin Aisyah sudah tidak dapat menghalang amarahnya.
Sungguh memang dia marah. Adakah patut ? Percayakan orang asing sedangkan anak sendiri menderita ? Tak !
Datin Aisyah ingin menampar Datin Suningsih. Tapi ditahan oleh Dato' Zul.
"Aisyah, sudah ! " Herdik Dato' Zul. Datin Aisyah diam.
Kemudian doktor keluar dari bilik rawatan.
"Keluarga Nur Syafika Binti Mohd Rizan ? " Tanya seorang doktor yang bernama Izzah.
"Ya, saya suami dia." Kata Ammar mendekati doktor tersebut.
"Syafika telah dipindahkan ke wad. Jadi, korang semua boleh tengok dia dah. Jangan bagi dia terjaga, jangan bagi dia stress. Sebelum tu, Encik Ammar boleh ikut saya ? " tanya Doktor Izzah.
Nak bincang pasal apa ni ? Ya Allah, haral baik-baik je.
"Err, baik. " Kata Ammar lalu pergi mengikuti Doktor Izzah ke arah biliknya.
---
Syafika sedang terlelap. Sayu melihat wajah gadis itu. Dulu seorang yang ceria, manja dan periang kini berubah seratus peratus. Akibat satu masalah. Seorang ibu yang mendera anak sendiri demi orang asing. Sedih. Matanya yang sembam menambahkan kepiluan di hati kecil yang dalam. Mukanya pucat."Fika, " Panggil Datin Aisyah sayu. Tiba-tiba air mata yang sengaja ditahan, melimpahi tanah jua. Dato' Zul mengusap bahu Datin Aisyah. Datin Aisyah menangis teresak-esak.
Datin Suningsih membuat muka menyampah terhadap Datin Aisyah yang menangis. Tapi, dia sendiri juga sedih. Sangat sedih ! Cuma ego diri yang menghalang. Sebenarnya dia juga ingin menangis. Siapa tak sedih anak sendiri sakit bukan ? Apalagi disebabkan diri sendiri.
"Inj semua salah kau ! Kalau bukan kau punya pasal, menantu aku tak jadi macam ni tau ! Kau kejam." Kata Datin Aisyah di dalam tangisan.
Serba salah juga dia. Kalau bukan pasal dirinya, anaknya tidak menjadi seperti ini.
Kau bodoh Su ! Kau terlalu ikutkan perasaan.
----
Ammar melabuhkan duduk di atas kerusi di hadapan meja Doktor Izzah. Ammar tekun dan tidak sabar-sabar untuk mendengar apa yang ingin dibicarakan."Encik, " katanya lalu menghela nafas.
"Ya, saya. Kenapa doktor ? Ada apa-apa yang berlaku ke ?," Tanya Ammar yang semakin takut.
"Minta maaf encik, anak encik tidak boleh diselamatkan. Cik Syafika keguguran akibat terjatuh sehingga pendarahan yang amat dalam. Sehingga darahnya berkurangan." Terang doktor itu.
Ammar terkesima. Diam tidak berputik.
Anak ayah.
YOU ARE READING
CHANDELIER
RandomMana tidak disangka-sangka jika pada umur 16 dan 17 sudah mahu dikahwinkan ? Kalau kita semua pasti tidak mahukan ? Ia seperti kisah Ammar Zuhairi dan Nur Syafika yang dijodohkan oleh orang tua mereka. Mereka sudah tiada masa untuk menolak kerana pa...