30| Masih mencintai

535 52 5
                                    


     "Minggir Kang." Jiwa menghalau si penganggu ketenangan.

Pagi ini terik. Merenik-renik peluh turun ke ceruk leher. Tugas diberikan oleh si ketua kebun hari ini juga keras. Si tua kepala botak tengah itu menyuruhnya pangkas semua pohon muda di halaman seluas padang bola ini. Lagi panas bila orang tua itu sedap berehat di pangkin dan menyisip air buatan Kak Seri sedangkan dia bertungkus-lumus menyiapkan tugasan sambil terus diganggu oleh makhluk halus jahil.

"Orang tua bebal. Menyusah aku saja. Tahu la jawatannya besar tapi itu bukan tiket membuli aku. Geramnya aku perati dia di sana." Terkumat-kamit Jiwa. Dilap peluh dengan kain yang tergantung pada batang leher.

"Kau pun sama hantu bebal. Menyusahkan aku. Pergi main dekat sana. Jangan kacau aku." Jiwa beralih ke tunjang masalah.

Ini satu lagi. Berkali-kali dia menyuruh ke tepi hantu jahil tetap enggan berganjak. Kakang seronok bergayut dalam keadaan terbalik di salah satu cabang dahan yang hendak dipotongnya. Dah macam atlet sukan gimnastik gayanya berpusing-pusing di dahan.

"Perosak alam sekitar."

Sumpah Jiwa nak sumbat kakang dan ketua kebun dalam botol kaca kosong dan buang ke kolam ikan Tuan Aji. Biar jadi santapan hantu air sana. Perangai mereka menyakitkan hati.

"Jiwa si perosak alam," nyanyi kakang. Tuduhan tidak berasas dilontarkan berkali-kali. Jiwa sendiri tidak cukup jari mengira. Setiap kali ingin memotong dahan, kakang akan ucap kata-kata keramat. Mengejinya yang hanya menurut perintah atasan.

Mahu disekolahkan hantu bodoh tentang cara-cara merawat pokok tumbuh sihat terasa membuang waktu dan tiada guna. Jika diterangkan sejuta kali pun kakang tetap tak faham dan tetap akan mengusik.

"Dari kau potong dahan pohon cantik ini apa kata kau potong rambut ketua kebun itu," cadang kakang. Dia berhenti berpusing.

"Rambutnya hampir tiada. Kalau ku potong nanti makin licin kepalanya." Jiwa urut sisi kepalanya. Pening.

"Jika begitu potong saja rambut kekasihnya. Kau berdendam dengan mereka bukan? Atau kau mahu aku ganggu mereka? "

"Usah alih tumpuan aku. Sudah ke tepi. Jangan sampai aku gunting kepala kau sekali." Jiwa julang pemangkas pada Kakang.

"Takutnya." Kakang menggigil suka. Tertawa kerana Jiwa sudah hilang sabar. Seronok mengacau anak manusia yang beremosi seperti Jiwa. Jika tidak diganggu, hari-harinya tidak sempurna.

"Manusia rendahan seperti mu ini tidak akan mampu melawan aku." Angkuhnya.

"Jangan cabar aku kang."

"Belah la kepala aku jika kau mampu," sahut kakang. Tidak gentar.

Jiwa menghempas pamangkas ke tanah. Bibir bergerak-gerak mengumam sesuatu yang tidak beberapa jelas di pendengaran kakang. Jiwa pantang dicabar. Mungkin sudah tiba masa hantu ini terima pengajaran. Ditiup tapak tangannya. Bersama satu sengihan nakal Jiwa memutarkan lengan seperti melakukan regangan kecil sebanyak tiga kali. Tanpa amaran langsung ditinju kepala kakang sekuat hati.

Kakang terjelupuk ke bawah.

"Sudah ku bilang iblis sialan. Jangan ganggu aku yang sedang berkerja!" Tangan kebas dilibas ke udara. Puas melihat kakang tersungkur tak berdaya.

"Kau manusia sialan!" cemuh kakang. Seluruh anggota sakit dan panas terbakar. Bukan kerana pukulan Jiwa tetapi kerana ayat suci yang dibaca lelaki itu. Sungguh Jiwa tiada sifat kemanusiaan. Sanggup mencederakan teman berharga demi memusnahkan alam.

"Kau yang cabar aku iblis gila." Jiwa mengambil semula pemangkas. Dia merapati dahan yang menjadi tempat permainan kakang tadi. Lebih baik segera siapkan kerjas sebelum makhluk licik itu kembali.

C| MANUSKRIPWhere stories live. Discover now